Selamat Ulang Tahun Ke Dua Puluh Lima
selamat ulang tahun ke dua puluh lima kepada diri sendiri. semoga maju jaya, memadam kisah - kisah sedih dan rajin mengait bahagia. semoga panjang umur dan mula menyebar rasa dan kebaikan kepada semua manusia.
terima kasih kepada rakan sekerja merangkap keluarga kedua. terima kasih kepada keluarga, kawan - kawan yang tak lupa memberi ucapan manis dan doa - doa.terima kasih keluarga #kbba9 kerana tak lupa wish berjemaah pada setiap tahun.
terima kasih juga kepada kakak yang menggelar dirinya 'annoying sis' kerana memberi hadiah. ini kali pertama aku terima hadiah setelah berapa tahun melalui fasa kenaikan umur. hahhaha.
terima kasih untuk kek kek yang sedap. terima kasih untuk air tangan semata - mata sambutan kejutan hari lahir yang tak tersangka. dah lah masa tu sibuk ukur saiz kasut. huhu. terima kasih untuk waktu sepanjang menunggu kek siap.
terima kasih kepada semua yang tak lupa.
sengaja aku padam 'alert' harilahir difacebook. aku tak pasti kalau setting tu berfungsi, hahhaa. bila benda tu wujud, ramai yang wish. kali ni, semua kawan - kawan termasuk bff rapat aku lupa. sengaja aku tak repost tag - tag kawan dari instagram supaya tak siapa yang tahu tentang hari ini besar makna buat aku.
ternyata aku semakin dewasa untuk melupakan semua hal - hal remeh; hari lahir yang ku anggap besar seperti rakan - rakan lain yang sedang dewasa.
tak apalah. aku faham. kita semua sedang leka merai bahagia sendiri.
buat yang pernah ada dan masih kekal ada, terima kasih sudi terima aku.
doakan aku jumpa jodoh. terima kasih semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2020/02/selamat-ulang-tahun-dua-puluh-lima.html