Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal
Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal? Agaknya kita selamat tak dengan fitnah Dajjal? Jika ikutkan markah amalan kita hari ini, 90% tu macam ikut juga dajjal. Sebahagian k3giatan kita setiap hari lebih keduniaan, leka, alpa, lagha dan macam-macam lagi lah. Lagipula, siapa yang ada di persekitaran kita itulah yang kita banyak ikuti. Betul kan?
Bagi saya mudah je nak tengok diri kita ini ke arah mana.. baca kupasan di bawah sampai habis
Selamatkah Kita Dari Fitnah Dajjal?
1. Masa bersama al Quran
Semak waktu kita luang bersama Al Quran. Dalam sehari tu berapa jam. Terutama surah² penting. Jika Al Quran pun tak baca, agak² selamat ke kita dengan fitnah dajjal?
2. Solat Fardu
solat awal waktu, berjemaah atau jenis solat tergesa² atau hujung² waktu
Ulama kata solat ini seperti kepala kepada badan.
3. Zikir harian
Contoh paling mudah, sebelum makan dan minum, baca Bismillah atau tidak. Sebelum masuk tandas, baca doa ke tidak. Sebelum tidur ikut tak sunnah Nabi ajar. Zikir harian ini sangatlah penting. Berapa jam kita luangkan khas duduk atas sejadah, mengadap kiblat dan habiskan zikir dan selawat yang kita belajar.
4. Solat tahajjud
Dalam seminggu ini, bangun tak solat Tahajjud. Jika bangun setiap hari solat tahajjud, tu memang power lah. Tapi kita orang biasa² ni agak² dalam seminggu tu bangun tak Tahajjud?
5. Lagha/ Mengumpat
Dalam sehari tu ada tak kita tak mengumpat orang, tak baca pasal aib orang, tak dengar orang mengumpat. Jika ada semua ini kena hentikan, kena taubat.
6. Kawal mata
Bagaimana kita guna mata kita. Dalam sehari tu berjaya tak tunduk pandangan dari melihat aurat orang lain. Atau dalam sehari tu berjaya tak untuk tidak melihat perkara yang haram.
7. Cara berpakaian
Tengok cara kita berpakaian. Sebelum keluar rumah atau post kat FB cek sekejap, sesuai atau tidak untuk tatapan umum terutama orang perempuan.
8. Semak semula perkara di atas
Semak amalan di atas tu dah cukup untuk tengok kita ke arah mana. Dan korang komenlah apa yang patut kita perbaiki
Sama² kita muhasabah diri saling mengingati antara kita.
Ruang untuk berdakwah sangat luas. Memang sifat manusia ini kena saling memperingati. Jika tidak kita akan terus lalai. Sebab itulah kita kena syukur ada kawan² yang selalu dakwahkan kita kepada kebaikan.
Fitnah dajjal dah ada pun, tinggal kita perasan atau tidak. Jika bukan kita yang bertemu dajjal, pasti anak cucu kita. Sebab itulah kena mula dari sekarang untuk selamatkan mereka. Nak selamat memang iman dan amal sahaja, bukan teknologi yang kita ada sekarang.
Semoga bermanfaat
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ilmanhati.blogspot.com/2023/09/selamatkah-kita-dari-fitnah-dajjal.html