Semakan Data Internet 1gb Secara Percuma
SEMAKAN DATA INTERNET 1GB SECARA PERCUMA
DATA INTERNET 1GB SECARA PERCUMA UNTUK SEMUA HINGGA HUJUNG TAHUN
Dengan norma baharu, adalah penting untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan harian terutamanya dalam aspek pekerjaan dan juga pendidikan untuk anak-anak.
Justeru, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.
Perkhidmatan internet percuma ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, semua pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web Kerajaan serta aplikasi COVID-19 Kerajaan, khususnya mySejahtera.
SEMAKAN DATA INTERNET 1GB SECARA PERCUMA
SENARAI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT DENGAN PELAKSANAAN DATA 1GB SECARA PERCUMA
Sebanyak 6 syarikat telekomunikasi telah mengumumkan komitmen mereka untuk menyahut seruan kerajaan ini iaitu :
Celcom Axiata Berhad (“Celcom”),
Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”),
Maxis Berhad (“Maxis”),
U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”),
YTL Communications (“YTLC”)
Telekom Malaysia Berhad (“TM”) menerusi Unifi.
TARIKH MULA PELAKSANAAN DATA 1GB SECARA PERCUMA
Tawaran PENJANA ini akan diberikan sehingga 31 Disember 2020.
BACA tentang PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA UNTUK PENGANGGUR
TEMPOH MASA PELAKSANAAN DATA 1GB SECARA PERCUMA
Internet percuma harian sebanyak 1GB ini boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang,
SKOP KEGUNAAN DATA 1GB SECARA PERCUMA
Dinyatakan untuk kegunaan pendidikan dan perkhidmatan berkaitan produktiviti. Antara yang dinyatakan ialah platform pembelajaran atas talian seperti Classroom, Udemy dan SunagoLearn. Manakala akses ke Microsof 365 dan persidangan video Zoom adalah tanpa had.
Seperti sebelunmnya, akses ke aplikasi berkaitan kerajaan dan kesihatan kekal diberikan percuma tanpa had. Antaranya untuk menggunakan aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace. Selain itu, akses ke portal berita utama negara juga akan dibuka percuma.
Panggilan ke talian penting dan kecemasan juga akan terus diberikan percuma seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Respon dan Persediaan Krisis (CPRC) serta hospital.
Kerajaan akan meneruskan juga pengumuman berkaitan kesihatan, kecemasan dan kepentingan awam menerusi SMS harian.
Pengumuman yang dinyatakan di atas adalah secara umum. Setiap syarikat telekomunikasi akan mengeluarkan pengumuman sendiri tentang bagaimana bentuk inisiatif dan data percuma akan diberikan kepada pelanggan. Kita pasti akan mengetahuinya sebelum 9 Jun iaitu tarikh akhir tawaran yang diberikan sekarang.
The post SEMAKAN DATA INTERNET 1GB SECARA PERCUMA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semakan-data-internet-1gb-secara-percuma.html