Selamat Bertunang Juita Dan Faiq




Alhamdulillah kita bersiaran lagi. Telah lama sebenarnya saya tidak menulis mengenai majlis keluarga di dalam blog saya. Yang banyak adalah resipi dan kisah percutian saya. 
Insya Allah hari ini saya ingin mengabadikan satu lagi majlis bersejarah dalam keluarga bila mana anakanda kami Nurjuita Amanda telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hati beliau. 
Sebagai ibu, saya memang agak memilih dan mengambil masa untuk mengenali dan menerima kawan kawan anak anak saya. Tapi berbeza kali ini, saya terus suka sebaik melihat Faiq pada kali pertama. Pertemuan itu pun secara tidak dirancangkan dan Juita juga belum bersedia untuk memperkenalkan dia pada saya. 
Juita adalah anak keempat dan anak perempuan bongsu yang manja dan rapat dengan saya. Jika saya sakit, dia lah yang akan bantu mengurut dan melumurkan ubat di badan saya. Bila saya perlu pertolongan, dialah yang akan sentiasa ada untuk membantu. 
Selepas pertemuan tersebut, saya menjemput Faiq mengunjungi kami dan saya kemudiannya bersetuju untuk menerima rombongan merisik. Tapi atas cadangan anak anak, terutama anak sulong saya, Nana agar diringkaskan semua urusan dengan terus diadakan majlis pertunangan. 
Sebaik dipersetujui, kami mula membuat persiapan untuk majlis. Kali ini saya lebih relax kerana semua urusan dibuat oleh anak anak. Saya hanya melihat bab pakaian untuk keluarga sahaja. Saya terpaksa membuka wardrobe dan mencari baju baju yang belum pernah dipakai. Maklumlah sukar untuk mencari fabrik dan menempah, kerana masa agak suntuk. Dengan baju yang saya ada, saya mencadangkan warna “light brown” untuk pakaian famili. 
Begitu juga untuk mencari baju sesuai untuk Juita juga agak kesuntukan masa. Saya mencari baju baju ready to wear di Instagram namun tak ada yang berkenan. Akhirnya bersetuju dengan cadangan Juita untuk memakai baju yang ditempah di Butik Fuzana Mokhtaza yang belum pernah dipakai. 
Saya juga membantu Juita dengan mencari sampin songket tenunan tangan dari Kelantan untuk diletak atas dulang hantaran. Seperti biasa, saya membeli di Zuhairi Songket. Memang saya banyak membeli sampin untuk suami dan anak anak di sini. Alhamdulillah kerana semuanya dipermudahkan. 
Kami juga berbincang dengan besan kami YB Senator Dato Setia Salehuddin tentang perjalanan majlis. Tarikh yang dipersetujui juga dibuat berdasarkan tarikh di mana besan kami “available” kerana beliau akan menjadi wakil keluarga kami. 
Selain famili, kami menjemput sahabat sejati kami dari zaman universiti iaitu rakan alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Kehadiran mereka sangat lah mengembirakan kami kerana selain famili, mereka lah yang sentiasa menyokong kami dalam apa jua. Mereka juga sangat sporting dan sepakat untuk memakai baju Melayu. 



Tidak lupa juga rezeki bila dipertemukan dengan wedding planner Illa dan Hafiz dari @weddinglegacy yang menyediakan perkhidmatan lengkap dari pelamin, khemah dan makanan. Ianya sangat memudahkan urusan kami. Alhamdulillah saya merasa lega bila rata rata tetamu memuji keenakan lauk pauk yang disediakan. 



Majlis berjalan dalam suasana sangat meriah dengan adanya berbalas pantun antara besan kami dengan abang sulong Faiq yang mewakili rombongan mereka yang sedondon berbaju warna biru. 
Perbincangan mengenai tarikh, hantaran dan dulang hantaran juga telah dibincangkan dan dipersetujui sebelum Juita berjalan turun ke pelamin. 



Majlis sempurna dengan acara menyarungkan 1 bentuk cincin emas untuk merisik dan 1 cincin berlian untuk pertunangan oleh Bonda Faiq dan berbalas dengan cincin platinum untuk Faiq. Majlis di akhiri dengan pantun oleh Dr Abdol Aziz Sahat dan doa yang dibaca oleh Haji Kamaruddin Mokhtar. 
Sebelum keluar untuk acara makan, acara bergambar diadakan antara kedua dua belah keluarga, famili dan sahabat handai sebagai kenang kenangan.






Selepas bergambar, kami beredar untuk makan tengahari. Sambil makan, kami juga bersembang sembang kerana setiap kali berjumpa memang ada ada sahaja topik yang dibincangkan. 



Saya juga sempat bergambar dengan Bonda dan Nenda Faiq serta dengan keluarga kakak saya dari Kelantan. Inilah kali pertama saya bersua muka dengan keluarga Faiq dan diharapkan hubungan kekeluargaan akan berkekalan. 


Akhir sekali, terima kasih buat suami, anak anak dan anak anak buah yang membantu sehingga majlis berlancar. Deeana yang walaupun sedang sarat mengandung telah bertindak sebagai jurugambar untuk saya. 
Walaupun menpunyai jurugambar rasmi untuk majlis tapi saya pastinya akan mengambil gambar dengan menggunakan handphone saya. Kak Ngah juga membantu merekod video yang sangat membantu kerana kami memang tidak mengambil khidmat videographer untuk majlis ini. 
Selepas ini, lebih banyak urusan yang perlu dibuat untuk 3 majlis yang pastinya persediaan perlu dibuat dari sekarang. Insya Allah doakan agar semua urusan kami dipermudahkan. Secara jujur, setiap hari saya merasa sedih kerana selepas ini keadaan tidak akan sama lagi. 

Doakan juga agar Juita dan Faiq dipermudahkan segala urusan dan kekal bahagia sehingga ke jannah. Semoga mereka bersabar, saling bertolak ansur dan jujur antara satu sama lain. 
Juga sama sama menjalankan kewajipan masing masing terutama bab nafkah, bab komunikasi dalam perhubungan. Kedua perkara ini mesti dibincangkan dan dipersetujui awal awal. Tak boleh mengambil mudah kerana perkara sebegini boleh menimbulkan masalah di kemudian hari. 
Sejak berita perceraian Fazura dan Fattah Amin, banyak sekali ulasan bab kewajipan nafkah yang biasanya diabaikan oleh para suami diperkatakan dengan meluas di media social termasuk oleh ustaz ustaz. 
Akhir sekali saya mendoakan agar Juita dan Faiq kekal bahagia selamanya. Aamiin. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/10/selamat-bertunang-juita-dan-faiq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat Alhamdulillah Cepat Sangat Kali Ni

Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat Alhamdulillah Cepat Sangat Kali Ni

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 118 hits
Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat Alhamdulillah cepat sangat kali ni Personaliti media sosial Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat Alhamdulillah Cepat S...
Seorang Maut 2 Selamat Bangunan Runtuh Di Melaka

Seorang Maut 2 Selamat Bangunan Runtuh Di Melaka

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 184 hits
BERNAMAAnggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka giat melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang buruh binaan warga asing yang tertimbus dalam runtuhan bangunan di Bukit Senjuang hari ini FOTO BERNAMAMelaka Seorang p...
Selamat Pagi Semua

Selamat Pagi Semua

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi jumaat buat semuaaaanyaaa Halah halaaaaahhh macam ramai je yang singgah baca teratak buruk cikmimi ni kan Sebenarnya harini cikmimi menaip dari laptop Selalu dari tipon aje Asal pegang laptop si hanaa pun menyib...
Raffa Affar Selamat Tinggal Penderitaan Chord

Raffa Affar Selamat Tinggal Penderitaan Chord

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 112 hits
Am Dm F E E Am langkah demi langkah Dm aku teruskan jua E Am masa demi masa sampai akhirnya A Dm terima kasih atas penghinaan E F E yang kau lemparkan E Am tangga demi tangga Dm kita daki bersama E Am jatuh terluka bangun semula A Dm terima...
Abang Nak Bertunang

Abang Nak Bertunang

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Abang nak bertunang Betul ke Tuan badan tak cakap apa tapi dengar dari mulut abah Abah kata kena bersedia mungkin tahun depan rumah kita kenduri lagi Jawapanku rileks la abah lambat lagi tahun depan Ta...
Gisbh Kerajaan Bukan Selamat Anak Kami Tapi Rampas Ibu Bapa

Gisbh Kerajaan Bukan Selamat Anak Kami Tapi Rampas Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 122 hits
malaysiakini comKetua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz tampil sebagai jurucakap sekumpulan 96 ibu bapa yang ditahan dalam operasi terhadap Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings baru baru ini Tun Faisal pada sidang medi...
Sempat Alami Keguguran Kiky Saputri Umumkan Kembali Kehamilannya Selamat

Sempat Alami Keguguran Kiky Saputri Umumkan Kembali Kehamilannya Selamat

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 156 hits
Tak lagi memiliki ovarium kiri karena kista yang dimilikinya Kiky benar benar bersyukur dan bahagia karena masih bisa mendapat kepercayaan untuk memiliki calon buah hati
Kalut Buat Apa Mangkok Ni Ko Belum Tentu Selamat Kes Ko Yang Lepas

Kalut Buat Apa Mangkok Ni Ko Belum Tentu Selamat Kes Ko Yang Lepas

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 91 hits
Patutlah sistem pendidikan masa zaman Covid dulu huru hara semacam Sebab Menteri Pendidikan masa tu pun Radzi bising pasal peruntukan pembangkang dalam Belanjawan 2025 tak sebut pun tentang Nak kena sebut ke Kan pembangkang dah sepakat Wala...
Dibelasah Jika Tolak Melacur Imigresen Selamat 7 Wanita Vietnam

Dibelasah Jika Tolak Melacur Imigresen Selamat 7 Wanita Vietnam

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 88 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang Isnin lalu Pihak berkuasa itu menyerbu premis terbabit dalam op...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord