Selepas Ini Hanya Gari Dan Lokap Saja Ubatnya




Meskipun kerajaan semalam telah membuat keputusan tidak akan meratifikasi atau mengesahkan ICERD, satu konvensyen PBB mengenai penghapusan diskriminasi kaum, tetapi UMNO dan Pas nampaknya tetap mahu mengadakan perhimpunan bantahan pada 8 Disember depan ini.


UMNO, melalui kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Annuar Musa menyatakan pengumuman kerajaan menolak ICERD sekadar melalui kenyataan media yang tidak bertandatangan adalah tidak memadai untuk dipatuhi.


Sebaliknya, mereka menuntut ianya mesti dibuat dalam suatu pengumuman di Parlimen.


Gambarannya ialah dengan menolak keputusan kerajaan itu bermakna UMNO tetap akan berhimpun bersama dengan Pas pada 8 Disember nanti.


Kedua-dua Zahid Hamdi dan Annuar pernah menjadi menteri sebelum ini, namun mereka terlihat sengaja menimbulkan persoalan baru berhubung keputusan kerajaan menolak ICERD itu sebagai alasan untuk terus berhimpun dan mencetuskan huru-hara dalam negara.


Sebetulnya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan semalam bukan semata-mata kenyataan media biasa oleh Pejabat Perdana Menteri atau keputusan Tun Mahathir Mohamad seorang, tetapi ia adalah keputusan kabinet yang dibuat secara sebulat suara oleh semua menteri-menteri.


Sesuai dengan kerajaan yang memutuskan tidak akan menandatangani ICERD itu, maka sudah tentu keputusan oleh kabinet adalah yang paling sesuai dan munasabah sekali dan cara yang biasa dilakukan ialah melalui kenyataan akhbar.


Susahkah Zahid Hamidi dan Annuar nak faham dan hadam mengenainya?


Kalau kenyataan akhbar yang tidak bertandatangan mahu dipertikaikan, pernahkah Najib Razak, Zahid Hamidi atau Annuar sendiri menurunkan tandatangan dalam kenyataan akhbar mereka sebelum ini?


Pas pula memberi alasan akan terus berhimpun pada 8 Disember nanti sebagai tanda kesyukuran kerana ICERD akhirnya tidak akan ditandatangani oleh kerajaan.


Maknanya, daripada berhimpun untuk membantah ICERD, Pas kini mahu terus berhimpun kerana ICERD telah pun dibatalkan.


Pasti Islam ini pun pelik juga. Biasanya orang berhimpun di tempat terbuka hanya kerana ingin menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, bukan untuk bersyukur


Kalau mahu mengadakan kesyukuran, buatlah di masjid atau berziarah sambil bersedekah ke rumah anak-anak yatim.


Sebenarnya, sama seperti UMNO, Pas juga sudah hilang modal untuk terus menggugat kestabilan kerajaan apabila kabinet dengan segera membuat keputusan tidak akan menandatangani ICERD itu, meskipun mereka telah membuat persiapan seperti menempah ribuan baju T dan melakukan kutipan derma melalui tin-tin milo di pelbagai majlis ceramah kebelakangan ini.


Keinginan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember depan, meskipun setelah kerajaan memutuskan tidak akan menandatangani ICERD tidak lain hanya menyerlahkan niat  dan tujuan sebenar kedua-dua parti itu melakukan bantahan.


Sepertimana kata Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dalam kenyataannya malam tadi, tidak perlu dan tidak munasabah lagi untuk sesiapa meneruskan bantahan berikutan keputusan kerajaan berkaitan ICERD itu.


Sambil mengingatkan mereka yang mahu berbuat demikian bahawa mereka kini tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 serta terikat dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak polis, Muhyiddin juga menegaskan tindakan tegas berlandaskan undang-undang turut akan diambil jika tercetusnya ketegangan kaum serta agama menerusi perhimpunan itu nanti.


Faham tak?


Kalau tak faham lagi, barangkali hanya gari dan lokap saja ubat paling mujarab untuk mereka itu, waima kepada Zahid Hamidi, Annuar Musa, Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man sekali pun. (ShahbudinHusin 24/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/selepas-ini-hanya-gari-dan-lokap-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homemade Cream Cheese Sedap Mudah Hanya 4 Langkah Saja Siap

Homemade Cream Cheese Sedap Mudah Hanya 4 Langkah Saja Siap

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 641 hits
Harga cream cheese boleh tahan harganya Sekali sekala beli tak menjadi masalah tapi kalau selalu beli parah juga sebab sekarang ni dah menjadi trend apapun makanan atau sos yang ada cheese mesti ramai yang suka Mak mak jangan risau kalau an...
Apa Muslihat Dr Mahathir Mahu Jadi Pm Dan Hanya Menghadkan Pada 2 Tahun Saja

Apa Muslihat Dr Mahathir Mahu Jadi Pm Dan Hanya Menghadkan Pada 2 Tahun Saja

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 508 hits
Dari beberapa sumber yang di percayai sejumlah besar duit bernilai 2 bilion telah di pindahkan dari Kepulauan Cayman ke Labuan Malaysia pada 04 September 2018 Pemindahan tersebut telah di buat atas nama MTD Labuan Berhad Hubungan Antara MTD...
Wapres Jk Soal Revisi Dni Tidak Mengancam Umkm Hanya Salah Komunikasi Saja

Wapres Jk Soal Revisi Dni Tidak Mengancam Umkm Hanya Salah Komunikasi Saja

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 196 hits
Tidak tidak akan mengancam hanya salah komunikasi saja kata JK di kantornya Jalan Merdeka Utara Jakarta Pusat Selasa
Isteri Ikut Suami Sehari Selepas Meninggal Di Makkah Saya Hanya Cakap Mama Papa Balik Minggu Depan Tiket Tak Ada

Isteri Ikut Suami Sehari Selepas Meninggal Di Makkah Saya Hanya Cakap Mama Papa Balik Minggu Depan Tiket Tak Ada

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 515 hits
Isteri ikut suami sehari selepas meninggal di Makkah Saya hanya cakap mama papa balik minggu depan tiket tak ada
Betina Ni Hanya Berani Di Alam Maya Saja Ifa Raziah

Betina Ni Hanya Berani Di Alam Maya Saja Ifa Raziah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 511 hits
Penampilan pelakon dan pengacara sensasi Ifa Raziah sering menjadi perhatian netizen Meskipun Ifa sudah memasuki 40 an namun wajahnya tidak seperti usianya sekarang malah terlihat lebih muda dan menawan Terbaru satu fotonya lamanya di Insta...
Netizen Kecam Staff Pejabat Waytha Moorthy Hanya Ada Satu Bangsa Sahaja

Netizen Kecam Staff Pejabat Waytha Moorthy Hanya Ada Satu Bangsa Sahaja

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 909 hits
BELUM selesai dengan isu Waytha Moorthy yang kini sedang hangat dikecam di media sosial beberapa hari kebelakangan ini Selepas isu video Waytha melemparkan fitnah terhadap kerajaan Malaysia mendapat kecaman meluas kali ini pemilihan staf ya...
Hidup Di Dunia Hanya Sementara Umat Islam Tidak Memilih Kehidupan Dunia Itulah Beza Umat Islam Dengan Kafir 8684

Hidup Di Dunia Hanya Sementara Umat Islam Tidak Memilih Kehidupan Dunia Itulah Beza Umat Islam Dengan Kafir 8684

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1552 hits
https plus google com communities 103652814515960775895Laporan Syamina Taliban Sebagai Pemerintahan Islam Selasa 21 Agustus 2018 20 19 Tulisan ini lebih fokus kepada pengalaman setelah dekade kedua Taliban untuk menunjukkan apa peran Taliba...
Tak Hanya Ingin Undang Asing Ini Alasan Pemerintah Jokowi Revisi Dni

Tak Hanya Ingin Undang Asing Ini Alasan Pemerintah Jokowi Revisi Dni

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 249 hits
Relaksasi DNI ini kita lakukan untuk latar belakangnya beberapa Ada dua atau tiga Yang pertama adalah kita mengevaluasi secara rutin pelaksanaan dari Perpres 44 2016 Kita melihat ada yang perkembangannya cukup baik Ada yang perkembangannya ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui