Selamat Hari Bapa


5 golongan bapa yang kita sayangi
Hari Bapa tidaklah disambut sebegitu meriah berbanding Hari Ibu terutama ketika rakyat Malaysia harus terus duduk di rumah kerana patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ia tidaklah bermaksud sambutan itu terus dilupakan pada tahun ini.

Seperti ibu, golongan bapa juga mempunyai peranan penting dalam keluarga dan menyediakan setiap keperluan untuk seluruh ahli keluarga.

Ini adalah beberapa contoh sifat seorang bapa yang biasa kita lihat di Malaysia. Adakah bapa anda mempunyai salah satu daripada personaliti berikut?

1. Bapa yang tabah
Dia tidak banyak bercakap tetapi apabila dia mula bersuara, anda pasti ingin mendengarnya.

Walaupun begitu, dia sanggup mengorbankan apa saja demi melindungi anaknya daripada sebarang ancaman.

Anda mesti biasa mendengar, ‘berhati-hatilah dengan manusia pendiam’ dan seorang anak juga sudah tentu tidak mahu menguji kesabaran bapa pendiam.

Jika dia mula melontarkan beberapa perkataan yang mengguris hati, bermakna dia benar-benar marah dan terus mendiamkan diri.

Namun, di sebalik personaliti garang, masih terselit juga sifat lemah lembut pada bapa ini.

2. Bapa periang
Bapa seperti ini sama ada berjaya membuat lawak yang benar-benar kelakar atau boleh menyebabkan ahli keluarganya ingin bersembunyi kerana ‘malu’.

Mereka diibaratkan seperti Santa Claus yang menyebarkan kegembiraan sambil membuatkan orang ketawa terhadap perangai ‘gila-gilanya’.

Jika anda melalui hari menyedihkan, dia akan sentiasa bersama untuk memujuk hati anda dengan membuat jenaka dan memberi nasihat berguna.

Ketika ahli keluarga berkumpul, dia adalah orang yang diberi perhatian untuk mengemudi suasana pada hari itu.

3. Bapa hebat
Anda sentiasa ingin berjalan bersamanya di mana-mana saja kerana bapa seperti ini menjaga penampilan dan berkarisma tinggi.

Dia tidak akan mengenakan pakaian biasa tetapi pandai mengikuti perkembangan fesyen terkini.

Selain ketrampilan diri, dia juga tahu melakukan tanggungjawab dengan menyusun percutian keluarga,

menunjukkan bakat menyanyi kepada ibu dan bersikap tenang walaupun ditimpa masalah.

Dia tidak perlu memarahi anaknya dengan tujuan mendidik tetapi anda sendiri akan berasa kesal kerana mengecewakannya.

Apa pun, ke mana saja dia pergi, bapa hebat ini akan menjadi perhatian yang membuatkan anda berasa bangga.

4. Bapa yang kaya hobi
Ya, bapa anda seorang yang ‘skema’ tetapi dia bangga dengan dirinya.

Tidak ada salahnya untuk memiliki banyak hobi walaupun mungkin kelihatan agak pelik dengan caranya yang tersendiri.

Orang seperti ini tidak kurang menariknya kerana dia berusaha untuk mencari kegembiraan sendiri dengan melakukan hobinya.

Di luar pejabat, dia tidak akan berhenti bercakap mengenai pelbagai hobinya dan berharap anda juga dapat menyertainya.

Sebagai contoh, setem yang dikumpulnya sejak bertahun-tahun lamanya mungkin diwarisi anda selepas ini.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi menjadikan bapa seperti ini mempunyai lebih banyak ilmu dalam perkara berkaitan dan boleh menjadi tempat rujukan anak-anak.

Hanya seorang saja yang boleh mengalih perhatiannya seketika daripada semua itu, iaitu ibu anda.

4. Bapa aktif
Bapa aktif berusaha menjaga badan dan tidak segan untuk menayangkan susuk tubuh sihat dimiliknya kepada rakan lain.

Ketika kebanyakan bapa banyak menghabiskan masa berehat pada hujung minggu, bapa aktif pula sibuk berjoging selama beberapa jam.

Ramai juga anak-anak yang enggan mengikuti rentak bapa seperti ini tetapi tidak salah untuk anda menyertainya.

Dia juga dianggap sebagai aset yang boleh membantu anda meningkatkan kecergasan terutama jika anda menyertai pertandingan sukan di sekolah.

Bapa aktif boleh dijadikan sebagai peneman pada bila-bila masa ketika anda teringin untuk melakukan aktiviti sukan.

6. Bapa kasual
Golongan bapa seperti ini mungkin berpandangan bahawa fesyen itu hanya untuk orang yang lemah.

Baginya, fesyen hanyalah mengenakan baju singlet dan seluar pendek. Anda mungkin terpaksa bertengkar dengan bapa seperti ini hanya untuk memintanya memakai pakaian lebih sesuai untuk majlis tertentu.

Dia lebih gemar memilih pakaian selesa dan longgar kerana ia dianggap lebih sesuai dengan jiwanya.

Apabila dia mengenakan pakaian sut, anda berharap bapa ini menyimpannya semula kerana ia sememangnya kelihatan tidak kena apabila dipadankan dengan seluar hijau.

Namun, tetap ada tarikan pada dirinya apabila setiap kali dia mengenakan pakaian bergaya, ia mengingatkan kembali kepada zaman mudanya. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/selamat-hari-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Umno Berkumpul Sambut Hari Bapa Ketika Pkp Penuh

Timbalan Menteri Umno Berkumpul Sambut Hari Bapa Ketika Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 288 hits
FAZLI RADZITimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Sri Dr Ismail Abd Muttalib dilihat mengadakan majlis sambutan Hari Bapa ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3 0 Sambutan di Kampung Sungai Ling Maran itu me...
Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Ucapan Hari Bapa Dari Elyana Untuk Suami Buat Peminat Sayu

Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu Ucapan Hari Bapa Dari Elyana Untuk Suami Buat Peminat Sayu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 408 hits
Penyanyi dan juga Pelakon Elyana atau nama sebenar beliau Erneelya Elyana Emrizal bukanlah nama asing dalam industri Beliau yang mula dikenali menerusi lagu Niat itu kemudiannya turut berkecimpung dalam lakonan dan turut membintangi drama D...
Kad Ucapan Hari Bapa

Kad Ucapan Hari Bapa

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 1081 hits
Dapat surat pos laju Bila buka ada arahan sekelkan hmmm Rupanya kakak Naura minta CIRCLE kan pilihan jawapan Boleh dijadikan contoh kad ucapan hari Bapa Of course lah ayah suka hahahah Actually kakak ni memang seni orangnya sejak PKP 1 0 la...
Titip Ucapan Hari Bapa Buat Arwah Suami Peminat Tak Mahu Bcl Kahwin Lain

Titip Ucapan Hari Bapa Buat Arwah Suami Peminat Tak Mahu Bcl Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 235 hits
Sempena sambutan Hari Bapa semalam pelakon dan penyanyi Indonesia terkenal Bunga Citra Lestari turut menitipkan ucapan istimewa buat arwah suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram BCL mengucapkan te...
Video 11 Individu Disyaki Geng Kongsi Gelap Ditahan Selepas Video Sambut Hari Bapa Langgar Sop Tular Di Media Sosial

Video 11 Individu Disyaki Geng Kongsi Gelap Ditahan Selepas Video Sambut Hari Bapa Langgar Sop Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 237 hits
Polis menahan 11 individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 35 dalam operasi di sekitar Kulim semalam Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sebelum itu mengesan satu vid...
Balikpulau Bapa Beri Bayi Minum Keras Direman Lima Hari

Balikpulau Bapa Beri Bayi Minum Keras Direman Lima Hari

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 522 hits
Pemuda yang ditahan selepas dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak di kediaman mereka di Teluk Bahang di sini ditahan reman selama lima hari sehingga 27 Jun ini Perintah reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikel...
11 Ahli Geng 35 Ditahan Langgar Sop Ketika Sambut Hari Bapa

11 Ahli Geng 35 Ditahan Langgar Sop Ketika Sambut Hari Bapa

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 246 hits
Tangkap layar video di TikTok itu memaparkan lelaki memotong kek merah kuning berbentuk nombor 35 di dalam sebuah rumah di Kulim Kedah PETALING JAYA Seramai 11 individu termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan ko...
Hiburan Hero Buat Noah Netizen Sebak Dengan Ucapan Hari Bapa Bcl

Hiburan Hero Buat Noah Netizen Sebak Dengan Ucapan Hari Bapa Bcl

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 270 hits
Sempena Hari Bapa pada tanggal 20 Jun semalam ramai yang membuat perkongsian ucapan Selamat Hari Bapa buat ayah tercinta dan rata rata menzahirkan rasa syukur buat ayah mereka AdvertisementTidak lupa juga buat sosok seorang ayah yang sudah ...
5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa

5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 528 hits
Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang Bosan dah kena asyik menggoreng saja Nah apa kata kita buat hidangan yang kukus sahaja Sihat dan senang Ini antara resipi resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba Pasti puas hati Bo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof