Sekarang Umno Pula Bawa Masuk Dap Ke Selangor Noh Omar


malaysiakini.com
B Nantha Kumar & Cha Zhi Ting
Diterbitkan: May 2, 2024 12:27 PM
Bekas pengerusi badan perhubungan Umno negeri Selangor Noh Omar berkata DAP pada satu masa dahulu tidak dapat menembusi Selangor seperti mana hari ini.

Dia mendakwa Kuala Lumpur yang pernah menjadi sebahagian daripada Selangor dijadikan sebagai Wilayah persekutuan bagi mengelakkan DAP menguasai Selangor.

Namun kini, katanya, Umno pula bekerjasama dengan DAP.

"Kita patut tahu sejarah. Saya diberitahu bahawa Kuala Lumpur dulu adalah sebahagian Selangor. Tapi selepas pilihan raya 1969, Perikatan menang 14 (kerusi) dan DAP bersama-sama parti lain termasuk Bebas menang 14 kerusi.

"Ini kerana kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dikuasai oleh DAP kerana populasi pengundi Cina. Jadi, pada masa itu kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan agar DAP tidak kuasai Selangor.

"Tapi sekarang Umno yang membawa masuk DAP ke Selangor," katanya di Ceramah Perdana di Batang Kali sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Lebih 400 orang hadir ke ceramah tersebut.

Turut hadir, Calon PN Khairul Azhari Saut, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan pemimpin PN Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

‘Pengundi cari rumah baru’

Mengulas lanjut, Noh berkata sikap mementingkan diri Umno hari ini punca pengundi berpindah ke rumah baru untuk mencari perlindungan.

"Dulu, BN menjadi rumah kepada semua kaum. Kita ada 14 parti dalam gabungan BN. Tapi, hari ini hanya tinggal empat parti.

"Kemudian, empat parti pun kita lihat MCA diketepikan, MIC pun kita lihat, ini kali pertama kalau saya tak silap orang india tak ada wakil dalam kabinet.

"Hari ini kepimpinan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi sebab itulah kita lihat pengundi telah berpindah ke rumah baru iaitu PN.

"Saya meminta Umno akar umbi perlu berani datang bersama saya ke rumah perlindungan baru PN," katanya.

DUN Kuala Kubu Bharu merupakan 'kerusi campuran' dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

Pada PRK itu Khairul akan berdepan tiga lagi calon, iaitu Pang Sock Tao daripada PH, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/05/sekarang-umno-pula-bawa-masuk-dap-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koperal Polis Tak Mengaku Terima Rm1 450 Bawa Masuk Tembakau Dalam Lokap

Koperal Polis Tak Mengaku Terima Rm1 450 Bawa Masuk Tembakau Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 106 hits
Zatul Iffah Zolkiplyzatuliffah hmetro com mySeorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah yang berjumlah RM1 450 tiga tahun lalu FOTO GHAZALI KORIKuala Teren...
Pecat Individu Bawa Masuk Bruce Gilley Ke Um

Pecat Individu Bawa Masuk Bruce Gilley Ke Um

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 131 hits
Bekas menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik memandang serius kebiadapan seorang ahli akademik US Bruce Gilley yang menuduh Malaysia sebagai pendukung Holocoust sehingga mencadangkan agar orang hertanggung jawab membawa Bruce Gilley masuk ke UM...
Kor Ming Mahu Umno Bantu Habis Habisan Calon Dap Di Kuala Kubu Bharu

Kor Ming Mahu Umno Bantu Habis Habisan Calon Dap Di Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 257 hits
agendaily com22 04 24Nga Kor Ming UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu nanti kata Nga Kor Ming Naib Pengerusi DAP itu berkata jentera UMNO perlu membantu kempen DAP ...
Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 193 hits
PRK KKB DAP bergantung kepada Umno untuk menang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be nkm1yQ9dRBs src in org https www youtube com embed nkm1yQ9dRBs wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube c...
Selangor Dap Defends Nga S Hulu Selangor Allocation Ahead Of Kkb Polls

Selangor Dap Defends Nga S Hulu Selangor Allocation Ahead Of Kkb Polls

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 252 hits
The Selangor DAP has come to Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming s defence over the latter s announcement of an RM5 21 million allocation for Hulu Selangor State DAP secretary Ng Sze Han said it was a normal practice and had ...
Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak Anak Masuk Rumah

Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak Anak Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 160 hits
bawa anak dan isteri Happy sangat bila tengok anak anak masuk rumah Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak ...
Video Pesan Keras Luhut Ke Prabowo Jangan Bawa Orang Toxic Masuk Dalam Kabinet

Video Pesan Keras Luhut Ke Prabowo Jangan Bawa Orang Toxic Masuk Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 158 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan berpesan kepada presiden terpilih Prabowo Subianto agar tidak membawa orang toxic
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner