Sekat Kebebasan Media Ketajaan Pn Berundur Ke Belakang



Pendedahan pengerusi kumpulan media arus perdana menyatakan kontrak iklan kepada mereka akan dibatalkan kerajaan sekiranya memberi ruang berita kepada ‘individu tertentu’ dianggap mengancam kebebasan media di Malaysia.
Lebih mencemaskan apabila Pengerusi Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris mencadangkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dipinda bagi mengenakan hukuman lebih tegas kepada media yang mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, cadangan tidak bertamadun pemimpin kerajaan Perikatan Nasional itu hanya akan menjadikan demokrasi di negara ini berundur jauh ke bekalang dan media kembali ke ‘zaman kelam’ sekitar 1980an.
“Usaha untuk menyekat media dan menutup mulut rakyat daripada bersuara adalah langkah kebelakang, terjemahan daripada ketakutan dan sikap tidak mesra Kerajaan PN kepada media sepertimana ditonjolkan oleh Perdana Menteri yang hanya gemar membuat perutusan namun jarang membenarkan sesi soal jawab dengan media tempatan serta tidak pernah membuka ruang soal jawab kepada media antarabangsa.
“Pastinya ini akan mencemarkan imej kebebasan media Malaysia di peringkat antarabangsa dan menambah keraguan rakyat terhadap sejauh mana iltizam politik kerajaan PN untuk melaksanakan reformasi media di Malaysia,” katanya.
Kata Akmal lagi, pendekatan menghitamkan kebebasan media itu amat berlawanan dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang mengamalkan kebebasan media sehingga media arus perdana dibenarkan menghentam kerajaan semahu-mahunya.
“Pendekatan PN amat berbeza berbanding PH sebelum ini yang komited terhadap agenda kebebasan media seperti dapat dilihat melalui laporan oleh badan antarabangsa iaitu Reporters Without Borders (RSF) dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 yang menunjukkan Malaysia mengalami peningkatan amat memberangsangkan dan menduduki tempat ke-101 berbanding tempat ke-145 pada tahun 2018,” katanya.
Oleh itu, Akmal menggesa kerajaan PN menghentikan sebarang cubaan bersifat drakonian menggugat kebebasan media. Industri media, katanya memainkan peranan signifikan dalam melaporkan berita yang telus supaya rakyat dapat membuat pertimbangan yang adil terhadap sesuatu isu dan usaha media ini perlulah dihargai, bukannya dicengkam.
Baru-baru ini, Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Hj Yaacub dalam kenyataannya di Facebook mengaku terdapat ugutan oleh pegawai kepada menteri atau kementerian tertentu yang ingin membatalkan kontrak iklan daripada kementerian terlibat sekiranya pihak media memberi ruang kepada ‘individu tertentu’.
Banyak pihak menduga kerajaan PN semakin hilang kawalan menghadapi kritikan daripada ‘individu tertentu’ yang berpengaruh serta pemimpin pembangkang lainnya, dan tidak mampu dijawab dengan berkesan oleh unit propaganda PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31476

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Serangan Media Sosial Apalagi Jika Tak Mampu Dilawan Petunjuk Bahaya Buat Muhyiddin

Serangan Media Sosial Apalagi Jika Tak Mampu Dilawan Petunjuk Bahaya Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 307 hits
Luahan tidak puas hati dan serangan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di media sosial boleh dikata sedang berada di kemuncaknya ketika ini Apa saja kesempatan yang ada sehingga di laman Facebook Istana Negara dan Presiden Indonesia ...
Pas Serangan Pada Pm Di Media Sosial Mungkin Luahan Emosi

Pas Serangan Pada Pm Di Media Sosial Mungkin Luahan Emosi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 255 hits
Tindakan warga maya mengecam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sejak kebelakangan ini mungkin sekadar luahan emosi masing masing kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Pun begitu ahli parlimen Kubang Kerian itu berpendapat sebahagi...
Social Media Abuzz With Kitamintalima

Social Media Abuzz With Kitamintalima

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 306 hits
A new and mysterious hashtag movement has taken off on Twitter with the KitaMintaLima breaching the top 10 trending topics in Malaysia since last night The KitaMintaLima hashtag movement sees netizens on Twitter imploring to the Yang di Per...
Oops Nearly 2 In 10 In Sea Share News On Social Media Before Verifying If It S True

Oops Nearly 2 In 10 In Sea Share News On Social Media Before Verifying If It S True

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 266 hits
Kaspersky shows Boomers from the region most likely to confront family members and friends who share fake news article News consumption from mainstream media and online sources have a huge uptick globally including countries in Southeast As...
Sidang Media Pelancaran Kempen Zakat 10 Terakhir Ramadan Segerakan Zakat Anda Raih Pahala Berganda

Sidang Media Pelancaran Kempen Zakat 10 Terakhir Ramadan Segerakan Zakat Anda Raih Pahala Berganda

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 330 hits
PPZ MAIWP hari ini mengadakan sidang media bagi menyeru umat Islam segera menunaikan zakat bagi menyantuni golongan asnaf yang kian meningkat susulan PKP akibat penularan wabak COVID 19 selain merebut pahala gandaan di bulan Ramadan yang be...
Media Senjata Rakyat Lawan Pemimpin Yang Bobrok

Media Senjata Rakyat Lawan Pemimpin Yang Bobrok

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 261 hits
February 4 2021Anakku Profesor Syed Hussein Alatas seorang pemikir dan sosiologis tersohor negara kita meninggal dunia pada 23 Januari 2007 Akan tetapi anakku dalam puluhan atau ratusan tulisan almarhum yang sudah dan belum sempat diterbitk...
Budaya Toksik Media Sosial Perlu Berubah Asyraf Hakimi

Budaya Toksik Media Sosial Perlu Berubah Asyraf Hakimi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 262 hits
7 FEBRUARI Kebelakangan ini kita boleh lihat laman laman media sosial menjadi tempat yang toksik dan penuh dengan emosi negatif Sama ada di Facebook Instagram mahupun Twitter kesemua platform ini menjadi tempat luahan perasaan dengki maki h...
Waktu Terbaik Untuk Unggah Kiriman Di 4 Media Sosial Interaksi Naik Produk Banyak Terjual

Waktu Terbaik Untuk Unggah Kiriman Di 4 Media Sosial Interaksi Naik Produk Banyak Terjual

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 258 hits
Mungkin kamu belum tahu jam jam yang pas buat unggah konten makanya akun bisnismu sepi interaksi
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia