Selamat Bercuti Kepada Calon Calon Spm 2018
Alhamdulillah, SPM telah selesai pada 12 Dis 2018 lalu. Setelah sekian lama berhempas-pulas menimba ilmu dengan guru2 yang berdedikasi dan menjawab soalan2 yang mencabar semasa SPM lepas, kini mantan pelajar Abam Kie sudah boleh menarik nafas lega. Mereka boleh bercuti panjang sementara menanti keputusan SPM diumumkan pada Mac 2019. Jadi dalam entri kali ini abam kie ingin berkongsi pengalaman mengajar 4 kelas tingkatan 5 sepanjang tahun 2018 lalu
Kelas yang pertama ialah 5 Sains 1 atau Sains Agama. Mereka ni pelajar2 cemerlang di sekolah abam kie. Bukan saja pandai dalam akademik tetapi juga menunjukkan sahsiah terpuji dan mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Mengambil 11 subjek untuk SPM bukanlah satu tugas yg mudah. Abam Kie dulu ambik 9 subjek je. Biasalah, kelas ni majoritinya perempuan iaitu 19 orang manakala lelaki cuma 7 orang je. Abam Kie benar2 berharap agar ada diantara mereka yang berjaya memperolehi 11A di dalam SPM tu. Kali terakhir calon SPM dapat 11A adalah pada tahun 2016. Aamiin
Kelas seterusnya ialah 5 Aurum yang mereka kelas ranking ketiga di sekolah ini. Bilangan muridnya 35 orang! Ramai tul. Nak suruh duduk diam pun satu masalah. Budak lelaki ada 11 orang je. Mereka ni ambik elektif seperti Perakaunan, Geografi, Ekonomi, Sains Komputer dan Grafik Komunikasi Teknikal. Budak2 lelaki semuanya abam kie ingat nama tetapi sebahagian drp pelajar perempuan yang pendiam tu sampai habis SPM abam kie masih x ingat nama mereka! Itulah, siapa suruh senyap je dalam kelas
Kelas ketiga yg abam kie ajar ialah 5 Radon, merupakan kelas di ranking kelima. Mereka ni lemah dalam subjek Bahasa Inggeris tapi masih berminat nak belajar. Jadi abam kie kena gunakan teknik yang mudah dan bersesuaian dengan tahap mereka. 9 lelaki dan 14 perempuan. Tak ramai mana. Bila buat kelas tambahan pasti ada yang ponteng atas alasan yang tak munasabah. Jadi sebagai balasannya mereka disebat di punggung bagi lelaki dan di tapak tangan bagi perempuan. Hukuman untuk mendidik, bukannya mendera. Syukur, Alhamdulillah, setakat ini belum ada ibubapa yg datang saman abam kie.
Hmmm...ni la set2 'kepala pengat' atau 'kepala halian' di sekolah ni. Kelas 5 Neon merupakan kelas terakhir dari 8 kelas tingkatan 5. Sehingga akhir tahun cuma tinggal 6P dan 16L di dalam kelas ni. Asalnya 28 orang. Satu demi satu kena reject kerana masalah disiplin. Mereka ponteng sekolah secara berterusan sampai 60 hari maka secara automatik akan dibuang sekolah. Ada gak yg terlibat dgn dadah. Bila abam kie masuk kelas jarang benar cukup bilangan muridnya. Ada saja yang memonteng. Pergi ke tandas sampai 1.5 jam. Ada gak yg lepak di bawah tangga. Kalau dicari murid2 yg lepak tu, apa pula nak jadi dengan yg nak belajar ni? Sejujurnya mengajar di kelas terakhir ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Bila exam, majoriti dapat markah kurang drp 10 untuk Bahasa Inggeris. Tugas abam kie lebih menjurus kepada mengasuh daripada mengajar kerana pengetahuan BI mereka sangat rendah. Sabar je la.
Akhir sekali, biar di mana saja mereka berada, Abam Kie berdoa agar semua bekas pelajar ini menjadi individu yg berguna kepada agama, bangsa dan negara. Biar belajar x tinggi asalkan menjadi insan berbudi-pekerti mulia. Dok gitu, kan? Aamiin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/01/selamat-bercuti-kepada-calon-calon-spm.html