Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil Comel Je
Lumrah seorang wanita apabila hamil akan mengalami beberapa perubahan dan yang paling ketara adalah bentuk fizikal. Mempunyai baby bump membuatkan ramai yang tidak dapat memakai seluar denim.
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson yang kini sedang hamil memuat naik video berkongsi dengan warga maya bagaimana trik untuk memakai jeans pada awaal kehamilan setelah mempunyai baby bump.
Mungkin ada yang tak pernah terfikir untuk menggunakan getah rambut sebagai extender untuk butangkan jeans bila perut dah mula membesar ketika awal kehamilan.
Perkongsian tentang cara memakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tapi tidak boleh membutangkannya menarik minat ramai yang menontonnya.
Menarik: 5 ‘Photoshoot Baby Newborn’ Anak Selebriti Malaysia Yang Serius Comel!
“18 – 24 minggu merupakan tahap kehamilan yang agak janggal untuk badan saya. Tahap di mana saya tak nampak hamil sangat tetapi kita tahu yang kita memang naik beberapa kilogram dan memang rasa membulat.
“Jadi saya guna cara ini untuk pakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tetapi saya tak boleh nak butangkannya,” tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.
Tambahnya, dia mahu menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung kerana dia tahu badannya akan semakin membesar.
“Saya tak selalu pakai jeans, tapi bila saya nak pakai, saya seronok kerana ada trik menggunakan pengikat rambut ni. Sekarang ni saya dah lepas 26 minggu, jadi mungkin masanya untuk beli jeans mengandung,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Weeks 18-24 were an awkward stage for my body.. it was that stage where you don’t look too pregnant but you definitely have put on a few kilos and you most certainly feel rounder. So this was a trick I used when my jeans could still fit around my thighs & but I just COULD NOT button them
I wanted to wait a few more weeks before going maternity shopping coz I knew I’d grow more as time went by. I didn’t wear jeans often but when I did.. I was glad for this hair tie trick! However, right now as I pass week 26, I’m definitely needing those maternity jeans
Anyway, you guys can try it too! Whether its the baby bump
excuse or the donuts
Stay tuned for more!
A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on Oct 1, 2020 at 3:21am PDT
Peminat-peminat turut meninggalkan komen dan ada yang turut berterima kasih dengan teknik yang diajar oleh Zahirah tersebut.
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mereka berdua kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sumber: Gempak & IG Zahirah Macwilson
Baca: Rindukan Daddy Di Singapura, Sebak Tengok Ayden Menangis Panggil Aliff Aziz!
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat. Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil. Comel Je! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bila-mengandung-semua-jeans-tak-muat-zahirah-macwilson-ajar-teknik-pakai-jeans-bila-hamil-comel-je/