Selepas Tun Mahathir Siapa Pula Pm


 Tun Mahathir Mohamad telah sah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong juga sudah menerima perletakan jawatan beliau itu.
Bagaimanapun, Yang Dipertuan Agong berkenan melantik Tun Mahathir sebagai sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri yang baru selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Selaku Perdana Menteri interim, tugas Tun Mahathir adalah menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet baru dilantik
Difahamkan, kedudukan Perdana Menteri interim adalah selama 10 hari dan bagi tempoh itu Yang Dipertuan Agong mempunyai masa yang cukup selesa bagi menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri
Namun, Pejabat Peguam Negara dalam kenyataannya menberitahu, tiada tempoh masa tertentu bagi Perdana Menteri interim dibenarkan berfungsi
Begitu pun, sesuai dengan namanya interim, kedudukan Perdana Menteri interim adalah sementara waktu saja sebelum Perdana Menteri sebenar dilantik
Dalam hal ini, jika Anwar Ibrahim dapat meyakinkan baginda bahawa beliau telah memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen, maka Ahli Parlimen Port Dickson itulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru
Dan sekiranya pihak lain pula yang ada sokongan majoriti sekurang-kurangnya 112 itu, maka pemimpin daripada kumpulan tersebutlah yang akan menjadi Perdana Menteri
Perkembangan ini tentu saja sesuatu yang menarik kerana dalam tempoh 10 hari akan datang, perebutan mendapatkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen dengan sendirinya menjadi semakin rancak
Tawaran dan janji jawatan, selain tidak mustahil habuan dalam bentuk wang ringgit akan menjadi mainan beserta tawar-menawar seumpama pasar menjual barang dagangan
Jamuan makan dan perjumpaan di hotel-hotel juga akan turut meriah bagi tujuan yang sama
Tetapi, apa yang diharapkan selepas perlantikan Perdana Menteri baru itu nanti, keadaan negara kembali stabil seperti sediakala dengan kerajaan dapat berfungsi secara baik memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat jelata
Pergolakan politik yang bersilih ganti berlaku dalam PH sebenarnya sudah cukup merimaskan rakyat, terutama berkaitan ketidak-tentuan peralian kuasa, janji manifesto yang tidak ditunaikan serta dolak-dalik Tun Mahathir berhubung serah kuasa kepada pengganti yang sudah dipersetujui iaitu Anwar
Kalaulah sejak awal tarikh peralihan kuasa dapat ditetapkan, pergolakan politik dalam PH ini tidaklah sampai ke peringkat di mana Tun Mahathir terpaksa mengambil keputusan meletakkan jawatannya lebih cepat daripada yang sepatutnya dan kemudian melepaskan jawatan juga sebagai Pengerusi Bersatu
Bagaimanapun, keputusan Tun Mahathir meletakkan jawatan itu adalah keputusan terbaik bagi dirinya sebelum terkait dengan lebih banyak isu yang menjejaskan namanya sendiri
Semoga dengan perlantikan Perdana Menteri baru nanti, negara akan terus aman makmur dan rakyat dilimpahi barakah yang berpanjangan dalam kehidupan. (ShahbudinHusin 24/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/selepas-tun-mahathirsiapa-pula-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Pula Buat Pusingan U

Tun Mahathir Pula Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 466 hits
Di saat kerajaan baru Malaysia bakal terbentuk dengan gabungan Parti Umno PPBM PAS dan lain Perdana Menteri Interim pula buat pusingan U Beberapa hari lepas Mahathir dalam kenyataannya menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai ...
Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 357 hits
Yeo Bee Yin says the DAP is afraid that they cannot control Dr Mahathir That is why they dont want Dr M as PM Huh After TWO years have gone by So far you have worked with him quite well But what Yeo Bee Yin is actually saying is that the DA...
Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 413 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan tidak akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun Perdana Menteri Interim itu kembali semula kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Tidak perkara itu tidak ...
Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 474 hits
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut Jika semua orang pilih Muhyiddin saya ok Tun MahathirPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa ...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 666 hits
Saya OK Muhyiddin jadi PM Tun MTan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir
Saya Sedia Jadi Perdana Menteri Kelapan Tun Dr Mahathir

Saya Sedia Jadi Perdana Menteri Kelapan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu turut berkata beliau tidak pernah menan...
Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 333 hits
Selepas berjam wartawan tunggu akhirnya Tun Mahathir muncul mendedahkan sendiri punca utama beliau meletak jawatan isnin lepas Tak sangka baca selanjutnya Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan
Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 280 hits
Selepas PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018 Tun M telah berusaha untuk melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan meskipun semua tahu masalah besar yang kita hadapi apabila mewarisi kerajaan yang telah hampir rosak Banyak manif...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Malaysia International Trade And Exhibition Centre

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Pulanglah Ke Malaysia Tpm Rayu Pelajar Di New Zealand Berkhidmat Di Tanah Air

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization

Miniatur Bus Haryanto Hr079 Jetbus2 Hhd

Cost Of Webflow Website Design What Businesses Should Expect In 2025

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

The Invisible Club