Selesai Suntikan Imunisasi 18 Bulan Untuk Si Ammar


Ammar dah 20 bulan Alhamdulillah si Ammar dah pun genap 20 bulan umurnya, bersamaan 1 tahun 8 bulan (Oktober 2018), wah dah boleh inject imunisasi 18 bulan ni. Alhamdulillah makin hari makin bijak dan lasak anak ibu ni. Sekarang ni dah boleh bercakap beberapa patah perkataan, walaupun dalam nada pelat tapi masih boleh difahami :). Hari-hari duk mengadap dia kan, so bolehla faham apa yang dibebelkannya tu.
Ammar yang tomei, cair hati ibu nak Sejak-sejak Ammar dah boleh berjalan ni, ohoi dia memang lasak. Almaklumlah baru je 4 bulan dapat lesen kaki, kemahin ligat dia ke sana ke mari. Memanjat tu usah kata, dia ada idola abangnya yang 2 orang tu, memang mengikut je apa yang abang-abangnya tu buat. Kalau abang lompat dia lompat, kalau abang main pistol dia pun tembak juga.
Si Dzar pulak suka sangat membuli adiknya, menangislah kawan tu. Kalau kat rumah boleh lagi kami ni nak protect si Ammar, kalau kat umah pengasuh macamanalah agaknya kan hahaha. Biasalah budak-budak usik mengusik ni, sikit-sikit takpe, kalau melebih tu yang ibunya boleh naik antu.
Jadual imunisasi anak Korang boleh refer jadual ni untuk pastikan imunisasi anak Bila duk congak umur anak, mesti terus teringat nak cucuk vaksin. Kalau nak tahu jenis vaksin dan umur yang sepatutnya untuk diorang dapat vaksin tu, boleh je refer di buku imunisasi anak-anak. Biasanya lepas je baby lahir, hospital akan terus bagi buku vaksin ni. Dalam buku ni jugak ada graf untuk monitor perkembangan diorang ikut umur dan berat diorang.
Buku imunisasi anak, penting ni dan bila anak darjah 1 biasa cikgu akan minta untuk dirujuk Pastikan semak buku imunisasi anak Pastikan korang kerap cek buku ni untuk elakkan ter miss imunisasi anak. Kalau setakat lambat 2/3 bulan ok lagi, jangan lupa terus, nanti kene ulang semula imunisasi tu dari awal. Setiap imunisasi adalah berbeza mengikut umur. Yang pasti kalau nak senang, just kene tau bila sepatutnya anak-anak perlu vaksin, then pergi je klinik atau hospital, nanti nurse akan semak.
Imunisasi 18 bulan ni dikenali sebagai DTap-IPV-HiB. Tiga dos pertama ini yang dipanggil prime dose amat penting untuk kanak-kanak untuk lindungi mereka daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis B.
Cucuk kat peha kanan Berdarah sikit je, tapi syukur Alhamdulillah tak demam Sebagai mak ayah ni, kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Bukan setakat makan pakai mereka, tapi juga tahap kesihatan. So kalau bukan kita nak pantau kesihatan anak kita, siapa lagi kan?
2 bulan lepas, saya dah beberapa kali duk tanya dengan beberapa klinik swasta area rumah ni, tapi semua kata imunisasi 18 bulan ni dah habis stok. Tapi katanya kat klinik dan hospital kerajaan memang ada, huhuhu bukan apa, saya bercinta nak pergi gomen ni sebab malas nak menunggu lama. So tu yang tertangguh nak cucuk si Ammar ni.
Dan baru-baru ni bila saya teringat yang Ammar masih belum dapat imunisasi lagi, teruslah saya terjah klinik An Nisa dan Poliklinik Dr Azhar area Subang Galaksi. Klinik An Nisa tetap masih tiada stok, dan yang nak dijadikan cerita, saya pergi pulak ke Poliklinik Dr Azhar. Nurse bagitau ada stok, TAPI TINGGAL 1 JE.

Waahh rezeki kami ni, Alhamdulillah. Memang cepat jela saya dukung Ammar masuk klinik tu. Yelah sebab last kopek kan hahaha. Dapatlah jab peha gebu si Ammar ni, dan kira dah settle lah immunisasi untuk Ammar.
Lega rasanya bila dah selesai vaksin anak-anak. So inilah caj untuk immunisasi 18 bulan dan syukurlah ianya dicover oleh PMCare. Kalau kene bayar sendiri memang pergi gomen jugakla walau menunggu lama. Selepas kene cucuk, dalam 2/3 hari ni nampaknya si Ammar sihat je dan tak demam. So legalah ibu sebab takdelah nak ambil cuti kecemasan. Dan waktu kene cucuk tu pun dia tak meraung, hanya bunyi ekkk je, lepas tu berlari dia kat luar klinik tu :),hai lah anak ibu :).
(21)
The post Selesai suntikan imunisasi 18 bulan untuk si Ammar appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ajumohit.com/2018/10/selesai-suntikan-imunisasi-18-bulan-untuk-si-ammar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Cadangan Wajibkan Ibu Bapa Pastikan Bayi Terima Suntikan Imunisasi Kkm

Tiada Cadangan Wajibkan Ibu Bapa Pastikan Bayi Terima Suntikan Imunisasi Kkm

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 399 hits
Kementerian Kesihatan tidak bercadang mewajibkan ibu bapa memastikan bayi mereka menerima suntikan imunisasi Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata sebaliknya buat masa ini kementerian hanya berusaha menambah baik sistem penjagaan kes...
Bayi 14 Maut Akibat Difteria Kerana Ibu Bapanya Enggan Beri Suntikan Imunisasi

Bayi 14 Maut Akibat Difteria Kerana Ibu Bapanya Enggan Beri Suntikan Imunisasi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 434 hits
Seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu disyaki akibat jangkitan Difteria atau aku pernafasan lapor Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noorhisham Abdullah berkata pesakit berusia 14 bulan itu tidak pernah m...
Kerana Enggan Memberi Anak Suntikan Vaksin Anaknya 14 Bulan Mati Jangkitan Difteria

Kerana Enggan Memberi Anak Suntikan Vaksin Anaknya 14 Bulan Mati Jangkitan Difteria

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 331 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini dua hari lepas Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kanak kanak itu tidak pernah...
Kpu Pastikan Masalah 31 Juta Data Yang Belum Masuk Dpt Selesai Bulan Depan

Kpu Pastikan Masalah 31 Juta Data Yang Belum Masuk Dpt Selesai Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 235 hits
Dia mencontohkan saat Pemilihan Kepala Daerah 2017 silam Pada waktu itu ada beberapa DPT yang bermasalah namun dapat diselesaikan dengan cepat
Keluarga Enggan Menerima Imunisasi Bayi 14 Bulan Maut Dijangkiti Difteria

Keluarga Enggan Menerima Imunisasi Bayi 14 Bulan Maut Dijangkiti Difteria

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 451 hits
Akibat keengganan ahli keluarga menerima sebarang imunisasi difteria bayi berusia 14 bulan telah meninggal dunia Menerusi kenyataan akhbar KPK bayi berkenaan mula mengalami demam dan sakit tekak sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut...
Bulan Gerhana Luar Biasa Di Palestine Petanda Kiamat Sudah Hampir

Bulan Gerhana Luar Biasa Di Palestine Petanda Kiamat Sudah Hampir

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 521 hits
Apabila gerhana luar biasa berlaku di Palestin dikatakan akan muncul bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini Ada hadith yang membawa maksud umur umat Islam adalah selama 1 500 tahun Bermaksud telahan mereka di Asia Barat terutama mere...
Ali Imran 3 Bulan

Ali Imran 3 Bulan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 540 hits
umur ali imran dah masuk 3 bulan beberapa ari dah kat sini ibu senaraikan ape yg ali imran dah leh wat dah pandai bersembang tp die sorang je lah paham dah pandai senyum balik klu org senyum kat die semalam br start pusing badan untuk menia...
P Ramlee Malam Bulan Dipagar Bintang Chords

P Ramlee Malam Bulan Dipagar Bintang Chords

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 876 hits
Intro C Em Dm F GCMalam bulan dipagar bintangGMakin indah jika dipandangGBagai gadis beri senyumanCPada bujang idamanCDuhai kasih ingin dimanjaA DmDengan cumbuan mesraF CUntuk pelipur laraDm G CPenawar dik asmaraMmm mmm Mmm mmm CMalam bulan...
Yuna Bulan Ditutup Awan Chord

Yuna Bulan Ditutup Awan Chord

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 300 hits
Intro Dm x3Dm GmWahai janji setia sudah diucapkanA Dm AAduh kata bersumpah telah ku padukanDm GmKini engkau pergi jauh membawa diriA Dm A DmTinggal daku seorang dalam sunyi sepiChorus A Dm DsusNun bulan ditutup awanGm A Dm ATerkenang hati b...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan