Selamat Jalan Kri Nanggala 402
Seminggu telah berlalu !! Takziah buat semua warga Indonesia terutamanya kepada semua ahli keluarga krew KRI Nanggala 402. Semoga terus diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Ciktie dan seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dan berdukacita dengan apa yang telah terjadi.
Dan semoga kesemua roh 53 krew anak kapal KRI Nanggala 402 ini ditempatkan kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Aamin. Berat mata yang memandang pastinya lebih berat lagi bahu yang memikul. Cubaan demi cubaan datang menimpa. Bermula dengan nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182, banjir di Kalimantan, air pasang di Manado, gunung berapi memuntahkan laharnya dan sekarang tenggelamnya KRI Nanggala 402.
Selamat Jalan KRI Nanggala 402 KRI Nanggala 402 ditemuiSepertimana yang kita tahu, KRI Nanggala 402 merupakan antara 5 kapal selam milik TNI (Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia) buatan Jerman pada tahun 1978 yang mempunyai kelajuan 21.5 knot dan seberat 1395 tan. Ia telah dilaporkan terputus hubungan ketika sedang menjalani latihan tembak torpedo 21 April (Rabu) lalu diperairan Bali sebelum ditemui pecah kepada 3 bahagian di kedalaman 838 meter pada 25 April. Dan kesemua 53 anak kapalnya disahkan meninggal dunia.
Sebelum itu, tompokan tumpahan minyak dan objek bermagnet tinggi dibawah air telah berjaya dikesan berdekatan lokasi terakhirnya menyelam tetapi belum pun sempat objek itu dikenalpasti ianya telah hilang. Penemuan barangan yang dipercayai miliknya disekitar kawasan pencarian selepas itu telah mengubah status kehilangannya kepada tenggelam. Antara barangan yang ditemui tersebut adalah serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir untuk periskop dan juga sejadah.
Lihat siaran ini di Instagram Siaran dikongsi oleh Kok Bisa (@kokbisa)
Dengan keupayaan aset yang terbatas, bantuan MV Swift Rescue, kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) milik Singapura telah berjaya mengesan keberadaan KRI Nanggala 402 secara visual di dasar laut. Hakikat penemuan yang menyakitkan ini apapun telah berjaya menjawab persoalan mengenai kehilangannya walaupun tidak banyak.
Senarai nama krew KRI Nanggala 402
Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402 Eko Firmanto – Mayor Laut (P) Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T) Yohanes Heri – Kapten Laut (E)I Gede Kartika – Kapten Laut (P)Muhadi – Lettu Laut (P) Ady Sonata – Lettu Laut (P) Imam Adi – Lettu Laut (P) Anang Sutriatno – Lettu Laut (T) Adhi Laksmono – Letda Laut (E) Munawir – Letda Laut (P) Rhesa Tri – Letda Laut (T) Rintoni – Letda Laut (T) M Susanto – Letda Laut (P) Ruswanto – Serka Bah Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu Achmad Faisal – Sertu Kom Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom M Rusdiyansyah – Sertu Eko Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki Dedi Hari Susilo – Sertu Mes Bambang Priyanto – Serda Bah Purwanto – Serda Kom Eko Prasetiyo – Serda Kom Harmanto – Serda Ttu Lutfi Anang – Serda Ttu Dwi Nugroho – Serda Atf Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede Misnari – Serda Eta Setyo Wawan – Serda Saa Hendro Purwoto – Serda Lis Guntur Ari Prasetyo – Serda MesDiyut Subandriyo – Serda LisWawan Hermanto – Serda Lis Syahwi Mapala – Serda Lis Wahyu Adiyas – Serda Lis Edi Wibowo – Serda Lis Kharisma D.B – Kopda Eta Nugroho Putranto – Kopda Tlg Khoirul Faizin – Kopda Mes Maryono – Kopda Trb Roni Effendi – Klk Eta Distriyan Andy P – KLK Eta Raditaka Margiansyah – KLS Isy Gunadi Fajar R – KLS Isy Denny Richi Sambudi – KLS Nav Muh Faqihudin Munir – KLS Mes Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel Irfan Suri – Letkol Laut (E) Whilly – Mayor Laut (E)Suheri – PNS
Jenis Kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI)
Lihat siaran ini di Instagram Siaran dikongsi oleh INDOZONE - FYI (@indozonefyi)
Penggunaan istilah On Eternal Patrol - Pelayaran selama-lamanya khas untuk Krew atau anak kapal yang hilang ataupun karam (tidak akan kembali ke pelabuhan) semasa latihan ataupun operasi ketenteraan !Walaupun hakikat ini amat menyakitkan untuk diterima, semestinya KRI Nanggala 402 dan kesemua anak kapalnya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sebagai ‘on eternal patrol’. Ini adalah kerana mereka tidak akan kembali lagi ke pelabuhan di mana mereka berlepas sebelum ini.
Istilah ‘On Eternal Patrol’ atau rondaan abadi ataupun pelayaran selama-lamanya merupakan istilah yang merujuk kepada misi sesebuah kapal selam. Ianya digunakan apabila kapal selam yang telah berlepas dari pelabuhan untuk melakukan rondaan rutin atau latihan ketenteraan tidak pulang akibat hilang (sub-miss) atau karam (sub-sink).
Istilah ini telah digunakan sejak perang dunia ke-2 lagi, sebagai penghormatan bagi mengenangkan kapal selam dan juga anak kapalnya yang tidak lagi kembali ke pelabuhan. Mereka yang hilang dan tidak kembali itu diisytiharkan sebagai ‘terus menjalankan tugas’ di bawah laut buat selama-lamanya untuk melindungi kedaulatan negara tercinta secara abadi.
Akhir kata, Semoga terus tabah negara tetangga ku. Dan semoga usaha untuk mengangkat dan membawa keluar bangkai KRI Nanggala 402 dari dasar laut Bali ini dipermudahkan. In Shaa Allah, aamin. Sama-samalah kita doakan yer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2021/05/selamat-jalan-kri-nanggala-402.html