Selang Beberapa Minit Suasana Jadi Sepi Ternyata Ifan Seventeen Ceritakan Detik Cem4s
‘Selang Beberapa Minit Suasana Jadi Sepi, Ternyata…’ – Ifan Seventeen Ceritakan Detik Cem4s . Gelombang tsunami telah melanda Selat Sunda dan mengakibatkan ratusan rakyat terkorban termasuk anggota band Seventeen. Sehingga ke hari ini, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan pihak berkuasa.
Vokalist Seventeen, Ifan terselamat dari bencana alam itu dan menceritakan detik tragis dibawa ombak tsunami malam tersebut.
Dua jam saya terapung-apung
Secara tidak sedar, ombak tsunami itu menghempas dengan kuat ketika mereka menyampaikan lagu kedua pada malam tersebut. Tiga anggota kumpulan ini dan pengunjung turut dihanyut ke laut deras sehingga gagal menyelamatkan diri masing-masing.
Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, kedudukan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat. Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat.
Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut.
Suasana menjadi sepi…
Tambahnya lagi, dia berusaha menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga dia berjaya naik ke darat.
Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi… Ternyata mangsa lain sudah meninggal dunia. Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka.
Sebahagian besar meninggal dunia
Kira-kira 70 peratus tetamu dibawa arus ke daratan dan semuanya selamat. Manakala, Ifan termasuk 30 peratus tetamu yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya meninggal dunia dalam tragedi itu.
Ketika sampai ke darat dia terus mencari isteri serta rakannya namun terkejut apabila menemui mayat pemain bass, Bani dan pengurus mereka, Oki Wijaya.
Selang dua hari misi mencari, Ifan mengesahkan isterinya berjaya ditemui tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Kejadian tsunami yang dihadapi Ifan
Ifan+Seventeen+Ceritakan+Kronologis+Kejadian+Bencana+Tsunami
Artikel berkaitan
‘Biar aku bisa menuntut hak berpasangan denganmu di akhirat’ – Ifan
Selepas isteri, Dylan Sahara yang disahkan meninggal dunia pada Isnin dalam kejadian tsunami yang terjadi pada Sabtu malam di Banten, Selat Sunda, Riefian atau lebih mesra dipanggil Ifan memuat naik luahan hatinya terhadap kehilangan berkenaan.
“Istriku memang bukan manusia yang sempurna, begitupun aku. Tapi dia ga pernah berhenti buat terus terus menjadi istri yang baik, i know you have tried your best and it’s not easy for you, but you did it baby. Dan buatku memang dia adalah istri terbaik yang mungkin diberikan Allah buatku, I couldn’t ask for more ya Allah.
“Mewakili istriku aku memohon maaf sebesar2nya kepada teman, sahabat, keluarga, saudara atau siapapun yang pernah mengenal Dylan. Mohon diikhlaskan jikalau ada kata atau perbuatan yang kurang berkenan.
“Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah pula yang memisahkan kita. Doain suamimu agar menjadi suami yang sholeh, biar aku bisa menuntut hak ku buat berpasangan denganmu di akhirat nanti untuk selamanya,” catatnya di laman Instagram.
Pada Isnin, Ifan menerusi muat naik di Instagram Story, mengucapkan ‘Alhamdulillah kita udah semobil lagu Yuk pulang yuk @dylan_sahara’. (Alhamdulillah kita sudah bersama dalam satu kenderaan, ayuh kita pulang Dylan Sahara)
Kuat
“Mashallah kuat dan tabah bgt ini org hebat semoga surga menempati keluarga mas @ifanseventeen,” kata pengikut Instagramnya yang bernama @danangdip.
Dalam pada itu, seorang lagi pengikut Instagramnya, @inkha7 menjelaskan, perancangan Tuhan adalah yang terbaik untuk Ifan.
“InsyaAllah tuhan menyiapakan rencana yang jauh lebih baik dari ini semua.qt semua akan kembali kepadax…dan smg kk slalu diberikan kesehatan dan umur panjang.smg Almarhumah istri kk diberi tempat terindah,,ikhlaskan dan doakan insyaAllah Khusnul Khotimah.Amiin,” doa @inkha7.
Ifan sebelum ini menzahirkan rasa bangga dapat menjadi rakan sepentas bersama-sama Herman, Bani dan juga Andi.
Lagu Selalu Mengalah ini mengisahkan cinta seorang lelaki atau wanita yang selalu mengalah dalam setiap hubungan percintaan – Sumber: Youtube / MAHAKARYACHANNEL
Pada Ahad, Ifan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam kejadian bencana alam itu.
Beberapa jam kemudian, pemain gitar band popular tersebut, Herman Sikumbang dan juga kru, Ujang merupakan antara yang disahkan korban dalam tragedi tersebut.
Jumlah korban susulan tragedi tsunami di Selat Sunda pada petang Selasa meningkat kepada 429 orang.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho , seramai 1,485 lagi dilaporkan cedera, 154 orang hilang dan 16,082 orang dipindahkan ke tempat yang selamat.
Sumber: Astro Awani
The post ‘Selang Beberapa Minit Suasana Jadi Sepi, Ternyata…’ – Ifan Seventeen Ceritakan Detik Cem4s appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/selang-beberapa-minit-suasana-jadi-sepi-ternyata-ifan-seventeen-ceritakan-detik-cem4s/