Selamatkah Deodoran Yang Anda Pakai







Pernahkah anda merasa bawah lengan gatal selepas memakai deodoran atau produk anti peluh? Awas, mungkin anda alergi pada deodoran tersebut atau mungkin ia mengandungi bahan kimia di dalamnya. Adakah deodoran anda selamat untuk dipakai?

Ada di antara kita yang suka memakai deodoran, tanpanya mungkin mereka merasa kurang selesa dan tidak yakin. Selalunya, sebotol deodoran mengandungi gabungan deodoran dan juga bahan anti peluh (antiperspirant).

Seperti sabun mandi, syampu dan juga bahan kosmetik lain, produk deodoran dan anti peluh juga mengandungi bahan kimia yang mungkin asing bagi kita. Kemungkinan, bahan kimia ini boleh menyebabkan kegatalan di bawah lengan anda.

Jika anda sering merasa gatal-gatal, sakit dan kemerahan pada bawah lengan, anda mungkin mengalami alergi pada produk tersebut.

Alahan yang disebabkan oleh bahan kimia yang bersentuhan dengan kulit dinamakan alahan dermatitis sentuh (contact dermatitis).

Penyakit ini tidak berjangkit atau mengancam nyawa, tetapi akan menyebabkan penghidapnya merasa tidak selesa.

Cuba periksa kulit di bahagian bawah lengan anda. Reaksi alergi yang biasa terhadap deodoran ialah:

Kulit menjadi kemerahan
Rasa sakit dan pedih
Kulit jadi berkuping dan naik ruam
Rasa gatal-gatal yang amat sangat
Timbul ketulan pada permukaan bawah lengan



Kadang-kala, alergi terhadap deodoran dan anti peluh tidak akan berlaku serta-merta. Anda mungkin mendapat simptom setelah berbulan-bulan menggunakan deodoran yang sama. Ini adalah kerana produk sebegini selalunya akan melalui proses pengubahsuaian serta penambahbaikan dan alergen tersebut baru ditambah ke dalam formulasi.

Terdapat tiga bahan yang sering membuatkan kulit anda merasa merengsa ialah pewangi, aluminium, dan juga bahan pengawet seperti paraben.

1. Pewangi

Pewangi merupakan bahan yang selalu menjadi punca alergi. Sebuah kajian yang dijalankan dalam kalangan pesakit ekzema, 1 daripada 4 orang yang mempunyai alergi kepada pewangi mendapat tindak balas alergi ketika memakai deodoran.

Namun, keradangan mereka beransur pulih setelah bertukar menggunakan produk deodoran dan anti peluh yang tidak mempunyai sebarang kandungan pewangi.

2. Aluminium

Aluminium ataupun garam aluminium merupakan bahan yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik. Dalam deodoran, bahan inilah yang menyekat anda daripada berpeluh

Ada individu yang melaporkan mengalami dermatitis sentuh selepas memakai produk yang mengandungi garam aluminium, namun bilangannya amatlah sedikit. Bahan ini juga boleh membuatkan bawah lengan anda menjadi bengkak dan sakit.

3. Paraben

Paraben pula ialah bahan yang digunakan di dalam kosmetik untuk mengelak pertumbuhan kuman, fungi dan yis di dalam deodoran. Walau bagaimanapun, banyak produk yang tidak lagi menggunakan paraben daripada formulasi kerana kebimbangan pengguna mengenai paraben yang mungkin boleh mengakibatkan kanser.

Tetapi, American Cancer Society menafikan bahawa paraben boleh mengakibatkan kanser. Malah, masih tidak ada bukti yang konkrit sehingga ke hari ini yang dapat mengaitkan paraben dengan risiko kanser.

Jika simptom gatal-gatal itu berkekalan, berjumpalah dengan doktor anda untuk rawatan lanjut. Doktor anda boleh melakukan patch test untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan anda mengalami tindak balas alergi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/selamatkah-deodoran-yang-anda-pakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil Comel Je

Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil Comel Je

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 585 hits
Lumrah seorang wanita apabila hamil akan mengalami beberapa perubahan dan yang paling ketara adalah bentuk fizikal Mempunyai baby bump membuatkan ramai yang tidak dapat memakai seluar denim Pelakon jelita Zahirah Macwilson yang kini sedang ...
Tak Sengaja Pakai Kain Kafan Untuk Foto Pemuda Ini Alami Hal Mengerikan

Tak Sengaja Pakai Kain Kafan Untuk Foto Pemuda Ini Alami Hal Mengerikan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 319 hits
Sebuah video yang memperlihatkan dua pemuda mengalami hal aneh ketika memakai kain kafan sebagai busana untuk photoshoot viral di media sosial Mereka menceritakan pengalaman saat merasakan penyakit yang aneh Video yang diunggah oleh akun Ti...
Panduan Cara Pakai Face Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak Kanak

Panduan Cara Pakai Face Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 415 hits
Panduan Cara Pakai Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak Kanak Hari ini satu dunia tidak lekang dengan mask demi untuk keselamatan diri sendiri Baik kanak kanak orang dewasa mahupun warga emas semuanya memang wajib pakai mask peliput hidun...
Tak Punya Uang Pria Gresik Pilih Hukuman Penjara Saat Tertangkap Razia Tak Pakai Masker

Tak Punya Uang Pria Gresik Pilih Hukuman Penjara Saat Tertangkap Razia Tak Pakai Masker

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 243 hits
Terjaring razia masker warga Gresik bernama Abdul Amin malah memilih dipenjara daripada membayar denda Alasan memilih hukuman penjara karena tidak mempunyai uang dan pekerjaaan sepi Diketahui Amin memilih dipenjara saat sidang di tempat pen...
Hiburan Cutenya Tak Pernah Terfikir Pun Peminat Teruja Zahirah Macwilson Tunjuk Ajar Cara Pakai Jeans Buat Ibu Hamil

Hiburan Cutenya Tak Pernah Terfikir Pun Peminat Teruja Zahirah Macwilson Tunjuk Ajar Cara Pakai Jeans Buat Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 514 hits
Pelakon cantik Zahirah Macwilson baru baru ini ada memuat naik video tutorial bagaimana cara memakai seluar jeans yang masih muat di bahagian peha tapi tidak dapat membutangkannya di bahagian perut menerusi ruangan Instagram miliknya Ternya...
Degil Lelaki Pakai Gelang Merah Jambu Makan Di Restoran Ditahan Polis

Degil Lelaki Pakai Gelang Merah Jambu Makan Di Restoran Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 367 hits
286 total views 286 views today Seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditahan selepas disyaki melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Covid 19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang m...
Terkuak Ini Identitas Orang Yang Beli Nasi Padang Pakai Mobil Tni

Terkuak Ini Identitas Orang Yang Beli Nasi Padang Pakai Mobil Tni

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 211 hits
Pusat Polisi Militer TNI Angkatan Darat atau Puspomad akhirnya angkat bicara terkait kasus video viral sebuah mobil dinas TNI AD digunakan warga sipil di sebuah rumah makan Komandan Puspomad atau Danpuspomad Letjen TNI Dodik Widjanarko memb...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia