Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah


 RENCANA KHAS 

Abdul Hadi kerap berkerusi
roda untuk bergerak.ADA maklumat separa matang dari pihak Pas, bukan dalaman tetapi luaran, bahawa Abdul Hadi Awang kemungkinan akan berundur sebagai presiden Pas. Beliau akan mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2002, sudah lebih dua dekad itu.  

Perkara ini juga ada disebut dalam sebuah laporan portal berita. Alasan diberikan wajar, kerana masalah kesihatan beliau. Memanglah Haji Hadi dalam usia 78 tahun dari sudut biologi penduduk Asia sudah dikira lanjut, tidak sekuat dulu. Beliau sama usia dengan Anwar Ibrahim. Anwar pun sudah dua kali mengaku dia keletihan dan kepenatan. Katanya dia dilihat laju berjalan, tetapi kepenatannya orang tak dapat merasai.
 
“Orang tengok I cepat berjalan, tetapi hakikatnya orang tak tahu…dan sedikit masa lagi saya sudah masuk 80 tahun,” katanya ketika berucap di kongres Keadilan di Johor Bahru.

 
Memang kedua tokoh ini kita sayang dan mengimpikan mereka dapat bersama untuk membawa dimensi baru dalam politik orang Melayu dipasca merdeka. Persandingan mereka berdua memberi signifikan hebat untuk bangsa dan negara. Banyak perkara kepentingan bersama dapat dilaksanakan sekiranya mereka tidak membuang masa dengan masalah-masalah khilafiyah politik. 



Mereka sudah mulakan.


Sebenarnya mereka sudah pun memulakannya, menggerak agenda itu sebelum ini, sejak tahun 70an lagi ketika sama-sama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Di era awal kebangkitan Islam mereka berganding tangan. Perubahan besar dalam sosial dan persepktif agama di negara ini sudah bermula dan dapat dirasakan. Namun sedikit terkilan perjalanan jihad mereka meruncing di hujung, apabila Anwar menyertai Umno menyebabkan agenda terbantut dijalanan. 

Mereka gagal menemukan titik persamaan untuk mengolah perjuangan (jihad Islami) itu. Jalur perjalanan mereka seperti rel keretapi yang selari dan tidak ada titik temu atau bercantum dihujung. Situasi itu ditambah dek permainan musuh-musuh agama dan bangsa yang tidak mahu melihat mereka berjabat tangan.Tak mengapa. Bagi Anwar beliau sudah berjaya, kerana sudah jadi PM, setidak-tidaknya cita-cita dan political willnya, sudah berjaya. Cuma Haji Hadi masih diawan awanan lagi. Tanpa jawatan perdana menteri tidak mungkin apa yang diimpikan dapat dilaksanakan. Disinilah suatu kerugian buat presiden Pas itu khasnya, amnya umat Melayu. Setakat ini Hadi hanya dapat merenung bulan tetapi tidak dapat menjamah atau memijaknya.

 

Apabila beliau berundur kerana kesihatan, titik perjuangannya tidak sedarjat Anwar. Impian kita untuk melihat seorang perdana menteri dari “bangsa Islam dan agama Melayu”, (faham elok elok termalogi ini) tidak akan tercapai. Dr Mahathir walaupun dua kali jadi PM (1982-2004) dan (2018-2020) beliau bukan dari "bangsa Islam dan beragama Melayu." Demikian juga Anwar tidak dari rahim bangsa dan agama yang original. Untuk memperolehi sosok sebegini kita mengharapkan ia datang daripada Pas.



Kesan kepada Pas.


Berbalik kepada Haji Hadi, jika beliau berundur ia memberi kesan kepada Pas. Ini masalah bakal melanda parti agama itu. Tidak mustahil kalau Pas selepas ini tidak semampan hari ini kerana masalah kepimpinan. Pas tidak memiliki tokoh spiritual lagi selepas ini. Abdul Hadi adalah tokoh spitual kedua selepas ketiadaan Allahyarham Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

 
Sebagai parti bernuansakan agama yang mengamalkan fahama konservatif, berkonsepkan Quran dan Hadith untuk mendaulatkan Islam ia sangat memerlukan tokoh spiritual yang fakeh mengenai agama. Kehebatan Pas itu selama ini terletak pada juzu itu bukan kepada fizikal perjuangannya, tetapi kepada roh ataupun dasar dan konsep yang ditempanya. 

 
Orang orang seperti timbalannya sekarang ini Tuan Ibrahim Tuan Man, dan naib presiden; Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Samsuri Mokhtar, tidak layak untuk memegang gelar tokoh spiritual. Hatta dalam barisan majlis syura ulama sendiri seperti Mursyidul Amnya, Hashim Jasin belum dapat memenuhi kriteria spiritual. Mereka tidak memiliki pelbagai ilmu sehebat Haji Hadi yang dikaitan sebagai mempunyai keromah dan maunah, bertaraf wali dan sebagainya.

 
Lantaran itu Pas bakal bermasalah selepas ini khasnya dalam mendapat seorang pemimpin yang boleh dihormati semua lapisan ahli atau bukan ahli apabila Hadi sudah tiada. Justeru itu agak liat untuk Hadi meninggalkan jabatan itu untuk memelihara kekuatan Pas. Kecualilah Pas mengubah pendekatan dan berjaya membina pendekatan baru mengubah penerimaan di kalangan ahlinya, daripada obses kepada pemimpin bersifat keulamakan kepada golongan professional.

 
Ada beberapa tokoh professional dalam Pas kini yang punya aura walaupun nilai dan standard mereka tidak setara Hadi, seperti Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohamad Noor atau Takiyuddin Hassan atau mualaf Pas Annuar Musa yang juga dibentuk untuk menjadi pemimpin utama Pas. Jangan pandang enteng kesediaan Annuar untuk dibaptis oleh Pas ada motif politiknya. Pertembungan dua puak atau golongan berfahaman agama konservatif dengan profesional tidak dapat dielakkan akan berlaku dalam Pas sekiranya Hadi tidak lagi berdiri ditengah.



Anwar brrsama Hadi suatu masa dulu
dianggap gandingan ideal.Kini sudah ada kempen dan lobi untuk mengangkat golongan profesional memimpin Pas atasan helah memenuhi kehendak politik semasa. Bagaimana pun cadangan ini kontradik dengan geng ustaz (konservatif) yang tetap mahukan Pas dipimpin oleh mereka bergelar ulama. Profesional yang ada kini adalah saki baki profesionalis yang tidak menyertai parti Amanah sebelum ini. Pas kehilangan ramai tokoh professional, korporat atau teknokrat apabila wujud parti Amanah. Yang tinggal adalah mereka yang bersifat oportunis menempel dijubah dan serban tokoh-tokoh agamawan dan ulama untuk kepentingan politiknya, sedang mereka sendiri masih belum reti mengikat serban dan memakai jubah.
 
Persoalan kini siapakah yang akan menjadi pengganti kepada Abdul Hadi nanti?

Jika dilihat kepada hierarki ialah Tuan Ibrahim Tuan Man kerana beliau adalah timbalan presiden. Namun ada hambatan lain yang ada kepadanya, beliau tidak dianggap sebagai daripada rahim ulama. Tuan Ibrahim lebih sekadar ustaz biasa (motivator) yang pernah menjadi pensyarah di IPTA dan bukan guru ataupun murabbi pondok yang mampu mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmu tasauf. Beliau juga selama menjadi timbalan presiden gagal menunjukkan gagasan atau wawasan Islamiknya untuk dibawa ke dalam Pas. Tuan Ibrahim semacam phobia dengan sesuatu.
 
Justeru tidak nampak kalau beliau mampu. Manakala Hashim Jassin sebagai mursyidul am Pas, selain daripada sudah berusia, tetapi tidak ada karismatik sebagai spiritual leader.

Hendak tidak hendak selepas Abdul Hadi, golongan profesional akan mengambil alih pimpinan utama. Dalam konteks ini selain Tuan Ibrahim tentulah tiga naib presiden sekarang ini, Mohd Amar, Samsuri Mokhtar dan Idris Ahmad. Idris sendiri walaupun tidak lekang kopiah namun penguasaan ilmu agamanya tidak seberapa, peribadinya juga jauh untuk digelar sebagai tuan guru yang memilik sifat spiritual leader. Sinikal politiknya juga dangkal kerana itu dia sering diketawakan. Keperibadian ulama tidak terpamer kepada dirinya.
Kesimpulannya, selepas Hadi Pas akan menghadapi masalah untuk memilih seorang pemimpin standing dengannya. Masalah ini dijelmakan sendiri oleh Pas yang obeses kepada peribadi ulama dan cuba mengehelkan golongan professional dengan cuba menjarakkan golongan ini dengan Pas dengn tanggapan Pas parti agama. Pas tetap utuh menjadikan elemen keagamaan dan peribadi muslim sebagai aset politiknya. Lantaran itu saya tidak nampak Abdul Hadi akan mudah untuk berundur pada mutkamar ini selagi tiada tokoh benar-benar layak untuk mengambil tempatnya. 




Jika terpaksa beliau memimpin Pas sambil baring ataupun berada di atas kerusi roda hatta diatas tandu sekali pun akan dilakukan demi untuk menjaga keutuhan Pas. [wm.kl. 4:38 pm 06/05/2025]

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/06/sekiranya-hadi-awang-berundur-pas-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 104 hits
Desas desus kononnya Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal berundur daripada jawatan Presiden Pas disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya khabar angin Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehingga kini tiada sebarang ba...
Pas Prepares For Leadership Change As Hadi Signals Exit

Pas Prepares For Leadership Change As Hadi Signals Exit

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 91 hits
PAS leader Tan Sri Abdul Hadi Awang s hint at retiring as president has sparked big questions about his successor Ilham Centre CEO Hisommudin Bakar is of the view that a potential exit of Hadi from the Islamic party will be a major turning ...
Woiii Lebai Ko Tak Yah Kutuk Orang La Hadi Awang Dengan Anak Menantu Besan Bagai Lagi

Woiii Lebai Ko Tak Yah Kutuk Orang La Hadi Awang Dengan Anak Menantu Besan Bagai Lagi

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 111 hits
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai parti anak beranak menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Beliau berkata keputusan tersebut pasti memberi kesan ...
Tak Boleh Dah Nak Kutuk Mahathir Hadi Awang Sama Juga Ya Zahid Zahid Lak Tak Dak Anak Jadi Ahli Politik Dalam Umno

Tak Boleh Dah Nak Kutuk Mahathir Hadi Awang Sama Juga Ya Zahid Zahid Lak Tak Dak Anak Jadi Ahli Politik Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 131 hits
HAMDAN TAHAPKR 1Ketua UmumAnwar IbrahimPresidenWan AzizahPKR 2Ketua UmumAzizahPresiden Anwar IbrahimNaib Nurul Izah AnwaePKR 3Ketua UmumWan AzizahPresidenAnwar IbrahimTimbalan PresidenNurul IzahTak ada beza pun sebenarnya ada le sikit je be...
External Parties Behind Push For Hadi To Step Down Say Pas Leaders

External Parties Behind Push For Hadi To Step Down Say Pas Leaders

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 100 hits
Terengganu PAS leader Hanafiah Mat says Tok Guru is still mentally sharper than others though his physical health has not been great Abdul Hadi Awang a seven term MP for Marang has been president of PAS since June 2002 PETALING JAYA Two PAS...
Menjelang Muktamar Hadi Beri Bayangan Akan Berundur Siapa Bakal Ganti

Menjelang Muktamar Hadi Beri Bayangan Akan Berundur Siapa Bakal Ganti

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 95 hits
K PRAGALATHPresiden Pas Tan Sri Hadi Awang telah memberi bayangan bahawa beliau akan berundur dari jawatannya berdasarkan faktor kesihatan Ekoran itu pensyarah Universiti Malaysia Terengganu Yusri Ibrahim melontarkan persoalan sama ada kepi...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa