Sektor Industri Lama Langgar Sop Lockdown Februari Ini Untuk Apa






Sektor industri lama langgar SOP, lockdown Februari ini untuk apa?Oleh: Redzuan RF8 MediaJanuary 26, 2021ShareTindakan kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mungkin melakukan lockdown ketat menutup ekonomi seperti yang tersebar dalam surat EUMalaysia Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) kepada para anggotanya dipertikaikan.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan langkah yang dicadangkan dibuat pada 4 Februari ini sebagai pelik kerana sektor industri sebelum ini tidak dikenakan sebarang tindakan tegas biarpun kerajaan telah maklum banyak pelanggaran SOP berlaku.
“Surat itu merujuk satu mesyuarat bertarikh 22 Januari 2021 yang menjelaskan kepada wakil-wakil industri bahawa Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti sektor pembuatan sebagai punca utama penularan wabak Covid-19 di negara ini.
“Maklumat semacam ini menimbulkan beberapa persoalan terkait langkah kerajaan dalam mengemudi negara saat pandemik hari ini.
“Sekiranya kerajaan mengakui majoriti jangkitan Covid-19 berlaku di kalangan pekerja-pekerja asing dan di asrama-asrama mereka, maka atas alasan apa kerajaan merasakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini akan berjaya mengurangkan penyebaran Covid-19 di sektor tersebut?
“Tindakan kerajaan untuk tidak menutup sektor yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi hanya akan melanjutkan tempoh PKP, sambil mengesankan jutaan warga yang lain yang sedang memainkan peranan masing-masing dalam membendung penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan, negara telah memasuki bulan kedua belas sejak permulaan pandemik dan 312 hari sejak diumumkan PKP 1.0 di Malaysia.
Katanya, kadar penularan yang tinggi dalam kalangan pekerja asing telah dikenalpasti sekurang-kurangnya empat bulan lalu. Terdapat banyak laporan yang menyatakan berlakunya pelanggaran SOP di asrama-asrama pekerja asing. Mengapa syarikat dan kilang-kilang masih dibenarkan beroperasi tanpa dikenakan hukuman?
“Kerajaan mempunyai masa cukup untuk pantau dan kuatkuasakan SOP, tapi itu tidak berlaku. Negera jiran Singapura telah melaksanakan ujian besar-besaran di kalangan pekerja asing di sana, manakala Malaysia masih acuh tak acuh dalam melaksanakannya. Padahal ia langkah yang paling penting dan boleh dilaksanakan.
“Surat EUROCHAM itu termasuk syor-syor oleh MITI pada sektor pembuatan. Cadangan-cadangan ini sepatutnya telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu. Sekarang masa untuk penguatkuasaan yang tegas, bukan memberi muka pada sektor-sektor ini.
“Surat itu juga mengesahkan apa yang dirasakan oleh ramai rakyat seperti yang dipanjangkan kepada saya bahawa langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19 cukup lemah dan ketinggalan,” katanya.
Selain itu, Anwar juga mempertikaikan kenyataan Kementerian Kewangan yang mengelirukan kononnya langkah PKP sekarang ini tidak membawa dampak besar ke atas ekonomi kita kerana banyak sektor masih dibenarkan beroperasi termasuk sektor pembinaan dan pembuatan.
Katanya, sekiranya penutupan penuh dijangka akan dilakukan pada 4 Februari, dan alasan untuk melaksanakannya telah diketahui seawal 22 Januari, maka kenyataan Menteri Kewangan tersebut ternyata bohong dan mengelirukan.
“Keyakinan para pelabur bercambah dari kebijakan yang konsisten dan penegakan hukum yang jelas. Cara dan sikap kerajaan dalam mengawal situasi kemelut hari ini, terutamanya sejak Pilihanraya Negeri Sabah semakin mengarut dan cacamarba.
“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang tinggi tahap kesabarannya dan sanggup untuk mengambil jalan susah bersama demi semua dan juga masa depan. Tetapi mereka tidak mudah diperbodohkan. Mereka juga dapat merasakan kerajaan ini sudah tidak dapat mengawal keadaan dan situasi kemelut hari ini.
“Menyatakan bagi pihak ribuan peniaga yang telah menzahirkan rasa kecewa mereka kepada saya beberapa bulan yang lalu, saya timbulkan persoalan bagaimana sebuah kabinet yang mempunyai anggota paling ramai dalam sejarah dan beroperasi dalam darurat tidak mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab paling asas bagi membendung wabak ini? Apa yang menghalang mereka sebenarnya?” tanya Anwar.
Pengerusi Pakatan Harapan itu juga berkata, sekiranya PKP yang lebih tegas diumumkan tanpa dukungan kewangan yang munasabah kepada para peniaga dan keluarga yang memerlukan, maka banyak syarikat akan gulung tikar.
“Tanpa rencana yang jelas dalam mengekang wabak rakyat akan bersendirian sehinggalah vaksin tiba. Khabarnya kita harus menunggu lagi 15 bulan dari sekarang untuk menerimanya.
“Kita harus juga mengakui bahawa sebelum zaman pandemik ini, syarikat-syarikat ini telah membayar cukai secara konsisten kepada kerajaan sebanyak RM70 bilion setahun.
“Tahun lalu kerajaan PN cuba mengelak dan melambatkan sidang Parlimen berkali-kali sebagai rencana mereka untuk mengelak cubaan untuk mencabar majoriti mereka yang sebenarnya tidak wujud. Kerana itu, rakyat Malaysia menderita dalam bentuk kelewatan pakej rangsangan ekonomi.
“Tahun ini kerajaan PN berhasrat untuk mengelak sidang Parlimen lagi sekali, menyorok di belakang Pengisytiharan Darurat. Kesannya nanti pasti akan memanjangkan penderitaan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar mendesak untuk diadakan Sidang Khas Parlimen, dengan persetujuan Agong, bagi membincangkan pelbagai isu dan memungkinkan kebijakan yang munasabah, rasional dan mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/sektor-industri-lama-langgar-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Orang Kuat Yadim Didakwa Warganet Langgar Sop Cegah Covid 19

Menteri Agama Orang Kuat Yadim Didakwa Warganet Langgar Sop Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 263 hits
FAZLI RADZIHanya selepas tiga bulan keluar dari wad pulih jangkitan Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri didakwa netizen melanggar pematuhan prosedur operasi standard Turut sama dilihat berkump...
Agih Ayam Langgar Sop Pkp Pemuda Umno Putrajaya Dikompaun

Agih Ayam Langgar Sop Pkp Pemuda Umno Putrajaya Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 300 hits
PUTRAJAYA 3 Jamadilakhir 1442H Sabtu Penganjur program pengedaran ayam beku di Presint 9 pada Khamis lalu Pemuda UMNO Putrajaya dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Perkara terse
Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 381 hits
KERAJAAN HANYA PERLU LOCKDOWN KILANG DAN INDUSTRI BUKAN MANGSAKAN PERNIAGAAN KECIL DAN RAKYAT MARHAEN Hari ini 23 hb Hanya 3 Hari lagi sepatutnya PKP 2 minggu pertama tamat Malang seperti di Selangor sendiri kenapa kes makin melonjak kenapa...
Jamuan Punya Pasal Ahli Kariah Surau Didenda Langgar Sop

Jamuan Punya Pasal Ahli Kariah Surau Didenda Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 244 hits
Gara gara menganjurkan satu jamuan ringkas beberapa ahli kariah sebuah surau di Seremban berdepan tindakan undang undang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Menerusi ciapan dimuatnaik MyWatch di Twitter kesemua ahli kariah didenda ...
Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 198 hits
Musa Hassan KUALA LUMPUR Kerajaan diminta tidak membebankan rakyat dengan meningkatkan denda kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan berkata rakyat sema...
Pelabur Asing Tahu Lebih Awal Total Lockdown Bulan Februari

Pelabur Asing Tahu Lebih Awal Total Lockdown Bulan Februari

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 316 hits
Mengapakah jangkitan Covid 19 sektor industri tidak dimaklum kepada usahawan Malaysia Rakyat Malaysia kesal terhadap kenyataan Dewan Perdagangan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia yang tular di media sosial mendedahkan pegawai tinggi Kem...
Mb Kedah Melepak Berlatarkan Lambang Pas Langgar Sop Gagal Pakai Pelitup Muka

Mb Kedah Melepak Berlatarkan Lambang Pas Langgar Sop Gagal Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 272 hits
FAZLI RADZIMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor buat sekian kalinya dilihat melanggari prosedur operasi standard pencegahan Covid 19 termasuk tidak mengenakan pelitup muka Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri berkenaan bersama kira kira ...
Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 365 hits
BernamaKenyataan itu turut menyebut dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan Gambar fail KUALA LUMPUR Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi ...
Sik Demi Upah Rm500 Bawa Ketum Ke Kelantan Penganggur Sanggup Langgar Sop Pkp

Sik Demi Upah Rm500 Bawa Ketum Ke Kelantan Penganggur Sanggup Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 386 hits
Demi upah sebanyak RM500 seorang penganggur sanggup melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan dengan menyalahgunakan surat kebenaran rentas daerah untuk membawa 100 bungkusan daun ketum dari Naka di Kuala Nerang Kedah ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi