Selamatkah Tempat Kerja Daripada Covid 19 Bawaan Udara


BH ONLINE

Foto hiasan KUALA LUMPUR: Bilakah 'kali terakhir' sistem pengudaraan dan pendingin hawa di tempat kerja anda diselenggarakan?
Tidak kisahlah, sama ada peralatan berkenaan berada di dalam pejabat, pasar raya, kilang atau di mana-mana saja asalkan berada dalam 'bangunan', ia memerlukan penyelenggaraan yang sempurna.
Ada kewajaran mengapa persoalan ini dibangkitkan. Ini kerana, pengabaian aspek terbabit dikenal pasti berisiko sebagai pengantara penyebaran virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 melalui bawaan udara atau 'airborne'.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan sebelum ini bahawa bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik lebih berisiko merebaknya COVID-19 berbanding luar bangunan.
Ini juga terbukti hasil kajian pakar penyelidik daripada universiti tempatan yang mendapati virus maut itu mampu terampai lama dalam udara dan tersebar sejauh lebih dua meter, malah melangkaui sehingga enam meter dalam ruangan tertutup tanpa pengaliran udara segar.
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir, mendapati ruangan tertutup serta operasi pendingin hawa yang mengitar semula udara akan memudahkan penyebaran virus dalam udara melalui aerosol.
Kajian kedua oleh pakar simulasi udara dalaman, Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Prof Madya Dr Bernard Saw Lip Huat bersama pakar toksikologi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Leo Bey Fen pula mendapati, virus COVID-19 sukar dikawal penyebarannya kerana zarah virus itu berada dalam udara selama lebih 8 jam.
Kedua-dua kajian ini yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa secara tidak langsung menyokong kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Mei lalu bahawa jangkitan virus COVID-19 ketika ini bukan lagi hanya melalui 'droplets' (titisan cecair partikel besar), tetapi juga aerosol iaitu titisan partikel lebih kecil yang dapat bertahan terampai dalam udara lebih lama.
"Kerana itu, sangat penting mempunyai pengudaraan baik dengan membuka tingkap dan pintu di rumah atau pejabat bagi membolehkan udara segar masuk. Bagaimanapun, bagi pejabat atau kilang tertutup yang tingkapnya tidak boleh dibuka, penyelenggaraan pendingin hawa dan sistem pengudaraan sangat penting.
"Pengabaian pengudaraan baik serta ketiadaan penyelenggaraan pendingin hawa ada keberangkalian tinggi mencetuskan 'kluster tempat kerja' sekiranya ada pesakit COVID-19 datang ke pejabat. Ini kerana, individu itu berisiko tinggi menyebarkan virus kepada rakan sekerja lain melalui bawaan udara," menurut Mohd Shahrul kepada Bernama.
Mohd Shahrul menjelaskan, kajian beliau pada April tahun lalu bersama kumpulan penyelidik virologi, Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim, Dr Norefrina Shafinaz Md Nor dan Dr Yip Chee Wai yang juga dari UKM, menemui virus SARS-CoV-2 terampai bersama habuk halus.
Oleh itu, pemakaian pelitup muka sangat penting di dalam bangunan.
Hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal tersohor, Nature Scientific Reports pada Januari lalu.
Dapatan kajian ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan menyatakan kebimbangan peningkatan kluster tempat kerja.
Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja dilaporkan dengan sejumlah 129,322 kes.
Trend yang membimbangkan itu dapat dilihat apabila dalam tempoh hampir dua bulan bermula 1 April sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes.
Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja berkenaan masih aktif, membabitkan sejumlah 16,785 kes aktif.
Kegusaran ini ada kewajarannya kerana tidak mustahil akan berlaku lagi peningkatan kluster tempat kerja sekiranya pihak majikan masih lagi mengambil ringan akan beberapa isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Ini termasuklah dalam aspek pengudaraan baik di tempat kerja memandangkan masih ada lagi pekerja yang perlu berada di pejabat, kilang, biarpun sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 80 peratus penjawat awam dan 40 peratus sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah mulai 25 Mei dalam usaha melandaikan keluk jangkitan COVID-19.
"SOP sekadar membasuh tangan serta mengamalkan penjarakan fizikal adalah sesuai. Tetapi, berdasarkan kajian kami yang mengkaji pergerakan virus berkenaan di dalam bangunan, SOP itu tidak cukup memberi perlindungan terhadap titisan zarah mikro pernafasan yang membawa virus yang disebarkan ke udara oleh orang dijangkiti.
"Kerana itu, walaupun ketika ini hanya beberapa peratus saja berada di pejabat iaitu 20 peratus penjawat awam, manakala 60 peratus swasta dan mereka duduk berjauhan antara satu sama lain, keberangkalian dijangkiti virus itu tetap ada sekiranya pejabat mereka tidak mempunyai pengudaraan baik," kata Mohd Shahrul.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keberadaan virus itu dalam udara, ia berlaku apabila titisan cairan sama ada melalui bersin, bercakap atau batuk daripada seseorang yang positif COVID-19 melekat pada zarah (habuk) terutama yang bersaiz satu mikrometer.
"Sekiranya tidak ada pengaturan aliran udara, virus itu yang melekat pada zarah akan terampai selama lapan jam, namun bagi zarah virus COVID-19 yang lebih halus, kurang daripada satu mikrometer, ia boleh berada lebih lapan jam di udara, " katanya.
Sementara itu, Bernard dalam kajiannya selama tiga bulan bermula Ogos sehingga Oktober tahun lalu mendapati, kira-kira 50 peratus virus COVID-19 tersebar dalam lingkungan diameter satu meter manakala sebahagian lagi melangkaui dua hingga enam meter.
Kajian dilakukan ke atas seorang pesakit COVID-19 yang ditempatkan di dalam sebuah wad di hospital.
"Wad sepanjang enam meter ini menggunakan pendingan hawa jenis 'cassette air conditioners' yang hanya mengitar semula udara dan tidak ada kemasukan udara luar. Berdasarkan kajian yang dilakukan menggunakan pengiraan dinamik bendalir, mendapati virus SARS-CoV-2 tidak keluar daripada wad itu.
"Ia berada dalam bilik berkenaan dan boleh terampai di udara di mana-mana saja kerana tidak ada pengaliran udara segar untuk membersihkan virus terbabit," kata Bernard.
Mengulas lebih lanjut, Bernard berkata sejauh mana risiko seseorang itu boleh dijangkiti melalui bawaan udara adalah bergantung jumlah virus yang tersebar dalam sesebuah bangunan tertutup.
Sekiranya virus yang terhasil daripada mereka yang positif itu tersebar melalui bersin, bercakap dan bernafas adalah banyak, maka ada kemungkinan seseorang itu akan mengalami jangkitan teruk.
Bagaimanapun, apa yang membimbangkan adalah negara ketika ini mencatatkan varian baharu virus SARS-CoV-2 iaitu varian Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi selain peningkatan kes sporadik oleh mereka yang positif COVID-19 tetapi tidak bergejala.
Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan sehingga 31 Mei, negara mengenal pasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI).
"Tidak ada cara lain lagi. Kepentingan kualiti udara dalaman wajar diambil perhatian jitu majikan. Sebenarnya, pihak majikan yang kebanyakannya menggunakan sistem penghawa dingin berpusat, boleh membenarkan udara segar masuk ke dalam sesebuah bangunan mereka secara berkala.
"Ini dilakukan di China, iaitu tiga kali sehari, lebih kurang 30 minit, mereka melakukannya dengan cara mengawal sistem pendingin hawa untuk membenarkan kemasukan udara segar ke dalam bangunan tertutup bagi proses 'flushing' udara.
"Tetapi, tidak ramai majikan yang mahu membuatnya kerana ia membabitkan kos. Bil elektrik akan tinggi apabila mereka melakukan fungsi ini kerana kompresor pendingin hawa akan bekerja lebih banyak," katanya.
Selain itu, beliau berkata amalan sanitasi pejabat tanpa adanya penyelenggaraan pendingin bawa tidak ada manfaatnya kerana risiko penyebaran akan tetap berlaku sekiranya individu COVID-19 datang ke pejabat selepas dua hari tempat kerja itu disanitasi.
Ini kerana, sanitasi hanya membersihkan virus tersebut pada hari terbabit saja dan ia bukannya berkekalan pada hari seterusnya.
Justeru, beliau berpandangan penggunaan pembersih udara (air purifier) yang mempunyai penapis udara HEPA (sejenis penapis udara mekanikal yang berfungsi dengan memaksa udara melalui jaringan halus yang memerangkap zarah berbahaya seperti kuman dan sebagainya) antara alternatif yang boleh dilakukan majikan bagi meningkatkan kualiti pengudaraan dalaman.
Bagaimanapun, keberkesanan pembersih udara ini untuk memerangkap zarah berbahaya juga tertumpu kepada jenis dan cara perletakannya.
"Ia tidaklah melindungi kita 100 peratus. Cuma, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan penyebaran virus melalui udara. Namun, keberkesanannya bergantung pada ukuran pembersih udara, jenis penapis, kelajuan penghantaran udara bersih dan lokasi ia diletakkan.
"Berdasarkan kajian, kami mendapati keberkesanannya kurang jika diletakkan di bawah penghawa dingin serta di lantai. Ia perlu diletakkan tinggi sedikit dan bukannya di lantai.
"Sekiranya diletakkan di lantai, seseorang individu itu masih lagi berisiko menyedut udara mengandungi virus kerana fungsi pembersih udara yang menyedut udara tercemar di bahagian bawah dan mengeluarkannya di bahagian atas," katanya.
Namun begitu, tidak semua syarikat mampu atau mahu menyediakan pembersih udara bagi menyediakan persekitaran tempat kerja yang terjamin daripada sudut kesihatan dan selesa untuk pekerja mereka.
Justeru, mahu atau tidak, pemakaian pelitup muka sepanjang masa dalam bangunan amat penting bagi setiap pekerja, kata Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh.
Bagaimanapun, pemilihan pelitup muka dalam bangunan juga perlu dititik beratkan kerana pelitup muka biasa seperti kain hanya berkesan mencegah titisan besar walhal zarah udara kecil boleh menembusi melalui jurang kecil yang hadir.
"Pelitup muka jenis N95 ataupun menggunakan pelitup muka berganda seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) digalakkan diamalkan pekerja dalam bangunan. Tidak ada pengecualian kerana pengabaiannya berisiko mendedahkan diri kepada COVID-19.
"Setiap pekerja bertanggungjawab menjaga SOP dengan baik kerana risiko dijangkiti dalam bangunan tetap ada dan ia termasuk pelbagai faktor sama ada diri sendiri mahupun pengabaian majikan menyediakan tempat kerja yang selamat.
"Diharap isu ini dapat membuka mata majikan untuk menyediakan tempat kerja lebih baik buat pekerjanya kerana ia bukan saja permasalahan disebabkan COVID-19, tetapi juga pelbagai isu kesihatan lain termasuk Sindrom Bangunan Sakit (Sick Building Syndrome) yang sudah lama diperkatakan," katanya. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/selamatkah-tempat-kerja-daripada-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Kerja Bobby Nasution Penanganan Covid 19 Dinilai Sudah On The Track

100 Hari Kerja Bobby Nasution Penanganan Covid 19 Dinilai Sudah On The Track

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 261 hits
Banyak terobosan yang telah dilakukan Bobby Nasution dalam 100 hari kepemimpinannya sebagai Wali Kota Medan dalam bidang kesehatan terutama penanganan pandemi Covid 19 di Kota Medan
Majikan Paksa Pekerja Hadir Ke Tempat Kerja Boleh Diambil Tindakan

Majikan Paksa Pekerja Hadir Ke Tempat Kerja Boleh Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 237 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob meninjau pematuhan prosedur operasi standard susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama ketika membuat lawatan ke Sekatan Jalan Raya di Jalan Ampang hari ini Gambar Bernama Majikan yang memak...
Seletar Mall Plaza Singapura Antara Tempat Awam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

Seletar Mall Plaza Singapura Antara Tempat Awam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 252 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seletar Mall dan Plaza Singapura ditambah ke dalam senarai tempat tempat awam yang dikunjungi kes COVID 19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit Kementerian Kesihatan menyatakan pada Selasa mereka ya
38 Orang Disiasat Langgar Peraturan Covid 19 Di Tempat Hiburan Awam Haram 4 Remaja Ditangkap

38 Orang Disiasat Langgar Peraturan Covid 19 Di Tempat Hiburan Awam Haram 4 Remaja Ditangkap

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 206 hits
SINGAPURA Polis sedang menyiasat 38 orang berusia antara 14 dengan 39 tahun kerana didakwa gagal mematuhi langkah jarak selamat COVID 19 dalam dua insiden berasingan di cawangan cawangan hiburan awam yang haram Insiden insiden itu berlaku d...
Bolehkah Covid 19 Merebak Melalui Udara

Bolehkah Covid 19 Merebak Melalui Udara

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 251 hits
APA yang kita tahu setakat ini adalah virus SARS CoV 2 merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti apabila individu tersebut batuk bersin bercakap menyanyi atau menghembuskan nafas Titisan cecair ini boleh ...
Tanggapan Wagub Dki Soal Tempat Isolasi Covid 19 Dekat Permukiman Warga

Tanggapan Wagub Dki Soal Tempat Isolasi Covid 19 Dekat Permukiman Warga

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 204 hits
Dia meminta masyarakat memahami dan mengerti perlu kerja sama yang baik serta tidak perlu khawatir berlebihan selama protokol kesehatan atau prokes dijalankan dengan ketat dan baik
Terkini Total Lockdown Dijangka Akan Gagal Kluster Baru Tempat Kerja Terus Bertambah

Terkini Total Lockdown Dijangka Akan Gagal Kluster Baru Tempat Kerja Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 200 hits
June 5 2021 INFOGRAFIK Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 43 kluster baharu melibatkan tempat kerja direkodkan dalam tempoh tiga hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama dilaksanakan Daripada jumlah tersebut sektor p...
Sidang Gnb Indonesia Ajak Negara Ilo Pulihkan Dampak Covid 19 Terhadap Dunia Kerja

Sidang Gnb Indonesia Ajak Negara Ilo Pulihkan Dampak Covid 19 Terhadap Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 253 hits
Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Ketenagakerjaan menghadiri Pertemuan Tingkat Menteri Tenaga Kerja Anggota Gerakan Non Blok secara virtual yang dipimpin oleh Menteri Tenaga Kerja dan Perlindungan Sosial Populasi Azerbaijan Jumat mal...
Wagub Dki Keterisian Tempat Tidur Pasien Covid 19 53 Dan Icu 52

Wagub Dki Keterisian Tempat Tidur Pasien Covid 19 53 Dan Icu 52

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 252 hits
Berdasarkan data tersebut ketersediaan tempat tidur isolasi pasien Covid 19 tersisa 47 persen dan ICU tersedia sebanyak 48 persen
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi