Selamatkan Remaja Daripada Rokok



Kerajaan saban tahun mengadakan kempen anti merokok bagi mengurangkan bilangan perokok dan menyedarkan golongan berpotensi menjadi perokok agar tidak terjebak dengan amalan membawa padah buruk itu. 

Perangkaan menunjukkan, antara 50 hingga 60 orang remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada anggaran lima juta perokok di Malaysia. 

Fenomena ini tentu memberi kesan jangka masa panjang kepada gaya hidup masyarakat yang meningkatkan jumlah bilangan perokok secara berterusan, sekaligus menggagalkan kempen anti merokok.

Masyarakat di negara ini menghukum perbuatan merokok makruh berdasarkan kepada mazahab Syafie. Merokok dihukum makruh kerana tidak memabukkan dan bukan dari jenis memabukkan. 

Berdasarkan kepada hukum makruh itu, maka ramai yang merokok tanpa merasakan satu perbuatan dosa. Sebab itu di kalangan ulama, ustaz, guru agama, pak haji dan pak imam juga merokok. 

Jika orang dewasa dan dari kalangan golongan dihormati dalam agama juga merokok, mengapa pula remaja tidak dibenarkan merokok. Antara orang dewasa dan remaja tidak ada bezanya dari segi kesan buruk akibat perbuatan itu. Inilah isu yang menyukarkan penjelasan mengapa remaja salah merokok, sedangkan tidak bagi orang dewasa. 

Hakikatnya, merokok jelas mendatangkan bahaya kepada kesihatan sebagaimana amaran yang tertera dengan jelas pada kotaknya. 

Sebenarnya fatwa bahawa merokok adalah haram telah lama dikeluarkan di peringkat antarabangsa, termasuk Mufti Mesir, Dr Nasr Fareed Wassil.

Di negara kita, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa merokok adalah perbuatan haram di sisi agama Islam. Perbuatan itu wajib dijauhi setiap orang Islam. 

Setiap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya adalah beracun dan ‘carcinogenic’. Antara antara jenis racun dalam rokok ialah aseton, ammonia, naphthylamine, metanol, naftalena, kadmium, karbon monoksida, vinil klorida, hidrogen sianida, toluidina, arsenik dan fenol. 

Statistik berdasarkan kajian perubatan jelas menunjukkan kaitan antara penyakit arteri jantung, tersekat saluran darah, kurang daya kecergasan otak, masalah lemah tenaga batin dan penyakit barah dengan merokok.

Adalah menjadi kesalahan bagi individu berusia 18 tahun ke bawah membeli, menjual dan memiliki rokok. Malangnya penguatkuasaan amat lemah. Remaja didapati bebas merokok di mana-mana tanpa rasa takut ditahan pihak berkuasa. Peniaga pula bebas menjual rokok kepada remaja dan kanak-kanak. Remaja dan kanak-kanak tidak sukar untuk mendapat rokok dan mengamalkan tabiat itu.  

Ada remaja dan kanak-kanak sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang membeli rokok. Lebih buruk lagi ada yang mencuri untuk mendapat rokok.  

Selain remaja lelaki, amat membimbangkan sekarang ini apabila bilangan remaja perempuan terlibat gejala merokok semakin meningkat dengan mendadak. Remaja perempuan yang terlibat merokok terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan dilakukan perempuan.  

Kebanyakan perokok mula merokok sejak umur belasan tahun dan sesetengahnya ketika di sekolah rendah. Remaja mencuba merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Kajian mendapati 99 peratus remaja terlibat dadah bermula dengan tabiat merokok seawal usia 13 tahun. 

Lebih malang lagi mereka terpengaruh tabiat merokok daripada bapa dan abang mereka. Fakta kajian mendapati kira-kira 60 peratus bapa dan orang dewasa dalam keluarga menghisap rokok di hadapan remaja dan kanak-kanak dalam rumah. 

Kanak-kanak dan remaja mudah terpengaruh apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan dianggap kelakuan lumrah dalam masyarakat, jadi mereka juga perlu melakukan sebagai sebahagian komuniti masyarakat.    

Usaha mengelak remaja terlibat merokok adalah permulaan mencegah daripada melakukan kesalahan sosial dan pengaruh dadah. 

Majoriti penagih dadah bermula dengan ketagih rokok. Malah, masalah sosial dilakukan pelajar dan remaja berpunca daripada pengaruh rokok. Semua pelajar dan remaja bermasalah terlibat dengan merokok. 

Oleh itu, ibu bapa perlu memberi tumpuan menghalang daripada anak-anak menghisap rokok. Isu merokok bukan perkara kecil. Pelajar dan remaja yang merokok berdepan dengan masa depan yang sukar, setidak-tidaknya berkaitan dengan kesihatan.   

Rata-rata perokok mengaku berusaha menghentikan tabiat merokok, tetapi gagal. Ramai yang berhenti merokok sekejap saja dan kemudian kembali mengamalkan tabiat itu. Mereka ingin bebas daripada rokok setelah menyedari ia perbuatan merugikan. 

Cara terbaik mengelak daripada merokok ialah tidak mencubanya dari awal. Kanak-kanak dan remaja perlu diberi lebih tumpuan untuk menghalang daripada cuba merokok. 

Ibu bapa dan orang dewasa perlu memainkan peranan penting mencegah kanak-kanak dan remaja mencuba merokok. Lebih 85 peratus mereka yang cuba-cuba merokok kekal merokok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/bwn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Strategi Cegah Penggunaan Rokok Elektrik Di Kalangan Remaja

Ini Strategi Cegah Penggunaan Rokok Elektrik Di Kalangan Remaja

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 252 hits
Sampai saat ini belum ada kebijakan yang secara khusus mengatur batasan umur penggunaan produk tembakau alternatif di Indonesia namun beberapa penjual produk rokok elektrik atau vape di Indonesia sudah berinisiatif melakukan pencegahan peng...
Keburukan Perkahwinan Pada Usia Remaja

Keburukan Perkahwinan Pada Usia Remaja

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 333 hits
Sejak kebelakangan ini Abam Kie melihat peningkatan kadar perkahwinan remaja di Malaysia dan ia menjadi seperti trend untuk anak anak muda untuk berbuat demikian Secara amnya purata umur remaja yang berkahwin adalah antara 15 dan 18 tahun F...
Remaja 14 Tahun Dibunuh Kerana Berwajah Jambu

Remaja 14 Tahun Dibunuh Kerana Berwajah Jambu

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 861 hits
BAGHDAD IRAQ Seorang remaja berusia 14 tahun di Iraq ditikam sampai mati selepas sekumpulan lelaki mengesyaki dia adalah gay hanya kerana berwajah jambu Insiden menggemparkan ke atas Hamoudi al Mutairi itu berlaku berhampiran kediamannya di...
Diterima Kerja Remaja 15 Tahun Malah Lecehkan Balita Anak Majikan Di Depok

Diterima Kerja Remaja 15 Tahun Malah Lecehkan Balita Anak Majikan Di Depok

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 343 hits
Dari keterangan orangtua korban sengaja membawa BS ke Depok untuk membantu bekerja di warung kelontong
2 Remaja Ditemui Mati Dalam Kereta Tanpa Sebarang Kecederaan Luaran

2 Remaja Ditemui Mati Dalam Kereta Tanpa Sebarang Kecederaan Luaran

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 660 hits
Penduduk Kampung Jaya Baru Kinabatangan Sabah dikejutkan dengan penemuan dua remaja lelaki yang mati di dalam sebuah kereta Perodu Myvi semalam lapor Astro Awani Mayat Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad yang keduanya berusia 19 tahun...
Bebas Keluar Malam Punca Anak Remaja Jadi Liar

Bebas Keluar Malam Punca Anak Remaja Jadi Liar

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 376 hits
Sedih hati kami apabila mendapat berita mengatakan 9 remaja sekolah berbasikal maut dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru awal pagi tadi ketika mereka sedang lepak lepak di bahu jalan Memetik laporan Berita Harian seramai 16 penunggang bas...
Disangka Tidur Dua Remaja Dijumpai Mati Dalam Kereta

Disangka Tidur Dua Remaja Dijumpai Mati Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 356 hits
KINABATANGAN Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru dekat sini apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi hari ini Dalam kejadian jam 11 46 pagi itu Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad keduanya 19 tahun ...
Kesihatan Mental Remaja Cabaran Membentuk Masa Depan Negara

Kesihatan Mental Remaja Cabaran Membentuk Masa Depan Negara

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 390 hits
Oleh Faizal Riduan Saadah Latib Lebih dua dekad yang lalu Kementerian Kesihatan gigih mempromosikan kempen Badan Cergas Otak Cerdas sejak di bangku sekolah lagi Ironisnya hari ini berbaki dua tahun lagi penyakit mental dijangka menjadi masa...
Kes Liwat Remaja Bawah Umur Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Kes Liwat Remaja Bawah Umur Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 919 hits
KUANTAN Seorang pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat seorang remaja bawah umur di Mahkamah Sesyen di sini hari ini Tertuduh Noreddy Mohd Nasir 29 dari Jerteh Terengganu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut