Selain Dahaga Kerap Buang Air Ini Tanda Awal Diabetes Yang Ramai Orang Tak Perasan


Ramai daripada kalangan kita yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami diabetes. Ini kerana, mereka tidak menyedari tanda awal kencing manis yang berlaku. Ini 9 tanda tanda awal kencing manis yang paling kerap berlaku.
9 tanda awal kencing manis yang mungkin anda tidak sedar
Sepertimana penyakit-penyakit lain, kencing manis atau diabetes juga mempunyai beberapa tanda atau simptom apabila ia berlaku.
Tanda ini bukanlah satu tanda sahaja. Ia boleh berlaku dengan pelbagai tanda dan ia berbeza-beza mengikut individu.
Disebabkan hal ini, ramai yang tidak menyedari tanda tanda awal kencing manis kerana ia mungkin dianggap sebagai satu perkara yang normal.
Mari kita lihat 9 tanda awal kencing manis yang mungkin sedang berlaku kepada anda.
#1. Kerap rasa dahaga
Apabila anda mempunyai paras gula darah yang tinggi, anda pastinya akan membuang air kecil dengan lebih kerap.
Ini kerana proses pembuangan air kecil tersebut bertujuan menyingkirkan lebihan gula dalam darah.
Disebabkan proses ini, tubuh badan anda akan kehilangan lebih banyak air dan boleh menyebabkan dehidrasi.
Tidak pelik jika kesannya akan menyebabkan anda lebih mudah berasa dahaga berbanding sebelum ini.
#2. Kerap ke tandas untuk membuang air kecil
Apabila paras gula darah menjadi terlalu tinggi, buah pinggang anda akan cuba membuang lebihan gula ini dengan cara menapis darah anda.
Lebihan gula ini kemudiannya akan dibuang melalui pembuangan air kecil.
Oleh itu, jika anda kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, ia mungkin tanda awal kencing manis.
#3. Cepat berasa letih atau penat
Apabila seseorang itu mengalami diabetes khususnya kencing manis jenis 2, ia sememangnya boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh.
Keletihan yang berlaku ini disebabkan oleh kandungan gula yang tidak dapat diproses oleh sel tubuh untuk dijadikan sebagai sumber tenaga badan.
Oleh itu, jika anda mudah berasa penat atau letih tanpa membuat sebarang aktiviti berat, ia mungkin tanda tanda awal kencing manis.
#4. Luka yang lambat sembuh
Paras gula darah yang tinggi juga boleh merosakkan saraf tubuh dan juga saluran darah. Ini boleh mengganggu aliran darah yang lancar.
Kesannya, sebarang luka atau parut yang dialami akan mengambil lebih banyak masa untuk sembuh.
Anda perlu berhati-hati kerana luka yang lambat sembuh boleh menyebabkan jangkitan lain yang akan memburukkan lagi keadaan anda.
#5. Kerap berasa lapar
Sistem penghadaman tubuh kita berfungsi menguraikan makanan yang dimakan kepada bentuk gula yang mudah dihadam iaitu glukosa.
Glukosa digunakan oleh tubuh badan kita sebagai sumber tenaga utama.
Namun, bagi mereka yang menghidap diabetes, glukosa ini tidak dapat diserap dengan baik oleh sel tubuh daripada aliran darah.
Kesannya, seseorang itu akan mudah dan kerap berasa lapar walaupun baru sahaja mengambil makanan.
#6. Penglihatan yang kabur
Saluran darah yang kecil pada bahagian mata anda juga boleh mengalami kerosakan disebabkan oleh paras gula yang tinggi dalam darah.
Apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur.
Kabur pada mata ini boleh berlaku sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
Ia juga boleh berlaku dalam tempoh masa tertentu sebelum menghilang.
Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan kebutaan kekal.
#7. Tompok hitam pada kulit
Anda akan menyedari kewujudan tompok kulit yang berwarna gelap atau hitam terutamanya di bahagian leher, ketiak dan celah paha.
Ia juga merupakan antara tanda tanda awal kencing manis yang kerap berlaku.
Keadaan kulit yang berwarna gelap ini mungkin berasa agak lembut.
#8. Jangkitan yis
Gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjadi sumber makanan bagi yis. Apabila yis semakin berkembang, ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih buruk.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan yis lebih mudah berlaku pada kawasan kulit yang lembap seperti mulut, kawasan kemaluan dan juga ketiak anda.
Jika ia berlaku, anda mungkin akan berasa gatal-gatal pada kawasan tersebut.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan sensasi terbakar selain kemerah-merahan dan rasa sakit.
#9. Tangan berasa kesemutan atau kebas
Disebabkan aliran darah yang terganggu akibat paras gula darah yang tinggi, ia juga boleh menyebabkan rasa kesemutan atau kebas pada anggota tangan dan juga kaki.
Keadaan ini dikenali sebagai neuropati diabetes.
Jika ia tidak dirawat dengan pantas, keadaan ini akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan komplikasi lain yang lebih buruk.
Dapatkan rawatan segera jika alami 9 tanda awal diabetes ini
Terdapat beberapa lagi tanda tanda awal kencing manis yang boleh berlaku.
Namun, sembilan tanda ini merupakan antara tanda tanda awal yang paling kerap berlaku dan sering diabaikan.
Oleh itu, jika anda alami salah satu daripada sembilan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan daripada doktor bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.
 
Sumber: hellodoktor.com 
The post Selain Dahaga & Kerap Buang Air, Ini Tanda Awal Diabetes Yang Ramai Orang Tak Perasan! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/selain-dahaga-kerap-buang-air-ini-tanda-awal-diabetes-yang-ramai-orang-tak-perasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 Jatuhnya Air Mata Seorang Lelaki Tanda Keikhlasan Persahabatan Bukan Senang Nak Cari Kawan Macam Ni

Vide0 Jatuhnya Air Mata Seorang Lelaki Tanda Keikhlasan Persahabatan Bukan Senang Nak Cari Kawan Macam Ni

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 398 hits
Mempunyai sahabat adalah keberuntungan seseorang tetapi mempunyai sahabat yang susah senang dan ada untuk kita di kala susah dan senang itu susah nak dapat Selalunya yang dipanggil sahabat itulah yang selalu ada untuk kita Terkini sebuah vi...
3 Tanda Tanda Mengandung Anak Pertama Diusia Awal Kehamilan

3 Tanda Tanda Mengandung Anak Pertama Diusia Awal Kehamilan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 543 hits
Assalamualaikum semuaHari ni saja je la aku tengok album album lama Ada gambar keluarga aku termasuk isteri dan juga anak anak Melihat gambar gambar diorang teringat kisah zaman zaman baru kahwin dan lagi best bila tengok gambar anak aku ya...
Hiburan Makin Berisi Kerap Usap Perut Netizen Perasan Baby Bump Neelofa

Hiburan Makin Berisi Kerap Usap Perut Netizen Perasan Baby Bump Neelofa

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 240 hits
Sering diajukan soalan sama ada sedang hamil namun pasangan Neelofa dan Haris Ismail lebih senang menguncikan mulut dan meminta doa yang baik sahaja daripada semua ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementHadir ke Mahkamah Seremban Negeri Sembilan ba...
Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 203 hits
Terberanak ketika buang air besar bayi maut Bayi baru lahir maut jatuh dalam mangkuk tandas Bayi yang baru dilahirkan maut terjatuh ke dalam mangkuk tandas selepas ibunya yang mengandung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkannya ketika...
Hiburan Sukar Tidur Bertukar Pendiam Sarimah Tak Sedar Ada Tanda Awal Kemurungan

Hiburan Sukar Tidur Bertukar Pendiam Sarimah Tak Sedar Ada Tanda Awal Kemurungan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 196 hits
Melalui keperibadian yang penuh dengan aura positif siapa sangka penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada iaitu Sarimah pernah melalui detik detik kemurungan selepas bersalin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTidak berselindung ...
Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

Tanda Tanda Paling Awal Kencing Manis Atau Diabetis Pada Lelaki Atasinya Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari Allah Boleh dikatakan rata rata rakyat Malaysia dan dunia masih lagi dalam kebimbangan terhadap pandemik Covid 19 dan hampir lupa akan masalah kesihatan lain yang sebenarny...
Afnan Tanda Cinta Kami 10 Tahun Tunggu Isteri Azmi Caliph Buskers Selamat Bersalin

Afnan Tanda Cinta Kami 10 Tahun Tunggu Isteri Azmi Caliph Buskers Selamat Bersalin

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 577 hits
Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanya NamaMu Azmi Saat selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi Menerusi perkongsian di laman Instagram ...
Hari Bhakti Postel 7 Karyawan Telkomgroup Diganjar Tanda Kehormatan Satyalancana

Hari Bhakti Postel 7 Karyawan Telkomgroup Diganjar Tanda Kehormatan Satyalancana

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 154 hits
Tanda Kehormatan Satyalancana Pembangunan diberikan Presiden RI melalui Kementerian Kominfo RI kepada para insan Postel yang telah berjasa terhadap negara dan masyarakat dalam pembangunan dalam industri Pos dan Telekomunikasi
Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 241 hits
1 Sakit di bahagian bahu Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang 2 Kebas tangan Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar 3 This is a content summary only Visit my website for full links...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization