Sektor Hartanah Merosot Hingga 30
Wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan menyebabkan penjualan hartanah merosot sehingga 50%
Menurut Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Lim Boon Ping kenaikan jualan pada Disember 2019 tidak bermakna apabila PKP dikuatkuasakan dan industri kembali merosot. Malah penjualan pada tahun sebelum ini juga sukar diteruskan berikutan ajen hartanah tidak mungkin menemui pembeli.
“Jualan hartanah memerlukan interaksi manusia. Pemeriksaan hartanah, melawat kawasan sekitar, menyerahkan kunci, pemindahan, malah menandatangani perjanjian jual beli, semua ini memerlukan kontak rapat
“Kita tidak boleh buat semua itu ketika ini, dan sudah pasti ia beri kesan kepada pendapatan kami. Kami hanya boleh menerima komisen selepas perjanjian ditandatangani,” katanya dipetik The Malaysian Insight
Pemain industri menjangkakan impak ekonomi disebabkan wabak koronavirus akan menjadi punca kemelesetan di peringkat global.
Mereka menjangkakan perdagangan dalam sektor hartanah akan menurun sehingga 30%, sama seperti prestasi industri berkenaan selepas krisis kewangan Asia pada 1997.
Perdagangan dalam sektor ini berkembang pada 2013 dan menurun pada tahun berikutnya, namun ia sekali lagi meningkat pada 2018, sekaligus memberikan harapan kepada pemain industri yang terkesan dengan pandemik.
Pengarah Urusan Ejen Hartanah Esprit, Aldrin Tan berkata, selepas gelombang pasca PKP, jualan hartanah mungkin perlahan kerana ramai yang masih mahu tunggu dan lihat kerana kemelesetan.
Tan berkata terdapat permintaan yang baik dalam sektor hartanah di Malaysia namun ia tidak semestinya diterjemah ke dalam bentuk jualan. Katanya, kini bagi ejen ia adalah mengenai berapa lama dan berapa banyak pendapatan mereka akan terjejas.
Tan yang menceburi sektor hartanah selama 25 tahun berkata, pemain industri optimis berikutan peningkatan jualan pada Disember 2019 dan Januari tahun ini.
“Jualan meningkat kira-kira 0.6% pada tahun 2018, jadi industri masih ada harapan. Data lengkap untuk 2019 belum selesai, tetapi separuh pertama tahun lepas adalah lebih baik daripada tempoh yang sama pada 2018, jadi ia kelihatan seperti 2019 adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Oleh sebab pertumbuhan, kebanyakan kita lebih yakin dengan sektor ini berbanding tiga atau empat tahun sebelumnya,” katanya.
Dengan pelaksanaan PKP yang memasuki minggu ketiga dan Covid-19 masih merosakkan bahagian lain di dunia, Tan mengatakan optimisme dalam sektor ini telah hilang.
Beliau berkata ekonomi global terjejas teruk, tetapi ini tidak sama seperti krisis kewangan Asia 1997 dan krisis gadai janji subprima tahun 2008, kedua-duanya mempengaruhi sektor terpilih manakala sektor lain tidak terjejas.
Krisis ekonomi terburuk
Bagaimanapun, pandemik telah menyebabkan banyak negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan, dan Tan berkata ia mungkin merupakan krisis ekonomi paling teruk dalam tempoh 100 tahun.
“Kebanyakan orang tidak optimis, pengangguran dijangka meningkat, pembuatan domestik akan menurun, penggunaan global dan perbelanjaan juga akan terjejas.
“Walaupun nilai ringgit turun, ia tidak membantu eksport kita,” katanya.
Tan berkata jumlah ejen harta tanah yang memilih untuk meninggalkan bidang ini akan ditentukan oleh berapa lama pendapatan mereka terjejas.
Sebagai contoh katanya, selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1997, sektor harta tanah Malaysia mengambil masa dua tahun untuk pulih dan keadaannya sama dalam krisis tahun 2008.
Tan berkata, ia banyak bergantung kepada berapa cepat sektor harta tanah dapat pulih berikutan pandemik.
“Sepanjang empat tahun kelembapan di sektor ini, semua orang bekerja keras dan bertahan, tetapi kali ini berapa lama dan berapa buruk? Jika ini berlarutan, saya rasa ramai akan memilih untuk hentikan operasi,” katanya.
Tan berkata penunjuk ekonomi kini sama dengan krisis 1997 dan jualan dijangka menurun. Menurutnya, beliau tidak terkejut jika jatuh lebih tinggi daripada 30% yang diunjurkan.
Selepas sektor hartanah Malaysia memuncak pada tahun 2013, Tan berkata, pengurangan jualan adalah anggaran 20% tetapi dalam tempoh empat tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/27100