Selagi Tidak Diuji Anda Tidak Tahu Lagi Masa Depan Perjalanan Kehidupan Anda
Tempohari aku post tentang aku mempersoalkan keikhlasan isu Ebit Lew didedahkan. Teruk juga aku dihentam. Siap ada yang tanpa silu tuduh aku pentaksub Ebit Lew walaupun aku mulakan tulisan aku dengan berkata aku memang skeptikal dengan sebarang jenis lebai.
Aku tak layan komen dalam post tersebut sebab aku tengok ramai yang berbalah sesama sendiri. Sebenarnya yang tuduh orang pentaksub Ebit Lew pun pentaksub Firdaus Wong. Dan itulah masalah yang aku nampak. Masing-masing percaya orang yang dia sokong lebih suci dari orang lain.Aku mulakan dengan berkata aku memang sangsi dengan semua lebai. Kerana atas pengalaman aku sendiri, memang mempercayai lebai ni ibarat ikat leher dengan tali kemudian berdiri atas bangku yang rapuh. Bila-bila masa boleh terjerut.Kenapa agaknya mudah bagi lebai untuk menipu?Kerana sikap orang kita juga yang suka menilai seseorang ikut luaran. Ikut kepada penampilan. Kalau orang pakai jubah serban, sahlah orang baik. Kalau nampak solat lima waktu tak tinggal, terus boleh percaya. Sedangkan soal percaya itu soal hati. Dan hati kita tak nampak.Ada sesetengah puak lagi bahaya. Asal lebai je dia anggap pandai. Dia anggap serba tahu. Padahal lebai tu belajar bab sastera Arab je. Tapi dia anggap bukan setakat pandai bab agama, siap pandai memerintah. Yang ini lebih bahaya.Semakin lama semakin ramai lebai curang. Kenapa agaknya? Bagaimana nak hentikan fenomena ini?Kita saja yang boleh hentikan perkara ini. Pertama, berhentilah tafsir sifat seseorang itu berdasarkan identiti luarannya. Berhenti berfikir yang asal berjubah dan berserban saja maka orang itu baik. Asal bergelar ustaz saja, dia boleh dipercaya. Kerana itulah punca yang jadikan mereka rosak.Kedua, letak kepercayaan kepada seseorang itu hanya selepas dia diuji. Tak kiralah lebai atau tidak. Kalau di lulus ujian, barulah boleh percaya. Contoh macam orang yang kata nak lawan judi, arak kalau dapat kuasa. Tapi bila dapat kuasa dia jadi pasu bunga. Itu tanda gagal ujian dan bodohlah kalau masih nak percaya orang sebegini.Ramai lebai jadi rosak kerana melihat bagaimana mudahnya masyarakat diperdaya hanya kerana perwatakan mereka. Dalam erti kata yang lain, sebenarnya masyarakatlah yang merosakkan para lebai ini kerana begitu mudah letakkan kepercayaan terhadap mereka. Kalau mereka tahu masyarakat tak mudah ditipu, nescaya mereka takkan berani menipu.Sebenarnya aku lebih risaukan lebai yang bukan menipu dua tiga wanita. Tapi menipu berjuta rakyat Malaysia. Bukan lebai yang minta gambar bogel wanita, tapi lebai yang minta nak memerintah negara.Sebab lebai begini kerjanya memecahkan belahkan umat Islam dengan fahaman takfir untuk dapatkan sokongan namun di penghujungnya mereka sama, kalau bukan lebih jahat lagi, dari pihak yang mereka takfirkan dahulu. Serius aku lebih risaukan lebai sebegini yang jelas merosakkan masa depan rakyat dan negara.Macam biasa, rakyat selalu keliru bila tiba soal meletakkan priority.Raja Gelap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/09/selagi-tidak-diuji-anda-tidak-tahu-lagi.html