Selepas Ros Luluskan Pindaan Apakah Umno Yang Dipimpin Presiden Bermasalah Mampu Mencipta Kemenangan Dalam Pru15


 
Apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS akhirnya meluluskan cadangan pindaan perlembagaan UMNO petang semalam, petunjuk yang nyata kini ialah ia bermakna Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini.
Oleh kerana pemilihan UMNO sudah dibenar diadakan selepas PRU15 dilangsungkan dan tempoh penggal Parlimen sekarang berakhir ialah Julai 2023, kebarangkalian Parlimen akan dibubarkan adalah dalam tempoh dua atau tiga bulan daripada sekarang.
Rata-rata meramalkan Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebaik saja Belanjawan 2023 dibentangkan pada awal Oktober depan.
Oleh kerana beliau sudah dinamakan sebagai “poster boy” BN, Ismail Sabri tentu saja ingin memanfaatkan Belanjawan 2023 dengan beberapa pendekatan yang memperlihatkan kerajaan pimpinannya lebih hampir serta mesra dengan kesusahan rakyat.
Hal ini adalah sesuatu yang lumrah dan biasa, malah siapa pun jadi Perdana Menteri pasti akan melakukan hal yang sama.
Cuma, dengan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ini bermakna Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan kekal memainkan peranan penting dalam banyak perkara, khususnya dalam soal pemilihan calon untuk bertanding.
Ada dua isu besar berbangkit dalam hal ini:-
Pertama, apakah nasib penentang-penentangnya dalam UMNO seperti Annuar Musa, Shahidan Kasim, Tajuddin Abdul Rahman dan lain-lainnya pada PRU15 nanti?
Adakah mereka kekal dicalonkan atau akan digugurkan?
Jika digugurkan, mungkinkah mereka dengan senang hati memilih bersara atau akan beralih untuk bertanding mewakili parti lain?
Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada BN dalam mencari kemenangan?
Kedua, ini juga bermakna dalam PRU15 akan datang, buat pertama kali dalam sejarah di mana UMNO dan BN akan menyertai pilihan raya dalam keadaan parti dipimpin oleh Presiden yang masih berdepan kes mahkamah?
Tidak pernah dalam mana-mana PRU sebelum ini Presiden UMNO terkait dengan kes mahkamah, apatah lagi dengan jumlah kes yang banyak iaitu 87 pertuduhan.
Mahukah rakyat memberi sokongan dan undi sedangkan Presiden UMNO dan Pengerusi BN dilihat bermasalah dan tidak bersih, terutama jika Zahid Hamidi sendiri masih bertanding lagi di Parlimen Bagan Datuk?
Bagaimana UMNO mahu menepis kecurigaan dan kebimbangan rakyat bahawa jiwa UMNO dan BN diberi kemenangan, ia lebih mungkin digunakan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapi itu?
Mahu tidak mahu sebenarnya, dalam keadaan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dan Presiden UMNO pula sedang bermasalah dan dilihat tidak bersih, bagi menjamin rakyat tiada kecurigaan untuk memberi undi kepada BN, pilihan yang terbaik ialah Zahid Hamidi mesti berjiwa besar dengan memilih untuk tidak bertanding sama sekali.
Beliau hanya perlu, atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, memastikan kemenangan parti dengan segala kemampuannya tanpa memikirkan kepentingan untuk peribadinya.
Percayalah, jika ini dapat dilakukan, pengorbanan Zahid Hamidi pasti dibalas dengan sokongan yang melimpah ruah oleh rakyat. – ShahbudinHusin 30/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/selepas-ros-luluskan-pindaan-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Tunggu Keputusan Ros Dan Gerakkan Jentera Pru15 Umno Patut Berani Adakan Pemilihan Lebih Dulu

Buang Masa Tunggu Keputusan Ros Dan Gerakkan Jentera Pru15 Umno Patut Berani Adakan Pemilihan Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 230 hits
UMNO dan BN ketika ini sedang rancak menyusun dan memperkemas jentera di beberapa negeri bagi menghadapi PRU15 yang entah bila tarikhnya Timbalan Presiden UMNO selaku Pengarah Pilihanraya BN Mohamad Hasan dalam minggu lalu telah mengadakan ...
Umno Submitted 8 Additional Docs Requested By Ros Ahmad Maslan

Umno Submitted 8 Additional Docs Requested By Ros Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 310 hits
Umno secretary general Ahmad Maslan confirmed today that the party had submitted all additional documents requested by the Registrar of Societies for their application to amend the party s constitution Yes he told Malaysiakini when asked ab...
Ros Perlu Dokumen Tambahan Umno Cuai

Ros Perlu Dokumen Tambahan Umno Cuai

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 345 hits
Berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan semalam adalah jelas Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS memerlukan lebih banyak masa lagi sebelum dapat memutuskan sama ada pindaan perlembagaan parti itu diluluskan atau sebalikny...
Is Pm Holding Back Umno S Ros Approval Letter

Is Pm Holding Back Umno S Ros Approval Letter

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 388 hits
According to a high position holder in UMNO July 16th is the deadline given for ROS to make a decision to approve the amendment to the party s constitution and postphone party election after GE15 made at the recent EGM Legally UMNO has comp...
Why The Delay Puad Asks Ros On Umno S Application

Why The Delay Puad Asks Ros On Umno S Application

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 247 hits
Umno supreme council member Puad Zarkashi said the Registrar of Societies had tarnished its reputation PETALING JAYA An Umno Supreme Council member has slammed the Registrar of Societies over the delay in deciding on the party s application...
Analysts Pm S Reform Efforts Ros Approval For Umno Make Ge Unlikely This Year

Analysts Pm S Reform Efforts Ros Approval For Umno Make Ge Unlikely This Year

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 323 hits
As Putrajaya s memorandum of understanding with Pakatan Harapan is nearing its expiry date Prime Minister Ismail Sabri Yaakob on Wednesday affirmed to reporters that he would abide by his party s decision not to extend the agreement However...
Umno Clears Big Hurdle After Ros Approval Says Analyst

Umno Clears Big Hurdle After Ros Approval Says Analyst

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 323 hits
Umno will now be able to hold party elections after the general election PETALING JAYA Umno has cleared a big hurdle with the approval of its constitutional amendment to postpone party elections a political analyst said Azmi Hassan of Akade...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k