Selepas Mou Tak Disambung Adakah Umno Mahu Pm Bubar Parlimen


agendaily.com25/4/2022
Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

Keputusan muktamad sudah dibuat UMNO untuk tidak menyambung memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang yang ditandatangani tahun lalu dan bakal berakhir Julai nanti.

Langkah tersebut secara tidak langsung mengikat Perdana Menteri (PM) untuk tidak lagi berunding dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) yang selama ini menyokongnya di Parlimen, ia terbukti apabila tiada usul tidak percaya pernah dibawa terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang sidang Dewan Rakyat.

Tidak boleh dinafikan, MoU tersebut memberi kestabilan terhadap kerajaan sedia ada dan Ismail Sabri berjaya mengelak daripada berdepan usul tidak percaya seperti yang didesak pembangkang sebelum ini terhadap kerajaan mantan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, MoU tersebut sebaliknya tidak memberi kelebihan kepada PH apabila penyokongnya sendiri sudah beralih sokongan kerana tindakan yang lebih rela duduk bersama kerajaan dipimpin UMNO.

Tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan menyaksikan PH tersungkur, lebih teruk sehingga gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Paling beruntung adalah UMNO hasil daripada MoU tersebut, parti yang hampir tenggelam kini beransur-ansur pulih dan semakin kuat. Malah, sekiranya diadakan PRU-15 dalam masa terdekat sekalipun kemenangan besar dijangka menjadi milik mereka.

Keputusan PRN Melaka dan Johor sudah cukup menyakinkan UMNO untuk berdepan PRU-15, faktor perpecahan sesama pembangkang dan sikap pengundi yang sudah tidak mempercayai janji dibuat mereka menyumbang kepada punca kekalahan.

Jika diadakan PRU-15 dalam keadaan pembangkang lemah dan tidak bersedia, sudah pasti UMNO akan beroleh kemenangan yang besar dan tidak mustahil meraih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, satu-satunya jalan untuk membebaskan Kluster Mahkamah dalam UMNO yang sedang berdepan puluhan pertuduhan juga adalah menerusi PRU-15 kerana hanya dengan kuasa mutlak sahaja pendakwaan dapat digugurkan.

Jika alasan mengadakan PRU-15 untuk kestabilan politik dan ekonomi, ia hanyalah sekadar rekaan cerita untuk mengaburi mata rakyat walhal realitinya ia bertujuan untuk melepaskan semua pemimpin UMNO yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah ketika ini.

Berbalik semula kepada MoU yang dimerterai dengan pembangkang dan kerajaan, apakah yang akan jadi selepas MoU tidak disambung?

Ismail Sabri juga seakan menerima bulat-bulat keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO, malah kenyataannya sebelum ini yang seakan tunduk kepada keputusan dibuat partinya menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan ketua parti yang lain.

Bagaimana selepas berakhir MoU tersebut, MT UMNO kembali bermesyuarat dan kemudiaannya mengumumkan keputusan mendesak Parlimen dibubarkan, adakah ia bakal dituruti juga?

Berdasarkan tindak-tanduk awal, tidak mustahil Ismail Sabri juga akan mengikuti keputusan partinya kerana sebelum itu juga sudah patuh dengan keputusan parti tidak menyambung MoU dengan pembangkang.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan tidak akan berhenti mengatur langkah seterusnya, bahkan beliau lebih bijak daripada cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak lagi berpengaruh dan berbisa semasa era reformasinya.

Apabila PRU-15 diadakan, peluang sebenarnya sama rata untuk seseorang menjadi PM dan ia tertakluk kepada janji yang dibuat sebelum itu, malah Zahid juga mempunyai peluang untuk dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara.

Tiada jaminan Zahid mengotakan janjinya, bayangkan apabila cikgunya sendiri, Anwar pun boleh terduduk kena dipermainkan anak muridnya itu.

Yang pastinya, PRU-15 semakin hampir dan berkemungkinan ia bakal diadakan selepas Julai tahun ini juga sejurus MoU tidak disambung. UMNO yang sedang kuat dan bernafsu untuk menang besar pasti tidak akan melepaskan peluang yang terhidang untuk meneruskan kemaraan sama seperti di Melaka dan Johor.

Kemenangan di Melaka dan Johor bakal menjadi pemangkin kepada UMNO untuk meneruskan kemaraan dan meraih kemenangan dengan lebih bergaya pada PRU-15 nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/selepas-mou-tak-disambung-adakah-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 170 hits
Teka teki mengenai calon perdana menteri daripada Umno dan Barisan Nasional terjawab apabila parti itu sebulat suara mengumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy pada Pilihan Raya Umum ke 15 Bagaimanapun persoalan timb...
Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com18 4 2022Siapa calon PM yang lain dalam UMNO UMNO sudah menamakan calon Perdana Menteri mereka selepas pilihan raya umum ke 15 nanti bagaimanapun ia bukan jaminan yang mencukupi untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob k...
Mou Perjanjian Ph Dengan K Jaan Bukan Dengan Umno Khalid

Mou Perjanjian Ph Dengan K Jaan Bukan Dengan Umno Khalid

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 16 2022 8 46 AMMemorandum persefahaman adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan pimpinan BN bukan dengan Umno kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad Ini berlaku selepas Majlis T...
Mou Deadline Pm To Abide By Umno S Decision

Mou Deadline Pm To Abide By Umno S Decision

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 193 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob said he would abide by the Umno supreme council s decision that the Memorandum of Understanding on Transformation and Political Stability inked between the federal government and Pakatan Harapan must expir...
Harapan Not Bound By Umno S Decision On Mou Says Loke

Harapan Not Bound By Umno S Decision On Mou Says Loke

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 199 hits
Pakatan Harapan is not bound by any decisions made by the Umno supreme council on the memorandum of understanding with the BN led federal government said DAP secretary general Anthony Loke Instead the Seremban MP said the Umno supreme counc...
Umno Berhak Buat Keputusan Mou Kerajaan Pembangkang

Umno Berhak Buat Keputusan Mou Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 174 hits
PONTIAN UMNO berhak membuat sebarang keputusan terhadap kedudukan Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan pembangkang atas dasar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani MoU itu dari UMNO Setiausaha Agungnya Da...
Mou Dibuat Untuk Pulihkan Ekonomi Umno Jangan Ganggu Usaha Baiki Kehidupan Rakyat

Mou Dibuat Untuk Pulihkan Ekonomi Umno Jangan Ganggu Usaha Baiki Kehidupan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 171 hits
Isu memorandum kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan dipanaskan oleh Umno sejak seminggu lalu Timbul kenyataan Umno tidak mengiktiraf MoU dan kemungkinan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memb...
Tak Lanjut Mou Kerajaan Ph Selepas 31 Julai Ahmad Maslan

Tak Lanjut Mou Kerajaan Ph Selepas 31 Julai Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 131 hits
Tak lanjut MoU kerajaan PH selepas 31 Julai Ahmad Maslan Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan memorandum persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan yang berakhir 31 Julai ini tidak akan diteruskan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata...
Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 210 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob remains a party man who will likely consult Umno before making any significant decisions related to the memorandum of understanding with Pakatan Harapan said Selangor BN chief Isham Jalil I know Ismail Sab...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris