Selepas Zuraida Azmin Menyusul


 

Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu masuk PBM atau Parti Bangsa Malaysia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, malah sudah dijangka. Ketika esei ini ditulis, Presiden PBM, Larry Sng, menerusi kenyataan memberitahu “keputusan rasmi permohonan Zuraida untuk menyertai” partinya akan beliau umum sekembalinya dari luar negara. Sng akan pulang 7 Jun – ertinya bolehlah dikatakan keputusan akan diumum sehari dua selepas itu.
Tidaklah kita perlu jadi pakar politik untuk tahu apa keputusan beliau. Setelah Zuraida umum secara rasmi keluar Bersatu dan ‘hasrat’ sertai PBM serta letak jawatan menteri, adakah mungkin ‘permohonannya’ ditolak?
PBM dahulunya Parti Pekerja Sarawak yang dijenama semula pada 2021. Ia dianggotai ahli NGO yang dikaitkan dengan Zuraida, malah pengerusi NGO berkenaan pernah jadi setiausaha politik Zuraida. Pucuk pimpinan PBM pula majoritinya terdiri daripada bekas pemimpin PKR yang dikaitkan dengan Azmin Ali semasa beliau menjadi timbalan presiden PKR. Kita tahu Zuraida bukan sahaja berada dalam tim Azmin, beliau orang kanannya.
Ketika penubuhan PBM diumumkan, sudah ada ura-ura Zuraidah akan menjadi presidennya. Pada 4 Feb 2022, media memetik beliau berkata akan kekal dalam Bersatu – “business as usual” walaupun “macam-macam khabar angin mengenai kedudukan saya dalam Bersatu”. Itu Februari, sekarang Mei. Dahulu lain, sekarang lain.
Cerita parti baharu untuk Zuraida sudah lama kedengaran. Sebenarnya yang didengari parti untuk Azmin. Oleh kerana mereka satu pasukan, maka disebut parti untuk Zuraida juga.
Tim Azmin dalam PKR memainkan peranan besar dalam rampasan kuasa Langkah Sheraton 2020 yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan. Azmin, Zuraida, dan beberapa kawan sepasukan dilantik menteri dan sebagainya oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang ketika itu perdana menteri.
Waktu itu, Azmin dan gengnya dirujuk sebagai “bekas” atau “serpihan” PKR. Mereka tidak punya parti selepas keluar (atau dikeluarkan mengikut pandangan rasmi PKR). Mereka “tidak boleh” atau “tidak mahu” menyertai PAS yang duduk dalam Perikatan Nasional, yang wujud hasil Langkah Sheraton. Ada pemimpin Umno dalam Kabinet Muhyiddin, tetapi parti itu tidak menyertai PN secara rasmi. Apa pun, Umno dikatakan tidak mahu menerima Azmin dan timnya. Lama-kelamaan, mereka diterima masuk Bersatu. Maka Azmin, Zuraida, dan serpihan PKR selesa duduk dalam kerajaan PN bersama Bersatu.
Namun, dakwaan timbul bahawa Azmin telah mengabaikan penyokong yang masih berada dalam PKR, terutama ahli bukan Melayu. Sumber rapat tim Azmin pernah memberitahu saya bahawa mereka waktu itu sedang berusaha menubuhkan sebuah parti baharu yang keahliannya berbilang bangsa untuk menampung “kawan-kawan yang terkandas” dalam PKR.
Tetapi, tidak ada apa yang berlaku. Tidak nampak batang hidung parti yang dikatakan akan muncul.
Perlu diingat, sebelum itu semasa tim Azmin sedang berperang dengan tim Anwar Ibrahim dalam PKR, ada spekulasi Azmin bersama pasukannya akan keluar PKR “en bloc” dan menyertai Gerakan, parti berbilang kaum dengan majoriti orang Cina yang sudah pun keluar BN ketika itu.
Presiden Gerakan, Dominic Lau, memberitahu saya, Azmin dan rakan-rakan dialu-alukan masuk Gerakan tetapi “menurut perlembagaan Gerakan, presiden dipilih ahli parti”. Jelas memberi isyarat beliau tidak akan berundur dan Azmin tidak boleh terus jadi presiden.
Penyokong Azmin pula berpendapat “nama besar” seperti Azmin tidak harus masuk mana-mana parti sebagai ahli biasa sahaja. Bagi mereka, Azmin perlu jadi pemimpin nombor satu mana-mana parti yang beliau sertai.
Sekarang, ada PBM yang dikemudi kawan-kawan lama dari PKR. Zuraida hampir pasti menyertai. Adakah Azmin akan menyusul? Direstui Muhyiddin?
PBM sayap Pulau Pinang sudah pun menegaskan Azmin dialu-alukan “tetapi mesti ikut prosedur biasa”, yakni perlu isu borang permohonan jadi ahli dan sebagainya. Kalau dalam filem komedi P Ramlee, kata-kata seperti itu diibaratkan “cakap lawa”.
Apa pun persoalannya ialah, jika Azmin menyertai PBM adakah beliau selaku nama besar akan jadi ahli biasa sahaja? Mungkinkah Sng akan berjiwa besar mengosongkan kerusi presiden untuk diserahkan kepada Azmin, kawan lamanya? Mungkinkah Zuraida akan menjadi timbalan presiden – mewujudkan gandingan seperti semasa mereka dalam PKR dahulu?
PBM sudah awal-awal umum ia sokong PN. Adakah Azmin akan membawa PBM secara rasmi menjadi komponen PN?
Sekarang komponen PN ada lima – Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP, dan STAR. BN ada empat – Umno, MCA, MIC, dan PBRS; manakala komponen PH ialah PKR, DAP, Amanah, dan UPKO. Wah…PN menang nampaknya. Menang bilangan komponen. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/selepas-zuraida-azmin-menyusul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Buat Tekanan Demi Azmin Ali

Zuraida Buat Tekanan Demi Azmin Ali

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 178 hits
ULASANZuradai gerakan sesuatu untuk kepentingan Azmin APABILA terdengar cerita sebuah parti baru yang diberi nama Parti Bangsa Malaysia hendak ditubuhkan saya sudah dapat menghidu apakah tujuan penubuhan parti itu dan siapakah yang menjadi ...
Zuraida Keluar Bersatu Kerajaan Hilang Majoriti Tidak Berlaku

Zuraida Keluar Bersatu Kerajaan Hilang Majoriti Tidak Berlaku

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 155 hits
Spekulasi serta andaian beberapa pihak bahawa Ismail Sabri Yaakob dan kerajaannya akan hilang majoriti berikutan tindakan Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia sebenarnya adalah tidak tepat Ini ker...
Bn Tiada Kaitan Langkah Zuraida Keluar Bersatu Kata Zambry

Bn Tiada Kaitan Langkah Zuraida Keluar Bersatu Kata Zambry

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 146 hits
Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata tindakan Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu adalah urusan ahli Parlimen Ampang itu dan partinya PETALING JAYA Barisan Nasional tiada kaitan dengan langkah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kama...
Zuraida S Departure Weakens Bersatu Says Ahmad Maslan

Zuraida S Departure Weakens Bersatu Says Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 182 hits
Umno secretary general Datuk Ahmad Maslan says Datuk Zuraida Kamaruddin s decision to quit Parti Pribumi Bersatu Malaysia has weakened the Perikatan Nasional component party NSTP file picPONTIAN The decision by Plantations and Primary Commo...
Keluar Bersatu Masuk Pbm Zuraida Sekadar Memindahkan Kubur Politiknya

Keluar Bersatu Masuk Pbm Zuraida Sekadar Memindahkan Kubur Politiknya

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 176 hits
SHAHBUDIN HUSINKeputusan Zuraida Kamaruddin bertindak keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia selain tidak mengejutkan dan sudah dijangka ia juga tidak menukar hakikat masa depannya yang sedia gelap kepada terang bendera...
Bersatu Kemuka Nama Anggota Kabinet Ganti Zuraida Kepada Pm Kata Muhyiddin

Bersatu Kemuka Nama Anggota Kabinet Ganti Zuraida Kepada Pm Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 187 hits
Muhyiddin Yassin berkata keahlian Zuraida Kamaruddin dalam Bersatu gugur serta merta hari ini PETALING JAYA Bersatu akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai anggota Kabinet susulan...
Zahid Ingatkan Ismail Agar Tak Kekalkan Zuraida Dalam Kabinet

Zahid Ingatkan Ismail Agar Tak Kekalkan Zuraida Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 195 hits
Sementara itu Umno mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak lagi berkompromi dengan pihak yang melompat parti dan mengekalkan jawatannya dalam kabinet Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai lagi ahli parlimen yang...
Peletakan Jawatan Zuraida Tak Jejaskan Pn Owhh Negara Demokrasi Bukan Negara Isleng

Peletakan Jawatan Zuraida Tak Jejaskan Pn Owhh Negara Demokrasi Bukan Negara Isleng

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 133 hits
Peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak menjejaskan Perikatan Nasional Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata Pas yakin sokongan rakyat adalah kekuatan seterusnya menjadi p...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross