Selamat Sampai Di Kelantan Melalui Gerik


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمPertama kali sampai Kelantan tak sampai 8 jam.Alhamdulillah, Tedi dan Mommy dan Master telah berjaya sampai ke Kelantan waktu Isya malam tadi. Kami gerak lewat, sekitar jam 1 petang atau lebih tepatnya pada waktu Zohor semalam.
Kelewatan itu telah dijangka memandangkan Master mahu tukar timing belt dan juga outer-belt kereta Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM milik Mommy.
Panjangnya la nama kereta Mommy tu kan? hehehe.
Kutip kacang botolPaginya sekitar jam 7, Tedi mengutip semua Kacang Botol a.k.a Kacang Kelisa yang ada di kebun.
Banyak juga hasil kali ni, mau lebih 20 biji. Alhamdulillah, inilah satu-satunya tanaman Tedi yang telah membuahkan hasil.
Tedi petik sekali yang muda sebab kami balik kampung ni lama juga. Ternyata yang muda tu lah sepatutnya dipetik, manakala yang tua tu dah layak dijadikan benih.
Nampaknya ilmu pertanian dan ilmu mengenai ulam masih cetek di dada Tedi.
 
Mummy hantar Mak Long dan Cik Su ke Lapangan Terbang SubangMommy pula gerak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang untuk hantar kakak dan adik Mommy naik kapal terbang jam 9.30 pagi ke Kota Bharu.
 
Cari bengkel untuk tukar timing belt Proton SAGA BLMJam 7.50 pagi pula, Tedi dan Master bergerak ke kawasan bengkel yang selalu Master pergi. Malangnya bengkel yang dihajati hanya akan dibuka pada jam 9.00 pagi.
Kami pun ronda-ronda mencari mana-mana bengkel yang ada. Alhamdulillah, setelah 3 kali pusing akhirnya nampak sebuah bengkel yang baru dibuka dan masih tiada pelanggan. Master pun segeralah tuju.
Harga untuk tukar timing belt RM420 dan outer-belt RM100. Barang boleh dibawa sendiri.
Master pun bersetuju untuk teruskan penukaran timing belt SAGA BLM tu, dah rezeki bengkel tu tambahan bengkel itu diterajui oleh orang Melayu.
Apa salahnya bantu bangsa sendiri dan mudah-mudahan ada pahala sebab bermuamalat dengan orang Islam. Lagipun bengkel yang Master pergi sebelum ni quote harga RM500 untuk tukar timing belt sahaja.
Rezeki bengkel tu pada pagi tu, dan alhamdulillah dek kerana bengkel lain lambat buka, maka Master dapat tahu ada bengkel orang Islam di sana.
2 jam jugalah tung-tang, tung-tang untuk tukar timing belt. Master tunggu sambil baca paper, manakala Tedi pula duk ralik main games Empire Defense 2.
Pakcik pomen tu guna timing belt cap Misubishi tu. Best nye la Tedi rasa, hehehe.
 
Laporkan kepulangan ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah SepangSekitar jam 11 pagi, kereta Proton SAGA BLM Mommy pun siap ditukar timing belt. Kami kemudian ke kedai hardware berhampiran untuk cari rantai untuk kunci pintu pagar.
Setelah beli rantai, kami terus ke rumah. Master angkat barang-barang masuk kereta. Selepas selesai, Master jumpa jiran dan maklumkan pemergian kami.
Kami segera berlepas sebelum itu namun terpaksa berpatah balik apabila Master menyedari kamera DSLR Canon EOS 550D tidak dibawa bersama. Mahu membebel Mommy nanti kalau tertinggal yang itu. Kalau tertinggal Tedi, tak jadi masalah.
Dah ambil kamera, Master ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang berhampiran untuk beramah-mesra dengan anggota-anggota polis di sana sambil mengisi borang yang disediakan. Sekejap je dah beres.
 
Jemput Mommy di Bangsar.Dalam jam 12, kami sudah bergegas ke Bangsar untuk menjemput Mommy. Pada ketika ini Master memang dah cuak kerana kami akan ke Kelantan melalui Gerik dan Master tak mahu lalu di sana ketika hari gelap. Sebelum ini kami selalunya sampai di Kuala Kangsar ketika Subuh.
Selepas jemput Mommy di Bangsar, Master terus menghala ke PLUS. Anehnya Master tak lalu jalan biasa iaitu Lebuhraya Persekutuan dan masuk ke PLUS melalui Subang, sebaliknya Master menggunakan SPRINTS ke Jalan Duta dan masuk ke PLUS di sana. Mungkin Master khuatir berlaku kesesakan di sekitar Damansara.
Masuk sahaja ke Lebuhraya Utara Selatan, jalan bukan sahaja tidak sesak, malahan lebih lengang berbanding hari-hari minggu. Sungguh aneh. Barangkali tiada siapa mahu bergerak pada waktu tengahari seperti kami, tambahan cuaca memang agak panas. Penghawa dingin kereta pun tak mampu mendinginkan kami.
 
Cuaca panas sebabkan Master mengantuk.Tedi faham sangat perangai Master ni, kalau dia kepanasan, dia akan mengantuk! 
Tedi mula perasan kelajuan kereta kami tiba-tiba sahaja sangat perlahan. Nasib baik Tedi dah sediakan senjata rahsia untuk Master. Berbekalkan penyembur air, Tedi basahkan Master dengan semburan air bak titisan hujan di waktu petang. Seperti Popeye mendapat bayam, Master kembali bertenaga dan kami kembali meluncur laju ke Hentian Rehat Tapah.
Singgah di Tapah sekitar jam 2.30 petang untuk urusan mengisi minyak dan juga solat jamak taqdim dan qasar Zuhur dan Asar. Isi tangki penuh RM50 ketika tolok aras minyak menunjukkan hanya 2 bar (takuk) minyak yang berbaki.
Dalam jam 3.30 petang kami menuju Kuala Kangsar dan sejam kemudian kami tiba di sana.
Sebahagian daripada Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Keadaan jalan yang lengang membantu mempercepatkan ketibaan kami di Kelantan. Yang ni gambar tahun 2011 di mana ketika itu Master gerak sebelum Subuh dan tiba di Kuala Kangsar pada jam 7.30++ pagi.Banyak kerepek di jalan Kuala Kangsar - Gerik.Menuju ke Gerik dari Kuala Kangsar dijangka mengambil masa 1 jam 50 minit. Jadi kami dijangka tiba di Gerik pada jam 6.20 petang. Namun jalan yang lengang ditambah dengan penggunaan timing belt jenama Mitsubishi meyakinkan Master untuk lebih kerap memotong.
Di sepanjang jalan kelihatan ramai orang menjual kerepek. Master memang hantu kerepek, namun dia saja tak singgah kerana mengejar masa.
Alhamdulillah pada jam 5:26 petang kami sudah melalui mercu tanda Gerik ini menuju ke Lebuhraya Timur Barat yang sewajarnya dilalui sebelum matahari terbenam kerana lebuhraya itu merentasi Banjaran Titiwangsa. Ia akan diselubungi kabus dan berkemungkinan besar kita akan bertembung dengan haiwan liar di tengah lebuhraya. # kereta Perodua Kancil # kereta Proton Saga BLM # gambar orang menunggang motosikal # Saturday, 3 August 2013, 17:26 # 20130803 # IMG_9589.JPG # Canon DIGITAL IXUS 80 IS #Dalam jam 5.30 petang kami sampai ke Gerik, 50 minit lebih awal daripada jangkaan.
Kami mula masuk ke Lebuhraya Timur-Barat dan kali ini Master mula memandu dengan tenang kerana dia sudah dapat menjangkakan kami bakal melintasi Banjaran Titiwangsa sebelum jam 7 malam.
Tambahan pula di sana ada banyak lorong memotong, jadi tak perlu terkocoh-kocoh untuk memotong, tunggu sahaja kawasan lorong memotong dan Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM timing belt Mitsubishi itu akan menunjukkan kuasanya! Hehehe.
Benarlah jangkaan Master itu. Kami melepasi Jeli pada jam 7.30 dan berbuka puasa di dalam kereta. Makan Karipap Godang je, sampai kampung barulah makan nasi. Tedi pula makan ikan salmon.
 
Master elakkan jalan Rantau Panjang.Hari sudah gelap dan Master mengubah perancangan. Jalan Rantau Panjang yang selalu digunakan nampak tidak relevan kerana jalan sungguh lengang. Kadang-kala hanya kereta kami sahaja di jalanan.
Master menuju Tanah Merah dan sampai di satu tempat kami kehilangan arah. Master bertanya kepada peniaga kedai makan di Tanah Merah dan berkat bimbingan beliau kami kembali menemui jalan yang lurus.
Jam 8.00 malam, Master mula sedari mereka takkan sempat solat Maghrib, tambahan pula kali ini kami akan tinggal lebih 5 hari di kampung, maka tiada pilihan solat musafir bagi Master dan Mommy. Kami segera singgah di masjid berhampiran dan mereka menunaikan Solat Jamak Tadim dan Qasar Maghrib dan Isya'.
Selepas selesai, kami terus beredar, dan tak sampai 10 minit sampai di kampung.
Sampai di kampung, usai makan malam, Master terus pengsan!
Pengalaman balik beraya pada 20130803 ke Wakaf Bharu melalui Gerik, Lebuhraya Timur Barat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2013/08/idul-fitri-2013-selamat-sampai-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Respon Kepada Dato Che Abdullah Mat Nawi Jika Pru Segera Ph Boleh Tewas Di Kelantan

Respon Kepada Dato Che Abdullah Mat Nawi Jika Pru Segera Ph Boleh Tewas Di Kelantan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 252 hits
Tidak tepat pandangan YB 1 PAS menang besar PRU14 lalu disebabkan faktor besar Pengundi Luar Kerajaan Kelantan dapat ke UMNO Jadi mereka pilih PAS tak mahu pilih PH takut pecah undi 2 Itu selepas Rafizi melalui Invoke keluarkan analisis UMN...
40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

40 Jemaah Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 362 hits
Berita baik buat semua umat islam di Negeri Kelantan setelah berlaku sedikit penambahan daripada 12 ke 40 orang jemaah yang akan mengerjakan solat Jumaat bermula lusa ini Perkara ini disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiada...
Jom Meleboq Di Kelantan Lesen Baru Dibuka Tak Tutup Isle

Jom Meleboq Di Kelantan Lesen Baru Dibuka Tak Tutup Isle

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 599 hits
Aims Negeri Serambi Mekah yang perjuangkan Islam pun sedia ditambah pengeluaran LESEN PREMIS MINUMAN ARAK Jika lesen premis minuman arak terus ditambah ini bermakna
Kelantan Kembali Jadi Zon Hijau Covid 19 Selepas Tiada Kes Baru Dan 1 Kes Aktif Telah Sembuh

Kelantan Kembali Jadi Zon Hijau Covid 19 Selepas Tiada Kes Baru Dan 1 Kes Aktif Telah Sembuh

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 369 hits
Menerusi kiriman daripada laman Facebook rasmi EXCO Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin telah mengisytiharkan bahawa Kelantan kembali kepada zon hijau Hal ini demikian kerana serorang pesakit yang dilaporkan positif yan...
13 Of 14 Kelantan Bersatu Divisions Back Muhyiddin

13 Of 14 Kelantan Bersatu Divisions Back Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 429 hits
All but one of the 14 divisions of Kelantan Bersatu have expressed their support for Prime Minister Muhyiddin Yassin s leadership the exception being the Machang division led by its division chief Sazmi Miah In a joint statement today relea...
Water Woes Amanah Leader Claims Kelantan Abandoned By Federal Gov T

Water Woes Amanah Leader Claims Kelantan Abandoned By Federal Gov T

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 217 hits
An Amanah leader has questioned the federal government s alleged double standards in addressing water woes faced by two PAS held states Kedah and Kelantan Amanah environmental bureau chief Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad noted that whil...
Bantuan Khas Ibu Tunggal Telah Dibuka Melalui Portal Jpw

Bantuan Khas Ibu Tunggal Telah Dibuka Melalui Portal Jpw

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 621 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato YBrs Dr Tuan Puan Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal telah dibuka melalui portal JPW seperti berikut Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pembangunan Wanit...
Penipuan Melalui Akun Gojek

Penipuan Melalui Akun Gojek

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 268 hits
Hati hati jika anda pemakai jasa dan pengguna aplikasi gojek karena sekarang marak penipuan mengatasnamakan gojek Penipu sekarang tidak mempan dengan melalui iming iming sms undian berhadiah karena orang sudah tahu pasti penipuan Sekarang p...
Huawei Petal Search Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Malaysia Melalui Appgallery Memudahkan Pencarian Aplikasi

Huawei Petal Search Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Malaysia Melalui Appgallery Memudahkan Pencarian Aplikasi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 485 hits
Huawei kini dilihat telah menerbitkan penawaran Petal Search melalui AppGallery untuk pengguna tempatan sekaligus memudahkan pengguna dalam menemui pelbagai aplikasi yang diminati mereka Petal Search dilihat berfungsi sebagai sebuah aplikas...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat