Selagi Tiada Titah Baru Yang Rasmi Titah Terdahulu Masih Dikira Sah Dan Enggan Akur Tetap Dianggap Derhaka


 
Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada benar atau tidak Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan bahawa tiada keperluan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Parlimen akan datang.
Kenyataan bahawa baginda bertitah demikian hanya dimaklumkan melalui kata-kata dalam sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Wan Tunku Jaafar, bukan melalui kenyataan rasmi daripada Istana Negara.
Itu pun, Wan Junaidi memperolehi maklumat tersebut daripada pemberitahuan oleh Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kabinet, baru-baru ini.
Memandangkan Ismail Sabri adalah pihak yang berkepentingan dalam usul undi percaya itu, manakala Wan Junaidi pula berkepentingan terhadap Ismail Sabri yang melantiknya sebagai menteri, apa yang disebutnya mengenai perkenan Agong itu sudah tentu boleh menimbulkan keraguan serta kesangsian.
Selagi belum ada kenyataan media daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkenaan titah terbaru Agong itu, titah lama baginda bertarikh 18 Ogos lalu yang menitahkan Perdana Menteri yang baru dilantik perlu segera mengabsahkan kedudukannya di Parlimen adalah dikira masih sah dan terpakai.


Selain Wan Junaidi yang membawa khabar tersebut adalah menteri yang terhutang budi kepada Ismail Sabri sebab diberikan jawatan menteri, beliau juga bukanlah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang mempunyai autoriti untuk menyampaikan sesuatu titah bagi pihak Agong.
Maka, sehingga tiada titah baru berkenaan perkara itu dan berdasarkan kenyataan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bahawa tiada usul undi percaya dimasukkan dalam aturan mesyuarat Parlimen bermula 13 September depan sebagaimana jadual mesyuarat telah diterimanya, ini bermakna Ismail Sabri tetap dianggap telah derhaka kepada Agong.
Titah Agong pada 18 Ogos lalu iaitu dua hari selepas Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatannya, dengan jelas menyebut Perdana Menteri yang baru dilantik nanti hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul percaya di Parlimen untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Jika Ismail Sabri faham maksud perkataan secepat mungkin dalam titah Agong itu, beliau tidak ada sebab untuk tidak membenarkan usul undi percaya terhadapnya pada sidang Parlimen bermula 13 September ini.
Selepas sidang Parlimen pada 13 September ini, jika usul itu dibawa misalnya, ia sudah tidak menepati lagi maksud secepat mungkin dalam titah Agong tersebut.
Berpegang kepada titah Agong terdahulu yang masih sah itu, ternampak dalam hal ini, selain jelas derhaka, Ismail Sabri juga adalah seorang Perdana Menteri yang enggan patuh kepada titah Raja, suatu sikap yang bertentangan dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan yang sah bagi negara sejak merdeka.
Melalui prinsip Raja Berperlembagaan, Agong adalah ketua negara manakala Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan.
Kedudukan Agong diperkukuhkan lagi dalam Rukun Negara di mana Kesetiaan Kepada Raja dan Negara diletakkan di nombor dua selepas Kepercayaan Kepada Tuhan.
Ini bermakna, mengingkari titah Raja adalah sikap yang kedua terkutuk bagi sesiapa yang menjadi warganegara, lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.
Sebab itu keengganan Mahiaddin sebelum ini patuh kepada titah Agong berkaitan pembukaan Parlimen telah mengundang kecaman dan tekanan yang berterusan terhadapnya sehingga beliau akhirnya terpaksa meletakkan jawatannya.
Malaysia ini tidak harus ada Perdana Menteri atau ketua kerajaan yang tidak mahu mendengar titah Agong kerana ia merupakan contoh teladan yang sangat buruk untuk dilihat oleh rakyat, bahkan akan menjejaskan keharmonian dalam hubungan antara ketua negara dengan ketua kerajaan yang seharusnya saling bergandingan.
Perdana Menteri yang tidak boleh patuh kepada titah Raja bukan saja tidak diperlukan oleh negara, lebih daripada itu rakyat juga pasti tidak akan teragak-agak “menendangnya” bila tiba waktu pilihanraya. – 


ShahbudinHusin 07/09/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/selagi-tiada-titah-baru-yang-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 209 hits
Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen Bahkan Yang di Pertuan Agong ketika dihadap oleh semua ketua parti politik ...
Garang Baru Lantik Takut Tergugat Kot Kuasa Agong Juga Titah Suruh Adakan Pengesahan Dalam Dewan Lupa Ka Buat Buat Lupa

Garang Baru Lantik Takut Tergugat Kot Kuasa Agong Juga Titah Suruh Adakan Pengesahan Dalam Dewan Lupa Ka Buat Buat Lupa

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 248 hits
Kuasa mutlak Agong lantik PM tak perlu undi percaya kata PAS September 5 2021 PAS berpandangan tiada keperluan membentangkan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad PETALING JAYA Tiada keperluan...
Suami Tak Romantik Tak Apa Asalkan Sudi Melayan Layanlah Isteri Selagi Masih Ada Kesempatan

Suami Tak Romantik Tak Apa Asalkan Sudi Melayan Layanlah Isteri Selagi Masih Ada Kesempatan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 297 hits
Ajal dan maut kita ditangan Tuhan Tak ada seorang pun dari kita akan tahu bila tiba saatnya pasangan kita akan pergi selamanya Maka hargailah pasangan sebaiknya Layanlah isteri atau suami dengan penuh ikhlas selagi ada waktu Manjakanlah ist...
Starbucks Malaysia Masih Sah Pemegang Sphm Jakim

Starbucks Malaysia Masih Sah Pemegang Sphm Jakim

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 213 hits
Starbucks Malaysia masih sah pemegang SPHM Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah Ia sekali gus menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial Wh...
Bila Boleh Balik Nyanyian Harijadi Buat Abang Arw4h Siti Sarah Yang Masih Di Hosp1tal Seb4k Dengar Suara Dia

Bila Boleh Balik Nyanyian Harijadi Buat Abang Arw4h Siti Sarah Yang Masih Di Hosp1tal Seb4k Dengar Suara Dia

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 286 hits
Abang kepada Allahyarhamah penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin iaitu Firdaus Raisuddin yang pernah ditidurkan ak1bat dij4ngkiti w4bak c0vldl9 sebelum ini masih mendapatkan raw4tan dan keadaannya kini sudah stabil Difahamkan p4ru p4ru kan...
Kenapa Masih Tak Maju Sedangkan Semua Sumber Dan Pakar Kita Ada

Kenapa Masih Tak Maju Sedangkan Semua Sumber Dan Pakar Kita Ada

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 154 hits
KADANGKALA kita merasa sangat hairan negara sekecil Malaysia segala pakar sumber semua ada tetapi masih tidak maju berbanding dengan negara lain Thailand dan Vietnam sudah mula meninggal kita walaupun suatu ketika dahulu kita agak terkehada...
Hiburan Kes Masih Tinggi Imuniti Anak Rendah Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022

Hiburan Kes Masih Tinggi Imuniti Anak Rendah Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 314 hits
Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar menerusi sebuah hantaran Instagram ada tampil memberi sedikit pendapat mengenai keputusan kerajaan untuk membuka sekolah pyang dijadualkan pada 3 Oktober nanti Kata Dr Muszaphar sesi persekolah ...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar