Selamat Aidilfitri Ibnu Hasyim
Jom sama-sama,
Qiyamullail, solat malam Nabi
selamat dari finah akhir zaman..
normal baru
kerajaan baru
moga kembali ke kebenaran
menurut syariat..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua rakyat-menteri..
maaf zahir-batin.
Allahu akbar!
Jom sama-sama renung tazkirah ini..
Qiyamullail menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman. Dari Ummu Salamah RA:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَيْقَظَ لَيْلَةً فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا أُنْزِلَ اللَّيْلَةَ مِنْ الْفِتْنَةِ مَاذَا أُنْزِلَ مِنْ الْخَزَائِنِ مَنْ يُوقِظُ صَوَاحِبَ الْحُجُرَاتِ يَا رُبَّ كَاسِيَةٍ فِي الدُّنْيَا عَارِيَةٍ فِي الْآخِرَةِ}
“Daripada Ummu Salamah R.A, beliau berkata: “Pada suatu malam Nabi S.A.W terbangun lalu bersabda: ” سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), fitnah-fitnah apakah yang diturunkan pada malam ini? Dan apakah yang akan dibukakan daripada perbendaharaan harta yang melimpah-ruah? Bangunlah! wahai orang-orang yang ada di sebalik dinding-dinding, kerana betapa ramai orang yang berpakaian di dunia tetapi akan telanjang di akhirat nanti.”
[Hadis Riwayat Bukhari]
Sunnah solat malam Rasulullah:
(1) Memanjangkan tempoh sujud.
(2) Solat sunat 11 rakaat.
(3) Solat sunat sebelum Subuh.
(4) Baring seketika atas lambung kanan sebelum solat Subuh.
Sepertimana disebutkan dalam Hadis sahih:قالت عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً كَانَتْ تِلْكَ صَلَاتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُنَادِي لِلصَّلَاة (رواه البخاري)
“Kata Aisyah R.A: “Adapun Nabi S.A.W solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Nabi S.A.W adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda S.A.W mengangkat kepalanya. Nabi S.A.W rukuk (solat) sebanyak dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian Baginda S.A.W berbaring pada sebelah kanan sehingga didirikan solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagai umat Rasulullah S.A.W, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin dalam mencontohi sunnah Baginda. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang memperoleh syafaat dari Baginda di akhirat kelak.
[Tazkirah ini diangkat dari YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY T/Menteri di JPM (HEA)-(Rujuk)HARAKAHDAILY 21/5/2020]Hibur Hibur Sikit
LAGU RAYA LAWAK - Piee - Terkenang Masa Lalu - Hijau Kuning Raya Sakan
SELAMAT LEBARAN Tahun 50an ( Tjipt. Ismail Mz ) Oleh DidiTAKBIR RAYA USTAZ ASRI RABBANI HIGH QUALITY AUDIO
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/selamat-aidilfitri-ibnu-hasyim.html