Selamat Tinggal Didi Friends Selamat Datang Little Ammar



Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’
Selepas 10 tahun membangunkan animasi “Didi & Friends” sehingga menjadi rancangan yang diikuti lapan juta pelanggan di YouTube, pengasasnya Sinan Ismail, mengucapkan selamat tinggal kepada siri popular itu.
Sinan, 39, sedih dengan perpisahan itu, namun ia perlu dilakukan kerana beliau dan kumpulannya mahu memberi tumpuan kepada pembangunan siri animasi baharu, “Little Ammar”.
Projek baharu itu menyasarkan kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, sarat dengan warna, melodi, dan mesej keagamaan.
“Saya dan kumpulan nak buat kandungan kreatif berunsur Islamik dan ‘Didi & Friends’ tidak duduk bawah payung tersebut dan jika kami teruskan, ia bukan yang terbaik.
“Jadi, keputusannya adalah untuk melepaskan ‘Didi & Friends’,” katanya ketika ditemui FMT di pejabatnya.
Dijangka dilancarkan seawal Januari 2022, Sinan memberitahu animasi “Little Ammar” berbentuk lagu.
“Lagu yang senang dan mudah nak ikut. Ia seperti ‘Cocomelon’, tapi untuk kanak-kanak Muslim,” katanya, merujuk kepada animasi lagu puisi kanak-kanak popular di YouTube.

Little Ammar
Sebuah syarikat baharu ditubuhkan, iaitu Durioo, untuk membawa “Little Ammar” ‘terbang’ lebih tinggi.
“Kita nak jadi seperti Disney atau Netflix untuk kanak-kanak Muslim. Kanak-kanak Muslim ada 400 juta seluruh dunia,” katanya.
Sinan memaklumkan “Little Ammar” adalah hasil permintaan dan maklum balas ibu bapa dalam dan luar negara yang meminta beliau memperbanyakkan animasi berunsur Islamik untuk kanak-kanak prasekolah.
“Kita faham ada banyak kandungan kreatif untuk kanak-kanak tapi bukan dalam kehidupan Islamik,” katanya.

Mina Mila antara siri animasi yang bakal diperkenalkan pada 2022.
Enam bulan selepas pelancaran “Little Ammar”, Durioo akan memperkenalkan satu lagi siri animasi, “Mina dan Mila”, juga dalam genre sama.
Selain “Didi & Friends”, Sinan juga mengusahakan siri popular “Omar dan Hana”, yang mendapat sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi di luar negara.
“Omar dan Hana kini ada enam hingga tujuh juta pelanggan (di YouTube). ‘Didi & Friends’ ada dalam lapan juta (pelanggan). ‘Omar dan Hana’ versi Inggeris dalam Malaysia hanya 8% (pelanggan). Yang paling besar UK 20% (pelanggan), AS 20% (pelanggan), Pakistan, India dan serata dunia.
“Seronok sebab kandungan yang kita buat sudah mencapai kanak-kanak secara global dan ia bukan lagi produk dari Malaysia untuk Malaysia,” katanya.
Mengimbau jatuh bangun bersama “Didi & Friends”, Sinan berkata, perjalanan hampir 10 tahun itu amat berharga dan tidak mungkin dilupakan.
Pelajar jurusan matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan menubuhkan Digital Durian pada 2008 untuk kerja-kerja multimedia.
Pada 2009, Sinan dan kumpulannya menyertai pertandingan Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) dan memenanginya pada 2012, selepas empat kali mengambil bahagian.
Dia cuba menjual siri animasinya itu kepada stesen TV namun tiada yang berminat, meskipun enjin carian popular, Google, menunjukkan begitu ramai orang mencari-cari lagu kanak-kanak.
“Saya beri anak saya yang berumur 2 tahun ketika itu melihat siri animasi berlagu di YouTube dan dia suka,” katanya.
Sinan bagaimanapun ayaperc banyak animasi berlagu di YouTube “tidak sedap” didengar dan tidak berkualiti.
“Jadi kami fikir, kalau ada orang cari, maknanya ada permintaan. Kebetulan kita ada ‘Didi & Friends’ dan dari situlah perubahan Didi menjadi lagu kanak-kanak.
“Masa kita muat naik di YouTube, kita tak tahu akan dibayar atau tidak. Kita hanya muat naik dan berharap sesuatu akan berlaku,” katanya.
Dalam tempoh masa enam bulan, “Didi & Friends” ditonton sebanyak 5.5 juta kali.
Populariti itu membuka pintu kepada “Didi & Friends” untuk muncul di Astro Ceria. Sehingga kini, “Didi & Friends” mempunyai lebih 70 episod dan 100 buah lagu. FMT
Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’
Baca Artikel Menarik :
Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

The post Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/01/selamat-tinggal-didi-friends-selamat-datang-little-ammar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Selamat Tinggal Didi Nana Jojo Pengasas Didi Friends Sinan Ismail Tinggalkan Digital Durian

Hiburan Selamat Tinggal Didi Nana Jojo Pengasas Didi Friends Sinan Ismail Tinggalkan Digital Durian

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 420 hits
Semalam pengasas rancangan siri animasi kanak kanak terkenal Didi Friends ada mengumumkan telah meninggalkan syarikat Digital Durian Bekas CEO dan pengasas bersama Digital Durian itu memaklumkan bahawa hak milik animasi tersebut telah dipin...
Pengakhiran Sempurna Buat Seorang Lagenda Terima Kasih Selamat Tinggal Shukor Adan

Pengakhiran Sempurna Buat Seorang Lagenda Terima Kasih Selamat Tinggal Shukor Adan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 412 hits
Tamat perlawanan akhir Piala Malaysia sebentar tadi di antara KL City FC menentang JDT dengan keputusan yang memihak kepada KL City FC setelah penantian 32 tahun Perlawanan tersebut berakhir dengan dua jaringan yang berjaya dihasilkan oleh ...
Selamat Tinggal Mr Rush

Selamat Tinggal Mr Rush

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum SETELAH 8 tahun berkhidmat akhirnya Pak Inche melepaskan kesayangan beliau Bukan tak sayang tapi dalam usia purbakala ni ditambah lutut dah dimakan anai anai katanya PI dah tak larat lagi memandu kereta manual dalam keadaan ...
Hiburan Selamat Tinggal Tonkatsu Isetan 1 Utama Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

Hiburan Selamat Tinggal Tonkatsu Isetan 1 Utama Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 302 hits
Pusat membeli belah terkemuka Isetan dilaporkan akan menghentikan operasinya yang berlokasi di 1 Utama Makluman tersebut telah dihebahkan secara rasmi menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik di akaun Isetan semalam AdvertisementMenurut i...
Selamat Datang Dr Mazlee Malik

Selamat Datang Dr Mazlee Malik

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 320 hits
Selamat datang Dr Mazlee Malik BERITA BAIK BURUK Saya sgt mengkagumi dua tokoh agama ini iaitu Dr Maza dan Dr Mazlee Mereka keduanya juga merupakan rakan baik Saya anggap keduanya intekektual agama yg sering menjadi rujukan saya 10 tahun da...
Tidak Perlu Datang Ke Negeri Sembilan Jika Mahu Berlagak Poiis

Tidak Perlu Datang Ke Negeri Sembilan Jika Mahu Berlagak Poiis

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 220 hits
PORT DICKSON Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook pada Ahad RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI Ketua P...
How To Win Friends And Influence People Edisi Bahasa Melayu

How To Win Friends And Influence People Edisi Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 322 hits
SINOPSIS Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita Selama lebih 60 tahun segala...
Disember Datang Akhiri Tahun 2021

Disember Datang Akhiri Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 259 hits
kredit https www pngall com Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi Semoga kalian semua sihat belaka dan selamat bekerja di mana anda berada sekarang Rasa sekejap sahaja ...
Bitcoin Pada Masa Akan Datang

Bitcoin Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 222 hits
Bitcoin merosot di bawah paras AS 60 000 selepas peningkatan bulan Oktober yang hebat Namun begitu Cathie Wood dari ArkInvest kekal optimistik tentang mata wang kripto terbesar di dunia Malah dia lebih optimistik berbanding sebelumnya Mingg...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Gaza Kini Ialah Neraka Dunia Diciptakan Zionis

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Akibat Terlebih Makan Ubat