Selamat Kembali Ke Asrama Kakak Dan Iman
Selamat Kembali Ke Asrama Kakak Dan Iman | Salam dan hai korang. Sebenarnya entri ni KakYa sepatutnya karang lepas hantar anak anak kat asrama hari Isnin baru baru tapi kekangan masa tak sempat nak mengarang entri. Hanya ada tajuk jer, karangan takdo. Tapi dek kerana nak jugak post entri ni sebagai kenang kenangan di kemudian hari, harini berjaya jugak KakYa siapkan. Kisah anak anak, memang KakYa akan sentiasa simpan kat blog. Ikut kesesuaian jugak la. Kalau rasa nak post KakYa post. Kalau rasa tanak post KakYa simpan kat draft jer. Kalau tengok kat draft bertunggu tangga entri tentang anak anak jer.
Sebenarnya bila KakYa tulis kisah anak anak ni KakYa rasa happy sangat. Happy yang KakYa sendiri tatau nak cakap macam mana. Yang KakYa tahu KakYa rasa happy bila dapat tulis dan bercerita tentang anka anak KakYa. Bila KakYa tulis dan diaorang baca, lagi la KakYa suka. Diaorang ingat balik kisah diaorang masa dulu dan sekarang. Moga diaorang takkan lupa.
Hantar Kakak dulu sebab kakak kena masuk asrama sebelum jam 4.30 petang. Drop kat depan asrama jer, mak ayah tak boleh turun. Dah hantar terus balik takde nak tunggu sembang sembang ke apa ke .. Huhuhu, sempat la tangkap gambar sekeping.
Sejak Kakak dan Iman masuk asrama lepas PKPP, minggu lepas adalah kali pertama diaorang balik rumah. Ini kerana sekolah cuti selama 5 hari. Jadi dapatla diaorang berdua pulang ke rumah. Alhamdulillah dapat jugak jumpa anak anak lama sikit. Dapat buat aktiviti kat rumah dan juga jalan jalan satu family.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Hilang rindu Umi dan abah kat anak anak. Ya la kan, sejak hantar lepas PKPP ni tak boleh nak melawat apalagi balik ke rumah atau keluar outing memang tak boleh!. Makanya bila ada peluang anak anak balik rumah KakYa dan suami cuba sebaik mungkin memberi keselesaan buat anak anak. Janji anak anak happy kami pon happy.
Iman masuk asrama sebelum jam 5 petang. Oleh kerana mak ayah tak boleh masuk ke dalam hanya drop anak anak kat pintu pagar jer, makanya kita tangkap gambar kat sini jer la nak. Betul betul tepi pintu pagar sekolah. Kat longkang pulak tu. Boleh laa dari takdo.
Bila hantar anak anak kat asrama perkara pertama yang KakYa rasa .. NAK NANGIS. Ntah la memang rasa nak nangis dan memang KakYa akan menangis. Hati tisu betul la KakYa ni. Tapi takde la nangis depan anak anak. Cover la jugak.
Tapi Iman ni kan, dia jenis mudah perasan kalau KakYa nangis. Dia cakap la.... Apala Umi ni nangis nangis bukan nak pegi berperang kot, nak pegi asrama nak belajar jer ni. Iyo iyo la nak. Memang la Umi hang tak hantar pegi berperang tapi perasaan Umi ni takle tahan nak berpisah ngan hang noo. Hang mana tau hati Umi hang ni lagumana nak lepaskan hang. Huhuhu sedih
Semoga anak anak KakYa berjaya dunia akhirat. Jadi anak soleh, anak solehah Umi dan juga abah. Aamin aamin Ya Mujib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/08/selamat-kembali-ke-asrama-kakak-dan-iman.html