Selayang Baru Digempur 843 Pati Ditahan


Mereka ditahan dalam operasi bersepadu malam tadi selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Antara 843 warga asing yang ditahan untuk diperiksa oleh pihak berkuasa dalam operasi di Selayang Baru malam tadi. (Gambar Facebook Imigresen Selangor)KUALA LUMPUR: Sebanyak 843 pendatang asing tanpa izin termasuk 35 wanita ditahan dalam operasi bersepadu di Selayang Baru dekat sini atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, malam tadi
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri, berkata mereka berusia antara 21 hingga 53 tahun dan berasal dari Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal serta Pakistan.
“Operasi dilaksanakan selepas menerima aduan masyarakat mengenai lambakan pekerja asing termasuk ada yang menjalankan perniagaan di tepi jalan,” katanya pada sidang media selepas menyertai operasi itu.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Lokman Effendi Ramli, Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar dan Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin.
Amirudin berkata mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan menggunakan kad tidak diiktiraf, dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.
Operasi melibatkan 358 anggota pelbagai agensi keselamatan termasuk Jabatan Imigresen, polis, tentera, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak berkuasa tempatan.
Amirudin berkata operasi sama yang pernah dilaksanakan di beberapa lokasi lain di Selangor termasuk Seri Muda, Shah Alam dan Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan memberi kesan positif kepada masyarakat.
“Operasi ini akan diteruskan bagi mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warga asing yang melanggar undang-undang selaras Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya.
Selain itu, Amirudin berkata dua warga tempatan turut ditahan dalam operasi itu berkaitan penyalahgunaan dadah.
Mengulas dakwaan kos sewa rendah menarik warga asing tinggal di Selayang Baru, beliau berkata faktor itu disebabkan permintaan dan penawaran, selain lokasinya yang hanya 20 minit dari pusat bandar dan menjadi tumpuan aktiviti perdagangan serta pekerjaan harian.
Amirudin juga mengingatkan majikan supaya menggunakan saluran sah ketika menggaji pekerja asing bagi mengelakkan gangguan operasi perniagaan dan memastikan keselamatan negara terjamin. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/12/selayang-baru-digempur-843-pati-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 79 hits
KUALA LUMPUR 7 Dis Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Az...
Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal

Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 160 hits
Di Bukit Mertajam 18 individu warga Jepun dan China telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian Laporan menyatakan mereka beroperasi dari dua banglo di Simpang Ampat dan berpura pura menyamar sebagai anggota p...
Lelaki Ditahan Paksa Kekasih Gugur Kandungan

Lelaki Ditahan Paksa Kekasih Gugur Kandungan

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 99 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki memaksa kekasihnya mengambil ubat bagi menggugurkan kandungan di Bandar Country Homes Rawang semalam Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad ...
Kedah Ahli Parlimen Padang Serai Sahkan Ditahan Sprm Akan Didakwa Isnin Ini

Kedah Ahli Parlimen Padang Serai Sahkan Ditahan Sprm Akan Didakwa Isnin Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 108 hits
Noorazura Abdul RahmanAzman menyatakan bersedia hadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin ini Foto fail NSTPALOR SETAR Ahli Parlimen Padang Serai mengesahkan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes projek...
Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 89 hits
Bernama nbsp Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wa...
Remaja Warga Asing Ditahan Ketika Pandu Kenderaan Majikan

Remaja Warga Asing Ditahan Ketika Pandu Kenderaan Majikan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 84 hits
Hafidzul Hilmi MohdGOMBAK Tindakan berani seorang remaja perempuan warga Myanmar memandu sejauh lebih 40 kilometer tanpa sebarang dokumen sah mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa hari ini Remaja berusia 16 tahun itu dikesan m...
Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 207 hits
MARAN Rata rata penduduk Felda Jengka 7 yang ditemui disini menyanjung tinggi sikap dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Penyelaras DUN Chenor Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin Ketika menyantuni seorang anak Orang Kurang Upaya Mohammad Amirul ...
Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar

Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 215 hits
Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar Saya suka beli goldbar samada saiz besar 5 gram tu atau mini goldbar dalam bentuk charm Rasa ralit je tengok goldbar comel tergantung kat rantai tangan saya Hehe Rantai tangan tu beli asing dan c...
Sindiket Seludup 101 Pati Tumpas Awal Pagi

Sindiket Seludup 101 Pati Tumpas Awal Pagi

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 143 hits
MOHD YUNUS YAKKUBSABAK BERNAM Kegiatan penyeludupan migran sekitar daerah ini tumpas menerusi tiga serbuan yang turut berjaya memintas sebuah bot pom pom dalam operasi awal pagi semalam Dalam operasi bermula pukul 2 15 pagi itu pasukan kese...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko