Selamat Hari Lahir Shahada


Assalamualaikum. Hai


Tanggal 7 Ogos datang lagi. Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Alhamdulillah tahun 2023 ni aku sambut hari lahir yang ke-39 tahun. Last jadi geng 30an. Lepas ni welcome to the group 40's.

Bertambah lagi usia. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi ciptaanNya ini. Masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dan amalan. Entah sampai umur berapa la Allah nak izinkan diri ini menikmati kehidupan. Wallahualam




Sambutan Hari Lahir, Apa Hukumnya? 
Seperti kebiasaan, yang terpantas sekali wish dah tentulah encik CH. Tak pernah gagal lagi sejak 17 tahun lalu dari masa zaman gatai menghela sampai la dah bertujuh lebih baik. Hihi. 😝

Tahun ni takda surprise bouquet delivery macam tahun lepas. Hihi. Takpa la. Aku tak kisah pun. Yang penting dia tak pernah lupa hari istimewa aku tu. Dah cukup membahagiakan aku dah. Senang je nak 'jaga' aku ni ha. Ewahhh. 

Terima kasih juga kat adik beradik kecintaan hati dan semua kenalan yang wish kat whatsapp dan juga facebook. Semoga doa baik-baik yang korang kirimkan untuk diri ini, berbalik kat korang juga. ❤️

Aku ni jenis simple je. Tak sambut beria pun setiap kali hari lahir tiba. Dapat ucapan dari kesayangan pun dah cukup membahagiakan. Tanda diri ini sentiasa ada di hati dan ingatan


Sebagai seorang muslim, boleh ke kita sambut hari lahir? Apakah hukumnya? Setakat pembacaan aku dan ceramah agama yang pernah aku dengar, hukum menyambut hari lahir adalah DIHARUSKAN. Tapi berpada-pada la. Ada caranya. Jangan ikut cara sambutan orang kafir. 

Cara Menyambut Hari Lahir
Masa aku kecik, memang tak pernah la sambut hari lahir ni. Bukan menjadi kebiasaan keluarga aku. Bila dah besar, pergi merantau belajar di universiti baru la aku merasa sambut hari lahir dengan kawan-kawan. Itu pun sekadar makan-makan je. Pakat tong-tong duit sorang sikit nak makan sedap sikit dari kebiasaan. Hahaha. Student kan? 

Bila dah bekeluarga, aku sangat suka raikan hari lahir kesayangan-kesayangan aku kat rumah ni. Suami, anak-anak dan mertua. Setiap kali tarikh hari lahir salah seorang tiba, aku akan ajak encik CH beli makanan untuk 'makan besar' bersama. Selalunya satay, pizza atau KFC la yang jadi pilihan. Takpun kalau aku rajin aku masak la mee goreng basah atau spagethi carbonara/bolognese. Begitulah kebiasaan nya





Kek jarang la kami beli sebab tak berapa laku. Membazir je. Kalau beli pun, beli yang kecik je. Takde jenama. Cari je kat pasaraya. Asal boleh makan dan buat syarat je. Hahaha. Kesayangan aku kat Penang pun, kalau ada rezeki lebih aku akan buat surprise hantar hadiah untuk dorang. Entah la. Sejenis suka membahagiakan orang-orang yang aku sayang walaupun aku tak mampu sangat. 

Bila anak-anak dah bersekolah ni, start tahun lepas aku bagi anak sambut dengan kawan-kawan kat sekolah. Minta izin cikgu untuk buat jamuan sikit. Kami sponsor la kek dan bagi 'hadiah' untuk semua anak-anak. Masa ni la kita boleh ambil peluang nak bersedekah kan? Bagi anak-anak semua seronok. Sebab kita tahu bukan semua berpeluang nak merasa sambut hari lahir


Pada aku, inilah cara yang sewajarnya untuk kita meraikan hari lahir. Tak berlebih-lebihan dan tak terikut cara orang kafir sambut. Buat jamuan kecil dengan keluarga dan rakan terdekat. Bersedekah ikut kemampuan. Beri hadiah ikut kemampuan. Ucap 'selamat' dan doakan yang baik-baik untuk yang menyambut hari lahir. 
Idea Hadiah Untuk Hari Lahir
Kadang-kadang buntu kan nak beri apa untuk kesayangan kita yang sambut hari lahir? Ye la. Kita nak dorang rasa bahagia dan dihargai. Aku pun selalu je rasa buntu macam tu. Tapi itulah, sebenarnya tak perlu modal yang besar pun. Atas diri kita dan kemampuan sendiri cukup la. Berpada-pada orang kata


Ini yang pernah aku sendiri hadiahkan untuk semua kesayangan aku masa hari lahir dorang. Yang aku ingat je la eh. Mungkin boleh jadi panduan untuk korang jugak. 
Untuk suami : Smartwatch, Sporty Sandal, Dompet, Baju Melayu, Kad Ucapan 
Untuk mertua : Telekung, Sejadah, Tasbih, Dompet, Tudung 
Untuk anak-anak : Mainan, Buku, Alat Tulis
Untuk mak : Bouquet rempah ratus
Untuk adik beradik : Gubahan orkid, plate nama

Bukan tiap tahun aku mampu bagi hadiah. Bila ada bajet lebih InsyaAllah aku usahakan untuk belikan sesuatu sebagai hadiah untuk dorang. Bahagia rasa bila dapat gembirakan dorang. Itu la cara aku membahagiakan diri sendiri juga. 




Ucapan Selamat Hari Lahir 
Tapi seandainya waktu tu aku takda kemampuan untuk beli hadiah, aku hanya sampaikan ucapan selamat hari lahir dan kirimkan doa je la. Itu pun sebenarnya dah memadai tanda kita sentiasa mengingati mereka


Kebiasaannya, inilah ucapan dan nukilan doa yang aku selalu beri buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran

UNTUK DEWASASelamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. Dikurniakan kesihatan yang baik. Umur yang panjang. Rezeki yang berkat melimpah ruah tak putus-putus. Kebahagiaan bersama kesayangan selalu. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. 
UNTUK ANAK-ANAK Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. Membesar jadi anak yang soleh/solehah. Sentiasa menyenangkan hati semua orang. Berjaya dunia akhirat


Penutup
Kesimpulannya, meraikan hari lahir untuk diri sendiri atau orang di sekeliling kita tak salah pun. Hukumnya harus dan bukanlah haram. Selagi mengikut syariat, tak berlebihan dan sambut sekadarnya. 

Yang jadi haram tu kalau dah melanggar batas macam pergi clubbing sampai pagi tak balik. Ooo yeahhh tak balik. Haa..gituh. Hihi


Apa-apa pun, semakin meningkat usia maksudnya semakin dekat kita kepada kematian. Bersyukur lah bila Allah masih beri peluang dan izinkan kita untuk terus bernafas. Sentiasa bermuhasabah diri dan perbaiki kelemahan dalam amalan kita setiap masa. Sebab kita tak tahu bila pengakhiran usia kita. 

Bisik-bisik :: Semoga Allah beri peluang lebih lama lagi untuk aku perbaiki diri. InsyaAllah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/08/selamat-hari-lahir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Lahir Ke 16 Adam Iman

Selamat Hari Lahir Ke 16 Adam Iman

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 194 hits
Selamat Hari Lahir Ke 16 Adam Iman Alhamdulillah 13 Ogos 2023 hari ini Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman 13 Ogos 2023 hari lahir Iman yang ke 16 Sekejap sungguh masa berlalu hari ini genap 16 tahun usia anak bujang Umi Barakalah fii umrik ...
Raikan Hari Lahir Faiq Yang Ke 5 Tahun Di Mc Donalds Rimbayu Sponsored By Tok Abah

Raikan Hari Lahir Faiq Yang Ke 5 Tahun Di Mc Donalds Rimbayu Sponsored By Tok Abah

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 392 hits
Alhamdulillah 24 Jun 2023 yang lepas merupakan hari lahir ke 5 tahun anak bujang sulung kami Untuk tahun ni memang kami tak plan nak celebrate birthday Faiq beria hihihi Pada asalnya kami plan hanya bawak goodies bagi dekat kawan kawan tadi...
Dre Dah Ada Geng Selamat Bersalin Anak Kedua Farah Nabilah Kongsi Nama Anak Hari Ke 7 Kelahiran

Dre Dah Ada Geng Selamat Bersalin Anak Kedua Farah Nabilah Kongsi Nama Anak Hari Ke 7 Kelahiran

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 265 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Farah Nabilah yang selamat melahirkan anak keduanya pada 26 Julai lalu Farah yang menyambut kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarga mereka ini turut mengambil keberkatan untuk berkongsi nama anak pada hari ...
T20c15 Aqiqah Aidan Dan Hari Lahir Aina

T20c15 Aqiqah Aidan Dan Hari Lahir Aina

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 362 hits
Hari ini kami mengadakan majlis kesyukuran sempena aqiqah Aidan dan hari lahir Aina Sebenarnya hari ini bukanlah hari lahir Aina kerana Aina lahir dalam bulan February Sengaja kami adakan sambutan hari lahir buatnya sebagai kenangan Jam 11 ...
Hari Lahir Sanusi Semalam Dia Dapat 2 Hadiah Istimewa

Hari Lahir Sanusi Semalam Dia Dapat 2 Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 164 hits
Sempena hari ulangtahun kelahiran Sanusi dihadiahkan dua hadiah teristimewa 1 Saman daripada MB Selangor 2 Saman dan laporan polis daripada syarikat Berjaya LandADRIAN LIM CHEE ANN
Essay Hari Merdeka Malaysia Independence Day Celebration

Essay Hari Merdeka Malaysia Independence Day Celebration

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 415 hits
Title Malaysia Independence Day Celebration Malaysia Independence Day also known as Hari Merdeka is a momentous occasion celebrated annually on August 31st The event brings together people from diverse ethnic backgrounds united in their pat...
Hari Ini Kita Menang Cukai Pintu Dihapuskan Lesen Perniagaan Hapus Azmin

Hari Ini Kita Menang Cukai Pintu Dihapuskan Lesen Perniagaan Hapus Azmin

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 278 hits
agendaily com2 8 2023Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Isu kebajikan rakyat Selangor menjadi keutamaan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos nanti kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Pengerusi PN ...
Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Walaupun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil semula jawatannya setelah dipecat kerana tidak hadir selama 1 535 hari niat Yahaya Wahi untuk terus mengajar nurid sekolah rendah di kawasan terpencil Gerik masih belum pasti ...
Sihat Lepas 3 Hari Demam Batuk Selesema Doktor Kongsi 4 Cara Semulajadi Untuk Rawat Anak

Sihat Lepas 3 Hari Demam Batuk Selesema Doktor Kongsi 4 Cara Semulajadi Untuk Rawat Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 270 hits
Bila anak tak sihat mak mak lah orang yang paling risau Ada pelbagai cara untuk sembuhkan penyakit anak anak terutama menggunakan bahan bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling Ada beberapa cara untuk melegakan batuk yang boleh ma...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut