Sekolah Sekolah Di Kuala Lumpur Akan Diperkenalkan Dengan Silibus E Sukan


PERANCANGAN rapi yang dijalankan oleh Persatuan Sukan Elektronik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ESKL) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) untuk menjadikan e-Sukan sebagai silibus di semua sekolah menengah di Kuala Lumpur bakal direalisasikan pada awal tahun depan.
Usaha yang telah dijalankan sejak September tahun lalu sepatutnya dilancarkan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum bermula Jun lepas tetapi ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
Presiden ESKL, Hisham Darus mengakui usaha untuk mempromosikan e-Sukan perlu dilakukan di peringkat akar umbi sekali gus mengubah persepsi bidang itu secara menyeluruh kepada pelajar, ibu bapa dan guru.
“Meskipun sudah membuat persediaan awal sejak tahun lalu, perbincangan terpaksa ditangguhkan kerana Covid-19 dan kini kami menyasarkan pengenalan silibus e-Sukan pada suku pertama tahun depan.
“Jika dapat dilaksanakan se­awal bulan permulaan sesi persekolahan pada Januari lebih baik, tetapi kalau tidak, paling lewat pun adalah Mac nanti dan saya harap kali ini segalanya berjalan lancar.
“Saya percaya apabila pem­belajaran e-Sukan ada di peringkat sekolah, ia dapat memberi manfaat besar dan paling utama, membuka mata bukan hanya pelajar, malah ibu bapa, guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hisham percaya jika ia berjaya dilaksanakan di Kuala Lumpur, tidak mustahil persatuan e-Sukan serta majlis sukan di negeri lain akan be­kerjasama dan berusaha untuk membawa silibus ini ke peringkat nasional.
“ESKL sememangnya meletak­kan harapan tinggi untuk menjadi perintis agar silibus ini boleh dibawa sebagai agenda nasional pada masa depan. Secara jujur, remaja kita semua sudah menuju ke arah digital dengan mempu­nyai akses kepada telefon pintar serta konsol permainan video.
“Justeru, tidak salah jika mereka memanfaatkan apa yang ada dengan menambahkan sedikit fokus bagi memastikan platform e-Sukan ini digunakan ke arah positif dan saya percaya hanya pembelajaran di sekolah boleh merealisasikan harapan tersebut.
“Apa yang pasti, besar cita-cita kami dalam usaha meningkatkan lagi ranking Malaysia sebagai peneraju e-Sukan di Asia Tenggara memandangkan ketika ini kita hanya menduduki tangga keempat di belakang Indonesia, Singapura dan Filipina,” katanya.
Meskipun kos untuk mele­takkan kokurikulum e-Sukan ke peringkat sekolah agak tinggi, Hisham mengakui bantuan yang diberikan oleh MSWP dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah banyak memberi bantuan.
“Kita tidak boleh buat kerja sewenang-wenangnya dalam usaha mempromosikan e-Sukan kerana silibus kokurikulum amat pen­ting. Perancangan kami selepas ini mungkin bakal adakan kejohanan e-Sukan di peringkat sekolah dan wilayah Kuala Lumpur.
“Justeru, semuanya memakan kos tinggi tetapi saya sangat gembira kerana MSWP dan KBS banyak membantu dan saya rasa nanti kita tidak akan mempunyai masalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu,” kataya.
Pada masa sama, Hisham mengesahkan hanya tiga permainan video yang dicadangkan untuk dimasukkan sebagai silibus di peringkat sekolah iaitu FIFA 21, Pro Evolution Soccer (PES) 2021 dan Formula Satu (F1).
“Sebagai permulaan, FIFA 21, PES 2021 dan F1 menjadi judul percubaan untuk diketengahkan kepada pelajar. Kami bukan tidak mahu membawa masuk permainan video terkenal se­perti Mobile Legends, Dota dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), tetapi takut tanggapan itu akan berubah menjadi negatif,” katanya.
Sumber :-Kosmo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/sekolah-sekolah-di-kuala-lumpur-akan-diperkenalkan-dengan-silibus-e-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantai Hospital Kuala Lumpur Donates Rm60 000 For Breast Cancer

Pantai Hospital Kuala Lumpur Donates Rm60 000 For Breast Cancer

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 399 hits
Breast Prostheses And Mastectomy Brassiere For The Underprivileged Pantai Hospital Kuala Lumpur through its signature annual breast cancer initiative the Wear It Pink Campaign donated RM60 000 to the National Cancer Society of Malaysia and ...
5 Western Restaurants You Must Check Out In Kuala Lumpur

5 Western Restaurants You Must Check Out In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum wbt 5 Western Restaurants You Must Check Out in Kuala LumpurMalaysia merupakan syurga makanan Lagi lagi untuk kawasan Kuala Lumpur yang serba serbi jenis makanan ada Pelbagai menu boleh didapati dengan mudah termasuklah untu...
Kwsp Tutup Pejabat Di Selangor Kuala Lumpur Dan Labuan

Kwsp Tutup Pejabat Di Selangor Kuala Lumpur Dan Labuan

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 286 hits
M Update 21 10 2020 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menutup sementara pejabat dan kaunter agensi itu di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat da...
Persatuan Hoki Kuala Lumpur Sasar Seribu Bakat Dalam Lima Tahun

Persatuan Hoki Kuala Lumpur Sasar Seribu Bakat Dalam Lima Tahun

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 27 Okt Persatuan Hoki Kuala Lumpur menyasarkan untuk melahirkan seribu bakat baharu hoki dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi inisiatif pembudayaan kelab hoki di Kuala Lumpur Presiden PKHL Datuk Seri Megat D Shahriman Z...
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 466 hits
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane Kuala Lumpur Selamat petang semua eh harini Cikza nak berkongsi berita gembira Baru baru ini korang ingat lagi tak Cikza ada buat rayuan dekat BPH Putrajaya untuk dapatkan kuarters di Jalan Coch...
Port Bergambar Di Jalan Panggung Kuala Lumpur

Port Bergambar Di Jalan Panggung Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 364 hits
Masa kami kayuh basikal hujung minggu lepas kami memasuki laluan jalan lama sekitar Dataran Merdeka Central Market Puduraya Kotaraya dan menghala ke Stesen Bas Jalan Pasar Seni Bila masuk kawasan bangunan lama berdekatan dengan Petaling Str...
Mural Berinspirasikan Apec 2020 Hiasi Kuala Lumpur

Mural Berinspirasikan Apec 2020 Hiasi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 423 hits
Sejak kebelakangan ini anda perasan tak fenomena lukisan mural atau semburan cat pada dinding bangunan semakin menarik perhatian ramai Selalunya lukisan ni ada di kawasan tertentu dengan penerapan mesej tersendiri Sangat cantik dan tertarik...
Tempat Popular Pintasan Saloma Link Bridge Kuala Lumpur

Tempat Popular Pintasan Saloma Link Bridge Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 820 hits
Ini dia lokasi yang tengah viral di Kuala Lumpur Pintasan Saloma Adakah anda ingin mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan dengan cahaya berwarna di Kuala Lumpur Masuk percuma dengan pemandangan bangunan KLCC dan juga pencakar langit la...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida