Suasana di dalam tren. Tak ramai penumpang ketika ini
Panduan perjalanan menggunakan aplikasi Google Maps. Lengkap semua maklumat diberi, sangat memudahkan pergerakan kita. Tren yang kami naiki akan berhenti di tujuh buah stesen sebelum tiba di stesen destinasi kami iaitu Higashi-Jujo Station.
Eh, nama stesen ni lebih kurang macam nama saya 😁
Pukul 4.05 petang, kami tiba di Higashi-Jujo Station. Alhamdulillah
Turun eskalator untuk keluar bangunan stesen. Dari stesen, kami berjalan kaki ke lokasi tujuan kami
Sementara menunggu lampu isyarat melintas jalan bertukar hijau, sempatlah saya memotret rupa kabel elektrik di sini. Nampak macam seni anyaman pulak 😀
Papan tanda tertera ‘Higashijujo Koban’ di tiang lampu trafik. Juga papan tanda ‘koban’ di bangunan berhampiran. Carian saya mendapati, ‘koban’ merupakan balai polis kecil yang terletak di sesebuah komuniti. Tujuannya supaya polis dilihat ada dan sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Satu usaha yang bagus
Suhu ketika ini 11℃ (feels like 8 ℃). Memang sejuk! Saya tak ada sarung tangan, jadinya pada kebanyakkan masa saya masukkan tangan ke dalam poket jaket. Ketika ini juga langit cerah mulai gelap. Matahari terbenam awal iaitu sekitar pukul 4.30 petang
Kami melalui sebatang jalan yang kelihatan cantik dengan dekorasi lampu dan gantungan bendera kecil pelbagai negara. Saya cuba memerhati deretan bendera tersebut, tapi tidak kelihatan bendera Malaysia
SUPER AUTOBACS | Inilah tujuan kami ke Higashi-Jujo, kami nak ke tempat jualan aksesori kereta. Lebih tepatnya - Encik Suami yang beria nak ke sini, saya hanya menurut saja. Sebenarnya, Encik Suami berhasrat nak ke cawangan lain yang lebih besar tapi lokasinya lebih jauh
Menarik jugalah - banyak pilihan barang dan tersusun rapi
Encik Suami sibuk membelek barang dari satu rak ke satu rak
Rak barang berharga 110 yen - lebih kurang RM3.20
Seingatnya ini stesen minyak pertama yang saya lihat di Jepun. Mungkin sebab saya banyak naik tren, jadi tak jumpa stesen minyak
Kami kembali melalui jalan dengan dekorasi gantungan bendera kecil. Tempat ini nampak lebih cantik pada waktu malam
KEDAI RUNCIT HALAL | Sedang berjalan, ternampak pula sebuah kedai runcit dengan logo halal. Kami singgah sekejap nak melihat produk yang dijual
Macam-macam ada di jual - rebung dari Thailand pun ada. Pes soto ayam dari Indonesia dijual dengan harga 150 yen, lebih kurang RM4.30. Tidaklah mahal sangat. Saya mencari produk dari Malaysia, tapi hampa
Sebelum masuk bangunan stesen, kami singgah membeli kopi panas di mesin minuman yang terletak di bangunan berhampiran. Macam biasa, sebelum beli saya buka aplikasi Halal Japan untuk semakan halal. Sedang kami memilih minuman halal yang mana satu nak dibeli, seorang lelaki Jepun datang menghampiri kami dengan senyuman mesra. Tangan lelaki tersebut menunjuk pilihan minuman sambil bercakap dalam bahasa Jepun. Menurut pemahaman kami, dia sedang memberitahu kami pilihan minuman halal. Kami ucapkan ‘thank you’ dan ‘arigato gozaimas’ sebelum lelaki tersebut beredar meninggalkan kami
Pandangan dari luar stesen tren - Higashi-Jujo Station North Exit.
Pukul 5.45 petang, kami menunggu di platform no. 4. Suasana lengang, cuma terdapat beberapa orang sahaja yang sedang menunggu ketibaan tren
Pukul 8 malam - kami keluar hotel. Saya berfoto kenangan di hadapan bangunan hotel penginapan kami dengan memakai jaket sejuk warna purple yang baru di beli. Saya suka rekaan jaket ini dengan potongan bentuk A dan mempunyai zip serta butang hadapan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |