Sekolah Aliran Bahasa Inggeris Lebarkan Jurang Pendidikan Bandar Luar Bandar Kata Persatuan Guru


 
iGuru berpendapat, pengajaran Bahasa Inggeris perlu ditumpukan kepada aspek komunikasi dan bukan berkonsepkan peperiksaan di peringkat Darjah 1, 2 dan 3.PETALING JAYA: Sebuah persatuan guru menolak cadangan kumpulan ibu bapa yang mahu sekolah beraliran Bahasa Inggeris diwujudkan di setiap negeri, sambil menegaskan ia hanya akan melebarkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar.
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan, berkata, diskriminasi itu akhirnya akan menutup peluang murid daripada keluarga berpendapatan rendah sedangkan sistem pendidikan perlu adil dan saksama bagi semua orang.
“IGuru tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia dan mesti dikuasai murid-murid terutama untuk mereka belajar dalam bidang sains dan teknologi.
“(Namun) pengajaran Bahasa Inggeris perlu ditumpukan kepada aspek komunikasi dan bukan difokuskan kepada berkonsepkan peperiksaan di Tahap 1 (Darjah 1,2,3),” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, penguasaan murid terhadap Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan menerusi program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dengan penekanan kepada penyediaan tenaga pakar, prasarana dan kesediaan murid.
“KPM perlu kembali memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid dengan pendekatan yang lebih akomodatif, konstruktif, dinamik dan holistik,” katanya.
FMT sebelum ini melaporkan kumpulan ibu bapa mencadangkan agar setiap negeri mempunyai sebuah sekolah beraliran Bahasa Inggeris yang membolehkan murid-muridnya menjadi guru bahasa itu nanti.
“Ini akan memastikan aliran guru mahir Bahasa Inggeris yang konsisten,” kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Noor Azimah Abdul Rahim.
Cadangan itu menyusuli pendedahan Menteri Pendidikan Radzi Jidin bahawa guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam tidak mencukupi.
Mengulas lanjut, Azizee berkata, dalam usaha melahirkan murid yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, KPM perlu memastikan penyediaan tenaga pakar guru mata pelajaran berkenaan, selain mengkaji keberkesanan Program Dwibahasa (DLP) di sekolah.
“(Ini kerana) sebahagian guru Sains dan Matematik tidak menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris di dalam kelas dan lebih selesa menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar KPM mencari pendekatan baharu bagi pengajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan olahan terkini sesuai dengan perkembangan pembelajaran secara digital. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/sekolah-aliran-bahasa-inggeris-lebarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Temuduga Guru Interim Bahasa Inggeris Dan Guru Interim Tahfiz Ambilan Tahun 2019

Semakan Keputusan Temuduga Guru Interim Bahasa Inggeris Dan Guru Interim Tahfiz Ambilan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 342 hits
Semakan Keputusan Temuduga Guru Interim Bahasa Inggeris Dan Guru Interim Tahfiz Ambilan Tahun 2019 Khabar gembira buat bakal bakal cikgu yang telah hadir temuduga pada 03 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022 Hari ini bakal bakal guru boleh menyemak ...
Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 277 hits
April 18 2022 Anwar Ibrahim mengakui turut mengalami sedikit hakisan sokongan daripada pengundi Melayu selepas mengambil pendirian untuk terus bersama DAP PETALING JAYA Tahap kecurigaan pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar terha...
Dynamic Qr Code Dskp Pendidikan Islam Bahasa Arab Tahun 1 6

Dynamic Qr Code Dskp Pendidikan Islam Bahasa Arab Tahun 1 6

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 639 hits
QR CODE DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 6 QR CODE DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 6
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 750 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Mengenal Lebih Dekat Gagasan Persatuan Soekarno Lewat Kata Isme

Mengenal Lebih Dekat Gagasan Persatuan Soekarno Lewat Kata Isme

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 230 hits
Sedangkan menurut Peneliti Sigmaphi Reno Koconegoro kaum nasionalisme itu tidak menilai paham Islamisme menjadi rasis Tapi yang diajarkan Bung Karno gagasan Marxisme menjadi nasionalis islamisme
Garis Panduan Aktiviti Pertandingan Adab Dan Nilai Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 222

Garis Panduan Aktiviti Pertandingan Adab Dan Nilai Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 222

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 1181 hits
MUAT TURUN SEGALA BAHAN RUJUKAN DAN GARIS PANDUAN ADNI KPM TAHUN 2022 Surat Makluman Garis Panduan MQSS Garis Panduan FKISS Garis Panduan IHTIFAL LUGHAWI Garis Panduan KAFOA
Dia Nak Jadi Surirumah Berpendidikan Kata Kata Murid Tahun 2 Buat Guru Kagum

Dia Nak Jadi Surirumah Berpendidikan Kata Kata Murid Tahun 2 Buat Guru Kagum

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 260 hits
Apa yang kita lakukan setiap hari sememangnya dilihat dan dinilai oleh anak anak kecil kita Kata kata seorang anak kecil yang mahu menjadi suri rumah malah mencontohi kebaikan ibunya setiap hari benar benar membuatkan kita terkesima Kisah v...
Ikut Pengetua Dan Guru Besar Sesebuah Sekolah Kalau Jenis Gila Nak Menunjuk Rasakan Guru Lah

Ikut Pengetua Dan Guru Besar Sesebuah Sekolah Kalau Jenis Gila Nak Menunjuk Rasakan Guru Lah

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 339 hits
Kerjaya guru ini sebenarnya menyeronokkan bagi yang meminati Aku percaya lebih separuh yang jadi guru hari ini memang meminati kerjaya ini Namun apa yang terjadi tugas guru hari ini bukan hanya mengajar bahkan terbeban dengan tugas perkeran...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak