Semakan Kelayakan Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Keluarga Malaysia
Qayla imani testing car seat di kedai baby baru-baru ini.
Kalian yang sudah mohon pendaftaran untuk permohonan Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia sudah boleh membuat semakan kelayakan di laman web klik link 👉 MCRS
Anda LAYAK!Alhamdulilah, sujud syukur tau juju. Rezeki anakanda Qayla Imani, dia lulus menerima subsidi pembelian car seat berkenaan. Berdebar semasa tunggu jawapan semakan kelayakan sama ada permohonan lulus atau tidak. Jadi kalian, jangan buang masa tau. Mulai sekarang dah boleh buat semakan dah.
Mujur semak pagi tadi tak sesak. Teringat masa nak mohon dulu, bangun awal pagi semata-mata nak masuk dalam sistem MCRS. Semangat tau, yelah untuk anak-anak ibu dan ayah sanggup buat apa sahaja.
Apatah lagi sekarang Kerajaan Madani ada menguar-uarkan berita terbaru untuk pemberian subsidi sebanyak RM150 bagi pembelian car seat anak-anak.
Subsidi RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan (car seat)Banyak tau subsidi RM150 tu tau. Juju dan suami dah buat survey baru-baru ini di beberapa buah kedai baby. Car seat yang ada pengesahan MIROS anggaran dalam RM300 ke RM250 ke bawah boleh dapat.
Juju dan suami pun tak nak membazir melabur banyak beli car seat yang jenama mahal. Cukup car seat berkenaan ada pengesahan MIROS, anak selesa duduk, fabrik berkualiti, ringan dan mudah pasang dan mudah alih sudah memadai.
Seronok betul baca perkataan tahniah 😄
Cara pembelian car seat guna subsidi MCRS Katakanlah harga car seat yang kita berkenan sangat harganya : RM300. Jadi kita dapat rebat diskaun RM150.
Baki RM150 lagi itu kita kena bayar tunai di kedai-kedai baby yang tercalon sahaja.
Kalau harga car seat tu betul-betul harga RM150, kiranya rezeki andalah.
Tapi pastikan ya ada kod QR MIROS semasa membuat pembelian. Barulah anak-anak kita dilindungi dari sebarang kejadian yang tak diingini.
Murah dan mahal bukan persoalan utama, yang paling penting car seat wajib ada pengesahan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia)
Kalau kalian nak melabur lebih apa salahnya. Rezeki anak-anakkan. Bagi kami, sederhana itu sudah memenuhi kehendak.
Tak sempat nak mohon, masih terbuka lagi tak?Bagi individu yang belum pernah memohon, kalian boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang MCRS bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023. Peruntukan subsidi yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.
Jikalau kita ada baby atau anak lebih dari (1) bawah 12 tahun, peruntukan cuma satu sahaja di beri untuk satu keluarga.
Mana tau, rezeki berpihak untuk anak-anak anda. Dapat juju saham pahala hehe. Lekas mohon ya sebab kerajaan tawarkan bajet hanya RM12 juta habis dituntut sahaja.
Terbuka kepada B40 dan M40Seingat juju, kerajaan ada menawarkan golongan yang layak untuk pembelian car seat kanak-kanak ini bermula dari kategori B40 sehingga ke M40.
Bila dapat sahaja pengesahan yang anda LAYAK, kita kena sediakan butiran berkenaan:Satu (1) salinan kad pengenalan (IC) pemohon depan dan belakangDokumen asal (original) : MyKid/Sijil Surat Beranak/Buku Rekod Kesihatan Ibu MengandungYa, faedah besar untuk ibu yang sedang mengandung pun dapat tau. Bila LAYAK je boleh dah tunjuk bukti buku pink di kedai baby terpilih berdekatan rumah kalian. Membantu para ibu dan ayah buat persiapan awal. Jimat belanja.
Alhamdulilah, rezeki anak-anak kita semua. Tahniah buat anda yang layak. Mari kita tanamkan semangat untuk sama-sama melindungi hak kebajikan keselamatan anak-anak dengan menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak didalam setiap kereta di Malaysia.
Nyawa anak-anak tiada galang gantinya, jadi inisiatif kerajaan sangat tepat buat zaman kini.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2023/07/semakan-kelayakan-program-subsidi.html