Sekeping Gambar Bukan Sahaja Membawa 1001 Cerita Ia Juga Boleh Menipu


50 tahun yang lalu (1 Februari 1968), akhbar New York Times memaparkan satu gambar yang menarik perhatian sedunia. Gambar ini menjadi antara gambar yang paling ikonik tentang Perang Vietnam.
Jurugambar yang menangkap gambar tersebut, Eddie Adams memenangi Hadiah Pulitzer yang merupakan hadiah paling berprestij dalam dunia kewartawanan US.
Gambar ini menunjukkan seorang pegawai polis Vietnam Selatan (Nguyen Ngoc Loan) sedang menembak seorang anggota Viet Cong (Nguyen Van Lem) di kepalanya. Ketika itu, US memberi bantuan kepada Vietnam Selatan untuk memerangi Viet Cong yang merupakan gerila komunis.
Gambar ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Reaksi orang ramai adalah “kejamnya!” “jahatnya Vietnam Selatan!” “zalimnya tindakan mereka terhadap orang awam!” “macam ini kah negara yang kita sokong?”
Gambar ini menjadi antara pemangkin kepada sentimen anti-Perang Vietnam di kalangan orang US, dan US akhirnya berundur daripada Vietnam pada tahun 1973.
Tetapi gambar itu tidak menceritakan kejadian sebenar disebalik tindakan menembak itu: Lem telah membunuh sahabat baik dan pegawai bawahan Loan iaitu Nguyen Tuan serta sekeluarganya, termasuk isterinya, 6 anaknya dan ibunya yang berumur 80 tahun. Kesemuanya dibunuh dengan cara kejam iaitu dengan memotong leher.
Selepas Lem ditangkap, Loan memilih untuk membunuh Lem dengan tangan sendiri untuk membalas dendam bagi Tuan. Apa yang gagal ditangkap oleh kamera Adams ialah air mata Loan ketika mengenang pengorbanan sahabatnya.

Namun satu dunia telah menghukum Loan sebagai “penjahat” dan “penjenayah perang”. Selepas Vietnam Selatan ditawan, Loan berhijrah ke US. Di situ beliau menerima pelbagai diskriminasi dan gangguan akibat daripada buruk sangka orang ramai.
Selepas mengetahui cerita yang sebenar, Adams cukup kesal dengan tindakannya. Adams telah memohon maaf dengan Loan sebelum Loan meninggal dunia pada tahun 1998. Dalam eulogi yang ditulis oleh Adams untuk Loan dalam majalah Time, Adams telah mengatakan bahawa:
“Two people died in that photograph: the recipient of the bullet and and General Nguyen Ngoc Loan. The general killed the Viet Cong. I killed the general with my camera”.
Adams turut berpesan kepada orang ramai:
“Photographs do lie, even without manipulation. They are only half-truths. What the photograph didn’t say was, what would you do if you were the general at that time and place on that hot day…”
Adams telah menzalimi Loan dengan satu gambar yang tidak menjelaskan konteks. Loan disalahfaham dan dijatuh hukum oleh pendapat umum.
Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa betapa banyak gambar yang sengaja disebarkan di media cetak dan media sosial adalah bertujuan untuk menabur fitnah dan mencipta persepsi buruk?
Adakah kita benar-benar meneliti konteks disebalik setiap gambar tersebut sebelum menghukum?
Adams bertuah kerana sempat memohon maaf dari Loan.
Adakah kita akan diberi peluang yang sama?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/sekeping-gambar-bukan-sahaja-membawa-1001-cerita-ia-juga-boleh-menipu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Jaga Gambar Di Facebook Boleh Kena Ilmu Hitam Kata Agensi Putrajaya

Jaga Jaga Gambar Di Facebook Boleh Kena Ilmu Hitam Kata Agensi Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 324 hits
Anda gemar memuatnaik gambar sendiri dan keluarga juga pelbagai selfie ke laman media sosial seperti Facebook Jika ya agensi keselamatan Internet CyberSecurity Malaysia kini menasihatkan anda agar mengelak daripada berbuat demikian kononnya...
Hari Ada Cerita Menipu Sana Sini

Hari Ada Cerita Menipu Sana Sini

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 274 hits
Samada secara langsung atau tidak langsung dengan kepimpinan dan ketajaan lama Majoriti melibatkan Melayu Itu agaknya yang nak dibanggakan ketuanan melayu oleh pemuda umno Patutnya rakyat ada masa dan ruang untuk fokus kepada kelemahan kera...
Hanya Dengan Gambar Sahaja Keluarga Ini Disihir

Hanya Dengan Gambar Sahaja Keluarga Ini Disihir

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 574 hits
The ReporterSeringkali diingatkan agar berpada pada apabila berkongsi gambar atau kebahagiaan diri di media sosial kerana mungkin ada segelintir individu yang tidak menyenangi apa yang dinikmati oleh anda Akibatnya Ia boleh membawa kepada p...
Menyusu Anak Masa Hamil Selamat 4 Keadaan Sahaja Yang Perlu Diberi Perhatian Bimbang Boleh Rangsang Kontraksi

Menyusu Anak Masa Hamil Selamat 4 Keadaan Sahaja Yang Perlu Diberi Perhatian Bimbang Boleh Rangsang Kontraksi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 333 hits
Apabila disahkan mengandung kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu Hal ini berlaku kesan daripada konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga kawan kawan mahupun doktor Pakar L...
Saya Sedia Perkhidmatan Grab Free Tak Perlu Ucap Terima Kasih Dan Boleh Tutup Pintu Kuat Kuat

Saya Sedia Perkhidmatan Grab Free Tak Perlu Ucap Terima Kasih Dan Boleh Tutup Pintu Kuat Kuat

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 537 hits
The Reporter Hi Saya menyediakan perkhidmatan Grab tanpa bayaran ke mana saja anda mahu Anda bersiap lama pun saya akan tunggu Kelebihan memilih Grab saya adalah Grab saya free tak perlu any tips tak perlu ucapan terima kasih langsung dan b...
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1094 hits
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan Rajin pula cik en tengok keyword untuk hari ini Dalam banyak banyak cik en tertarik nak kongsi Umur Kucing Betina Boleh Mengawan Kebetulan hari ini ramai yag bertanya Umur Kucing Betina Boleh Mengawan di kl...
Smatphone Netizen Malaysia Tiba Tiba Slow Boleh Report Polis

Smatphone Netizen Malaysia Tiba Tiba Slow Boleh Report Polis

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 336 hits
Rasanya isu tiba tiba smartphone bertukar menjadi smartbangang kepada pengguna bukan perkara baru cumanya pengguna tidak tahu punca sehinggalah hari ini apabila ramai cerdik pandai selok belok code maka mereka membuat report sebab kenapa sm...
Adakah Boleh Dan Dibenarkan Kita Berkongsi Masalah Di Media Sosial Dr Zaharuddin Abdul Rahman Merungkai Persoalan Ini

Adakah Boleh Dan Dibenarkan Kita Berkongsi Masalah Di Media Sosial Dr Zaharuddin Abdul Rahman Merungkai Persoalan Ini

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 280 hits
Kita sering dijamu dengan berbagai permasalahan yang diutarakan oleh orang ramai melalui laman sosial ianya seolah menjadi satu kemestian bagi mereka yang inginkan jawapan dengan segera dijawab oleh mereka yang bijak pandai Berbagai masalah...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan