Selepas Upsr Dibatal Sekolah Luar Bandar Perlu Kemudahan Lebih Baik


Ainaa AimanMurid Orang Asli di sekolah luar bandar. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menggesa kemudahan lebih baik disediakan di sekolah luar bandar susulan pembatalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kini.
Pakar kemiskinan dari Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Fatimah Kari berkata, jika langkah itu tidak diambil, maka wujud risiko jurang pendidikan bandar-luar bandar menjadi lebih luas.
Beliau berkata, sekolah di luar bandar akan terus ketinggalan jika usaha tidak dilakukan bagi membaiki infrastruktur mereka, kualiti guru dam kemampuan internet serta sumber pembelajaran lain.
“Pemansuhan UPSR tanpa menyediakan semua pembaikan di atas akan memperluas jurang sedia ada,” katanya kepada FMT.
“Kemiskinan dan kekurangan, terutama nutrisi, akan terus mempengaruhi kehadiran ke sekolah serta pencapaian dan meningkatkan kadar keciciran, terutama dalam kalangan Orang Asli di semenanjung dan kumpulan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak.
“Kita perlukan akses lebih baik dan sambungan internet lebih pantas. Kita mahu murid terbiasa dengan aplikasi dan kemajuan teknologi lain.”
Mastra Irfa Nasrun, yang mengajar murid daripada komuniti Jakun sejak tiga tahun lepas berkata, beliau mahu murid luar bandar didedahkan kepada kemahiran dan pengetahuan yang tersedia untuk murid di bandar.
Justeru katanya, kemudahan internet tidak dapat dielakkan sama sekali.
Beliau menyambut baik pemansuhan UPSR dengan berkata, persekolahan berorientasi peperiksaan kurang berkesan dalam kalangan anak-anak Orang Asli.
Menurutnya, mereka mewarisi kemahiran, bakat dan cara belajar daripada komuniti masing-masing.
“UPSR jelas tidak membantu mereka untuk bersaing,” kata beliau.
“Kita tahu soalan UPSR distandardkan. Murid Orang Asli tahu mereka perlu bersaing dengan murid di kawasan bandar. Ini menyebabkan mereka tertekan.”
Mastra berkata, pemansuhan UPSR akan menyuburkan pembelajaran holistik.
“Ia tidak tertumpu pada subjek akademik semata-mata.”
Bagaimanapun katanya, wujud keperluan mekanisme berkesan untuk menilai murid bagi memastikan anak-anak Orang Asli boleh bersaing di peringkat kebangsaan.
Pensyarah di Fakuti Pendidikan Universiti Malaya Zuwati Hasim berkata, beban tugas guru mungkin merupakan halangan utama dalam menjalankan penilaian berasaskan sekolah atau bilik darjah.
Beliau berkata, peralihan daripada UPSR kepada penilaian berasaskan sekolah dan bilik darjah perlu dirancang dengan baik supaya guru tidak terbeban dengan kertas kerja, penstoran data tidak perlu atau tugas pentadbiran.
Berhubung persoalan sama ada bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah akan menyukarkan pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah atau bilik darjah, beliau berkata, “ia bukan isu utama sekiranya latihan diberikan berhubung pengurusan bilik darjah dan penilaian.”
Zuwati berkata, guru tidak perlu memberi maklum balas kepada murid individu setiap masa.
Beliau menggesa silibus sekolah digubal semula bagi memastikan murid benar-benar memahami pelajaran yang diikuti dan mencapai objektif pembelajaran yang bermakna.
“Kita perlu pastikan kandungan subjek sesuai dengan umur dan tahap kebolehan mereka,” katanya.
Minggu lepas Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, keputusan untuk memansuhkan UPSR dibuat selepas berunding dengan pengetua sekolah, guru, ibu bapa, murid dan pihak lain.
UPSR diperkenalkan pada 1988 dan idea untuk memansuhkannya dibuat pada 2010 oleh menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/selepas-upsr-dibatal-sekolah-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Di China Diarah Tutup Selepas Mendakwa Pelajar Mampu Menetaskan Telur Rebus

Sekolah Di China Diarah Tutup Selepas Mendakwa Pelajar Mampu Menetaskan Telur Rebus

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 317 hits
Astro AwaniSEBUAH sekolah vokasional di China telah diarah tutup selepas pengasas serta pengetuanya menerbitkan laporan yang mendakwa pelajar sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam dengan hanya menggunakan kuasa minda Pengasas Sekola...
Lebih 360 Murid Guru Dikuarantin Dalam Sekolah Di Shah Alam

Lebih 360 Murid Guru Dikuarantin Dalam Sekolah Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 303 hits
MALAYSIA NOWSekolah itu juga merayu derma untuk membeli barang keperluan untuk murid yang dikuarantin Sekolah berasrama penuh SMK Seksyen 11 Shah Alam Selangor kini dikuarantin melibatkan kira kira 300 pelajar dan guru Gambar Facebook Lebih...
Lirik Lebih Baik Sakit Gigi Via Vallen

Lirik Lebih Baik Sakit Gigi Via Vallen

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 382 hits
Jangankan dirikuSemutpun kan marahBila terlaluSakit beginiDaripada sakit hatiLebih baik sakit gigi iniBiar tak mengapaRela relaRela aku relakanRela relaRela aku relaPutus lagi cintakuPutus lagi
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 362 hits
PUTRAJAYA Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid 19 tersebut Menteri Kes...
Bagaimana Saya Diganggu Secara Seksual Di Sekolah Lebih Ramai Wanita Tampil Bersuara

Bagaimana Saya Diganggu Secara Seksual Di Sekolah Lebih Ramai Wanita Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 318 hits
Tanda pagar MakeSchoolASaferPlace kini trending di Twitter PETALING JAYA Hanya seminggu selepas laporan terdapat sekolah yang melaksanakan pemeriksaan haid bagi membuktikan pelajar datang bulan beberapa wanita Malaysia mengambil tindakan me...
Dilemanya Ujian Sosiologi Zaman Sekolah Kadang Lebih Susah Daripada Matematika

Dilemanya Ujian Sosiologi Zaman Sekolah Kadang Lebih Susah Daripada Matematika

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 255 hits
Setiap ujian Sosiologi dulu bawaannya nyantai banget tapi pas keluar hasilnya kenapa jelek ya
Hiburan Korang Rasa Nak Jadi Lebih Baik Tu Susah Apa Kata Mulakan Dengan 5 Perbuatan Dalam Kehidupan Seharian Ni Dulu

Hiburan Korang Rasa Nak Jadi Lebih Baik Tu Susah Apa Kata Mulakan Dengan 5 Perbuatan Dalam Kehidupan Seharian Ni Dulu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 427 hits
Melakukan kebaikan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam dengan kebaikan ia dapat menyuburkan rasa kasih sayang dan seterusnya mengukuhkan hubungan silaturahim sesama insan Namun hari ini ramai yang menyangka untuk melakukan kebaikan ...
Lebih Baik Sedikit Sedikit Daripada Membazir

Lebih Baik Sedikit Sedikit Daripada Membazir

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 219 hits
LEBIH BAIK SEDIKIT SEDIKIT DARIPADA MEMBAZIR Assalammualaikum wbt Ambil banyak kali tak apa daripada ambil sekali banyak banyak kemudian tak habis Rugi Membazir Inilah yang selalu mama babah pesan kepada PC dari PC kecil sampailah sekarang ...
Pkpd Di Sekolah Tahfiz Kelantan Tamat Lebih Awal

Pkpd Di Sekolah Tahfiz Kelantan Tamat Lebih Awal

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung di Tumpat Kelantan ditamatkan hari ini lebih awal daripada dijadualkan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pen...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej