Selepas Kejadian Tak Jadi Check In Arte Plus
Assalamualaikum..
So, lepas pada kitorang setel semua urusan dekat Arte Plus yang disaster tu, terus kitorang gerak ke area Ampang Point. Makan dekat kedai Mamak depan Sushi King tu. Amenda entah nama. Tapi Maggie Goreng dia memang sedap la. Time ni, Aliah semua pergi sana terus. Lepas tu dorang asyik kutuk-kutuk I cakap Organizer salah pilih tempat la apa la MENYAMPAH. I pulak kekadang ada waktu hati tissue, tak boleh nak kena sakat. Nanti I nanges sebab rasa macam ada seketul dekat dada. Hahahaha. I ni entah eh, pergi mana-mana je orang suka sakat. Kat umah, dengan Sazli, Bapak, kat office.. Semua lah! Semua suka bahan I. Tingat dekat Rubber dulu, kekadang sampai I nanges la kena bahan dengan Manager's. Lepas tu Boss I ada masa dia pon sama naik. Selalu cakap I gemok. Kang dekat diary tengok eh apeni? Sapa tulis Gemok? Bila I tanya 'Betul ke Su gemok?' Semua cakap Yeeeeeee. Bila tengok muka I sikit lagi nak nanges semua cakap lain pulak. Semua jahat. Ni Shein dah besar, dia dah tag team dengan Sazli kacau Mama. Haritu masa dekat Gambang, dua beranak tu terbalikkan I punya pelampung. Geram je. Hahahaha. Ingat Yatie cakap, 'Su, nanti kalau Shein dah faham sikit, kita rasa awak akan lebih manja dari dia'. Hehe. Yeke? I think maybe nature anak bongsu macam ni kot? Kekadang ada jugak I rasa macam 'Eh, umur dah nak masuk level warga emas ni kalau ikut Syed Saddiq punya perkiraan tapi macam ni jugak'. Lagi kalau dengan Kaklong. Menjadi-jadia perangai
Tapi I pon takde la bersalah mana sebab orang-orang sekeliling I pon suka manjakan I. It's either suka manjakan or malas nak layan kalau I dah start muncung. Entah-entah orang menyampah sebenarnya. Hahahaha. Nak buat macam mana. Taaaaaaaapi korang tak tengok lagi perangai Aliah dengan CT macam mana. Kira I ni boleh dimaafkan la lagi. Ko taktau CT, nak mandi pon kena ada 'se-pace'. Tingat dulu masa pergi Kasturi Cabin, macam mana muncung sedepa bila tengok Toilet dia kecik. Hahahahaha. Ngan CT and Aliah ni tak payah la nak Arte Plus bagai. I tau dah dorang punya standard level macam mana. Syukur la Sazli dapat I yang tak kisah tido takde aircond ni. I bawak makan kat mana pon OK. Bedal je semua. Nasi dengan Telur pon happy. Kedai India, kedai Mamak, kedai kampung tepi jalan, semua bedal. Macam Dyba and Kanik tak makan Mamak. Bau kedai Mamak pon tak boleh. Eksyen betul
Untuk Shein. Rice and Curry Mama. Hari-hari nak kari. Kalau macam ni favorite dia lah. Masa waktu sekolah haritu, Maktok akan masak Kari Ikan Tenggiri and frozenkan. So, each time Shein nak kari, zaaaaapppp panaskan aje. Selesai masalah. Shein ni semua tempat dia nak Kari. Cute sangat tau? Yang ni Kuah campur dengan Ikan Tenggiri Goreng. Shein pon gembira.
Maggie Goreng memang terbaik la kat sini. Sedap!
Aliah, Eva and Zairie. Suka la eh ko Zairie aku seteresssss macam harini sebab Arte Plus ni.
Seronok betul dua orang ni kan? I kan Organizer yang failed. Lepas ni taknak dah jadik Organizer. Menyampah.
Kemain Si Adrieyl hensem pakai baju bunga raya. Suruh ambik tissue dekat kaunter pon taknak. Kira OK lagi. Shein tu lagi la. Blanket sejengkal dari dia pon suruh Mama ambikkan. Kekadang sampai gaduh. Dah la debab. Eeee besar sangat dah Shein ni. Diet sikit please.
Tengok Aliah dah jadik Michael Jackson.
Kitorang duduk bincang semua, memula rasa macam dah la, balik je la. Nak check in hotel pon dah nak dekat malam. Rugi. Baik balik je. Tapi Saz cakap, bag semua dah ada dalam kereta, so jom je la carik hotel mana-mana yang ada indoor swimming pool. Sebab kalau indoor swimming pool boleh mandi sampai malam. Yang I tau Maya Hotel. Tapi masa check dalam Agoda and Booking, dedua dah fully book. Kata Atig, GTower hotel pon ada indoor swimming pool jugak. Bila check, dorang cakap Swimming Pool tutup at 10.30pm macam tu so terus la kitorang book. Selesai masalah. Sampai GTower hotel dalam 8.00pm, lepas tu terus kanak-kanak kecebur masuk kolam. Shein pon gembira tetiap minggu bejalan. Minggu ni mintak lagi. Naseb baik la Raya Haji. Kata Sazli, lepas ni nak stay dekat hotel, dia dah taknak dah pergi jauh-jauh. Nak KL je. Kitorang plan next time nak try Tamu pulak. I teringin nak pergi St Regis KL. Nanti kena ajar Shein la. 'Abah, I want to go to St Regis Hotel House'. Sure Sazli cair. Yes
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/08/selepas-kejadian-tak-jadi-check-in-arte.html