Selagi Ada Sumbangan Politik Selagi Itu Jalan Kita Berlubang Lubang



SHAH ALAM - Isu jalan raya rosak tidak akan selesai jika peruntukan yang disalurkan bagi penyelenggaraan kemudahan itu masih mengalami ketirisan di setiap peringkat agihan tender kepada kontraktor.
Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran menguruskan sendiri pemberian tender kepada kontraktor dan menghapuskan amalan melantik syarikat konsesi seperti yang diamalkan sekarang.
“Selagi ada sumbangan politik, selagi ada pelobi di setiap peringkat dan selagi sistem penyelengaraan ini kena melalui kerenah birokrasi, maka isu jalan raya rosak ini tidak akan selesai.
“Di setiap peringkat mesti ada pihak yang buat untung atas angin. Contohnya bajet untuk buat jalan RM10 juta, tetapi hasil jalan yang dibuat nampak macam berharga RM500,000 sahaja.
“Ini kerana peruntukan itu sudah melalui banyak peringkat seperti kontraktor utama dan subkontraktor. Di peringkat ini akan ada pelobi atau pihak tidak berkepentingan mengambil untung.
“Mana peranan JKR jika pemantauan sudah diserahkan kepada pihak konsesi dan kontraktor utama," katanya.
Mengulas lanjut, ujarnya, sumbangan politik juga menjadi antara punca berlaku rasuah dalam sistem penyelenggaraan jalan raya di negara ini.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, ketirisan dalam sebarang projek penyelenggaraan jalan sudah lama berlaku dan masih belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.
Menurutnya, satu jawatankuasa pemantau wajar ditubuhkan pihak berkuasa untuk memastikan tender kepada kontraktor diberi secara telus.
“Saya tidak menafikan rasuah itu berlaku. Apabila peruntukan itu telah diberikan kepada kontraktor, pihak berkuasa mesti mempunyai jawatankuasa untuk memantau setiap kontraktor.
“Jawatankuasa pemantau ini seharusnya meneliti pemberian tender itu dan meneliti kualiti kerja setiap kontraktor agar mereka tidak menggunakan bahan yang murah atau tidak sesuai.
“Apabila kontraktor menggunakan bahan murah dan tidak berkualiti, ia menyebabkan jalan raya yang dibina tidak tahan lama sekali gus menyebabkan pelbagai masalah seperti jalan berlubang dan berbahaya kepada pengguna,” katanya.
Mengulas lanjut, Lam Thye menggesa semua kerajaan negeri mengumumkan peruntukan penyelenggaraan jalan yang diluluskan dalam bajet negeri setiap tahun.
Beliau berkata, rakyat perlu tahu peruntukan yang disediakan setiap tahun dan wang tersebut digunakan pada tempat yang sepatutnya.
CUACA JUGA PUNCA
Dalam pada itu, masalah cuaca seperti hujan dan suhu tinggi merupakan antara punca jalan raya mudah rosak sehingga mengundang kemalangan.
Pakar Keselamatan Jalan Raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, terdapat sesetengah bahan pembinaan jalan raya yang tidak sesuai digunakan di negara ini khususnya di kawasan yang selalu hujan.
“Semasa hujan, air boleh menyerap masuk melalui celah di antara agregat dan asfalt serta bertindak di bawah tekanan tayar. Akibatnya, bitumen menjadi lebih rapuh, retak dan seterusnya membawa kepada jangka hayat turapan yang lebih pendek.
“Sebab itu mungkin ada sesetengah bahan pembinaan jalan yang kurang sesuai digunakan di tempat yang selalu hujan.
“Ini kerana negara kita banyak hujan berbanding dengan negara lain. Ketika saya pergi London dahulu, dalam setahun pun tak banyak sangat hujan berbanding negara kita,” katanya.
Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, punca lain ialah masalah pengurusan penguat kuasa yang tidak sistematik.
“Pihak JKR sudah pasti ada satu sistem pengurusan penurapan yang mereka gunakan sebagai panduan untuk tahu berapa kali perlu mereka melakukan penyelenggaraan jalan.
“Tetapi jika sistem pengurusan mereka berkesan, kenapa jalan masih berlubang? Mereka mesti melihat semula sistem pengurusan mereka sama ada ia terkini atau tidak,” ujarnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/selagi-ada-sumbangan-politik-selagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Wanita Ahli Syurga 5 Tahun Bermadu Wanita Akui Poligami Itu Indah Buat Netizen Kagum

Hiburan Wanita Ahli Syurga 5 Tahun Bermadu Wanita Akui Poligami Itu Indah Buat Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 192 hits
Sedia maklum poligami sememangnya dibenarkan untuk lelaki beragama Islam sekiranya mereka mampu untuk menanggung wanita wanita yang dikahwini Bukan hanya menanggung malah jaga dari segi kebajikan dan bersikap adil Bagaimanapun tidak semua w...
Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel Cara Daftar Dan Mohon Kad Visa

Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel Cara Daftar Dan Mohon Kad Visa

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 320 hits
Antara keluhan bagi mereka yang suka atau bercuti keluar negara adalah caj yang dikenakan padan nilai tukaran wang asing kadang terlalu tinggi Lagi pula kalau cash tak cukup dan terpaksa keluarkan duit di mesin ATM di luar negara Caj ini me...
Apa Itu Perayaan Bon Odori

Apa Itu Perayaan Bon Odori

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comPANDUANKINI l Pesta Bon Odori yang berasal dari Jepun telah disambut di Malaysia sejak beberapa dekad lalu Perayaan tahunan yang diadakan di Shah Alam sahaja dilaporkan menarik kehadiran lebih 35 000 rakyat negara ini dan ek...
Perhati Dan Amalkan Budaya Peninggalan Tok Nenek Kita Yang Sangat Indah Itu Semula

Perhati Dan Amalkan Budaya Peninggalan Tok Nenek Kita Yang Sangat Indah Itu Semula

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 152 hits
Saya cari jumlah kes cerai pasangan yang berkahwin di negara kita dalam tempoh 50 tahun sudah salah satunya saya dapat statistik kes cerai dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2018 untuk negeri Selangor Ringkasan dari kes cerai bermula dari ta...
Tidak Semua Merah Itu Darah

Tidak Semua Merah Itu Darah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 165 hits
TIDAK SEMUA MERAH ITU DARAH Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih WARNA MERAH MACAM DARAH Rasanya ini yang dipasakkan daripada kita kcil lagi Warna sirap pun macam warna darah Asal merah je darah Memang...
Siapa Itu Orang Yang Tidak Bersyukur

Siapa Itu Orang Yang Tidak Bersyukur

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum semua salam hari jumaat buat semua semoga mendapat keberkatan di hari yang mulia ini Harini mama nak share sedikit tentang bersyukur Korang tau tak Siapa Itu Orang Yang Tidak Bersyukur tu Jom kita kenali dan berusaha lebih a...
Menjerit Membentak Itu Normal On Track Anak Belajar Kenal Emosi Diri

Menjerit Membentak Itu Normal On Track Anak Belajar Kenal Emosi Diri

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 145 hits
Kita mula pening bila anak buat bising menjerit sana sini Hakikatnya anak yang suka menjerit ini bila ada rasa tak puas hati adalah anak yang sihat perkembangannya Benar seperti yang dikongsikan oleh penulis keibubapaan di usia anak dua hin...
Hiburan Tegur Orang Itu Ini Tapi Caprice Buat Trend Tiktok Siap Nampak Peha Undang Kecaman Netizen

Hiburan Tegur Orang Itu Ini Tapi Caprice Buat Trend Tiktok Siap Nampak Peha Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 158 hits
Penyanyi rap atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah memuat naik video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama isteri Farra Innalis membuat trend TikTok telah mengundang kecaman netizen Menerusi video tersebut dilihat pasa...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2