Sekolah Zon Merah Ditutup Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah


Kenaikan kes Covid-19 yang mendadak beberapa hari ini membuatkan rata-rata ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak ke sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja sendiri, bimbang terkesan jika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi. Pun begitu, keyakinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit meyakinkan rakyat yang sudah pun mulai gundah gulana mengenai hal ini.
Namun Perdana Menteri meyakinkan seluruh rakyat Malaysia bahawa tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown selepas kenaikan mendadak kes Covid 19 sejak beberapa hari ini.
Katanya melalui Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial petang tadi, kerajaan setakat ini tidak memikirkan untuk ke arah itu walaupun ramai ibu bapa sudah mulai gusar.

 
“Langkah itu jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah,” katanya.
Walaubagaimanapun kerajaan terpaksa memutuskan untuk menutup beberapa buah sekolah yang berada di Zon Merah demi memastikan keselamatan mereka terjamin. Adalah membimbangkan jika kanak-kanak di zon ini dibenarkan untuk terus bersekolah. Inilah yang sebaiknya dilakukan.
“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah. Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan-kawasan yang zon merah tersebut adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.

“Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes COVID di sekolah di seluruh negara. Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya.
“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah,” katanya lagi.
Malah katanya lagi, jika dirasakan perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekatan Rentas Negeri
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.
Namun melalui perbincangan yang dilakukan, kerajaan memutuskan untuk memulakan sekatan ini bermula 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020 selepas menimbang beberapa perkara.
“Setelah berbincang dengan Dato’ Seri Ismail Sabri, saya telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan. Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka.

“Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020, “katanya lagi.
Kerajaan ketika ini hanya menguatkuasakan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.
The post Sekolah Zon Merah Ditutup! Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekolah-zon-merah-ditutup-turut-sekat-pergerakan-keluar-dari-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Sekolah Di Daerah Klang Selangor Ditutup Mulai Esok Khamis 8 Oktober 2020 Kerana Zon Merah Covid19

Semua Sekolah Di Daerah Klang Selangor Ditutup Mulai Esok Khamis 8 Oktober 2020 Kerana Zon Merah Covid19

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 622 hits
Semua sekolah yang telah disahkan Zon Merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia diarahkan ditutup mulai esok 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020 iaitu selama 16 hari Ini berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia yang t...
Sabah Berjaya Keluar Dari Zon Penyingkiran Liga Super

Sabah Berjaya Keluar Dari Zon Penyingkiran Liga Super

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 438 hits
Melaka mensia siakan peluang untuk melonjak ke kelompok empat pasukan terbaik selepas dikejutkan Sabah 3 2 pada aksi di Stadium Likas Sabah raih tiga mata berharga Sabah memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila melakar kejuta...
Semua Sekolah Di Sabah Ditutup

Semua Sekolah Di Sabah Ditutup

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 603 hits
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Okt sehingga 25 Okt memandangkan kes di negeri itu masih menunjukkan peningkatan Dalam tempoh penutupan sekolah ini pentadbir sekolah diarah memastikan guru guru s...
Zon Merah Periksa Nama Sekolah Tutup Di Klang Dalam Portal Kpm

Zon Merah Periksa Nama Sekolah Tutup Di Klang Dalam Portal Kpm

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 484 hits
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membersihkan kawasan pusat pemindahan mangsa bencana di Sekolah Kebangsaan Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ibu bapa penjaga dan warga sekolah boleh melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui...
205 Sekolah Di Sabah Ditutup 14 Hari

205 Sekolah Di Sabah Ditutup 14 Hari

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 457 hits
Sebanyak 205 sekolah di Sabah ditutup selama 14 hari ekoran penularan wabak Covid 19 di negeri itu kata Timbalan Menteri Pendidikan II Muslimin Yahaya Penutupan itu membabitkan lima kawasan iaitu Semporna Lahad Datu Tawau Kunak dan Kinabata...
Sekolah Ditutup 8 Hari Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Berkempen Di Sabah Disahkan Positif Covid 19

Sekolah Ditutup 8 Hari Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Berkempen Di Sabah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 477 hits
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengarahkan SK Permatang Janggus di Penaga ditutup selama lapan hari susulan seorang guru wanita disahkan positif Covid 19 Pengarah JPNPP Abdul Rashid Abdul Samad berkata arahan itu dikeluarkan bagi me...
Covid 19 Jpn Sabah Tutup Operasi Pejabat Di Zon Merah

Covid 19 Jpn Sabah Tutup Operasi Pejabat Di Zon Merah

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 389 hits
59 total views 59 views today KOTA KINABALU Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menutup operasi semua pejabatnya yang terletak di kawasan zon merah mulai 12 Okt ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian Pengarah JPN Sabah Khairr...
Unimap Tangguh Kemasukan Penuntut Dari Sabah Zon Merah

Unimap Tangguh Kemasukan Penuntut Dari Sabah Zon Merah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 350 hits
ARAU Universiti Malaysia Perlis menangguhkan kemasukan penuntut baharu dan sedia ada dari Sabah atau mana mana kawasan zon merah Covid 19 ke kampus tersebut berikutan situasi semasa pandemik itu yang semakin meruncing Malah penuntut dari ka...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Interview

Wanita Terkejut Disapa Mat Saleh Fasih Bahasa Melayu Ketika Di Switzerland