Semakan Jpj Malaysia Semak Public Jpj Gov My
Semakan JPJ Malaysia: Semak di portal public.jpj.gov.my
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan sebuah jabatan yang menguruskan pergerakan lalulintas yang melibatkan semua jenis pengangkutan jalan di Malaysia. Ianya ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 1937.
Tambahan pula, jabatan ini ditadbir di bawah undang-undang jalan raya yang dinamakan dengan Ordinan Lalulintas Jalan 1953.
Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelaraskan semua aspek pengangkutan yang terdapat di Malaysia.
Hal ini penting agar sistem pengangkutan di Malaysia dapat dijalankan dengan cekap mengikut satu sistem yang seragam sepertimana yang tertakluk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semakan JPJ Malaysia
Semakan untuk mana-mana samann yang telah tertunggak boleh dilakukan secara atas talian.
BACA SINI >> harga tinted kereta cermin depan
BACA SINI >> elkm digital jpj
BACA SINI >> jpj running number
Aplikasi MyBayar Samann telah diwujudkan untuk pengguna jalanraya untuk membuat semakan dan pembayaran samann secara atas talian.
Kaedah alternatif ini diperkenalkan untuk memastikan setiap pengguna jalan raya membayar kompaun yang dikenakan ke atas kenderaan yang dipandu disebabkan oleh kecuaian ketika berada di atas jalan raya.
Aplikasi MyBayar Samann merupakan satu alternatif untuk menggalakkan penggunaan ekosistem digital dalam kalangan masyarakat.
Hal ini dapat memudahkan urusan semua pihak. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan samann JPJ yang telah tertunggak menerusi laman MyBayar Samann;
Layari laman sesawang https://mybayar.rmp.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
Log masuk ke akaun pengguna dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang betul.
Pada bahagian laman utama, klik pada bahagian “Semakan”.
Akhir sekali, butiran maklumat samann akan dipaparkan kepada pengguna.
Semak JPJ Payment
Pembayaran samann yang dikenakan ke atas individu yang melanggar peraturan lalu lintas jalan raya juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi MyBayar Samann.
Berikut merupakan cara-cara untuk membayar samann secara atas talian;
Layari laman sesawang https://mybayar.rmp.gov.my
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik pada butang “Log Masuk”.
Pada bahagian laman utama, klik pada bahagian “Samann”.
Pengguna boleh semak dan klik pada mana-mana samann yang ingin dibayar.
Kemudian, pilih kaedah pembayaran.
Klik pada butang “Bayar”.
Akhir sekali, resit pembayaran akan dihantar kepada pengguna selepas pembayaran berjaya dilakukan.
Boleh Buat Bayaran di public.jpj.gov.my
Maaf buat masa tidak boleh urusan pembayaran dilakukan di portal public jpj gov my
Sumber Asal Yang Rasmi : Semakan JPJ Malaysia: Semak public.jpj.gov.my
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/semakan-jpj-malaysia