Sekarang Semua Nak Hibrid


Semenjak tular pandemik Covid-19, kita semakin kerap mendengar istilah hibrid dikumandangkan di dada akhbar, laporan berita, webinar malah di warung kopi. Banyak aktiviti manusia ditindikkan dengan istilah hibrid sebagai satu tanda usaha menyelesaikan masalah terkait kekangan akibat prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Antaranya pembelajaran secara hibrid, bekerja secara hibrid, majlis secara hibrid, malah di Malaysia mutakhir ini sedang popular dengan cadangan penganjuran sidang Parlimen secara hibrid.

Namun, apa sebenarnya hibrid itu? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hibrid membawa dua maksud. Pertama, anak (haiwan atau tumbuhan) yang dihasilkan daripada pencantuman dua jenis benih yang berlainan (kacukan). Maksud kedua, sifat sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi berlainan. Kamus Komputer terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pula menakrifkan hibrid sebagai sifat sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi berlainan.

Daripada beberapa takrifan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan istilah hibrid dalam konteks kehidupan era Covid-19 adalah gabungan atau adaptasi beberapa sistem atau teknologi yang baik dalam menghasilkan sesuatu supaya perkara itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan mesra SOP Covid-19.

Pendekatan hibrid dilaksanakan bertujuan memberikan keseimbangan kerja produktif dan optimum dengan tekanan (stres) yang berkurang dan kurangnya pergerakan manusia. Ia mengoptimumkan penggunaan sains dan teknologi terkini serta sistem kerja lebih cekap. Pelaksanaan budaya kerja hibrid menjadikan beberapa perkara yang dahulunya dianggap kekangan untuk menghasilkan produktiviti sebagai mitos. Sebagai contoh, kekangan jarak yang jauh, masa singkat serta kekurangan pekerja.

Hibrid mencantas karenah birokrasi dan protokol remeh. Sebagai contoh mudah, jika dahulu sesuatu urusan memerlukan kita berjumpa pegawai, mencetak dan mengisi borang, mendapatkan tandatangan dan pengesahan pelbagai peringkat serta melibatkan pergerakan dari satu pejabat atau kaunter berlainan, namun apabila budaya hibrid diaplikasikan, kita dapati banyak urusan tersebut mampu diselesaikan hanya dengan kita berada di rumah, duduk menghadap komputer, tanpa helaian borang bercetak. Menariknya, urusan itu diselesaikan dengan sempurna.

Sekarang masyarakat semakin terbiasa dengan norma hibrid. Sebelum ini, contohnya majlis perkahwinan perlu dibuat pelbagai peringkat acara, merisik, meminang, majlis akad dan persandingan. Senarai undangan mencecah ribuan orang. Persediaan jamuan, hiasan, pakaian dan perkhidmatan yang bukan kepalang. Umpama tidak sah perkahwinan tanpa rantaian ini. Hikmah adanya Covid-19, kita dapat melihat semakin banyak pasangan melalui proses perkahwinan dengan sangat ringkas. Tiada lagi acara, tiada lagi undangan dan jamuan besar. Akad nikah dibuat sederhana di pejabat agama malah ada juga secara dalam talian. Gabungan antara tuntutan agama serta budaya dengan kemudahan sains dan teknologi membolehkan rukun pernikahan ini dilangsungkan. Yang penting, ia cukup syarat dan sah di sisi syarak.

KREATIF, DINAMIK
Begitu juga acara-acara lain seperti persidangan dan seminar yang menjadi webinar, sesi pembelajaran dan pengajaran, majlis konvokesyen universiti dan seumpamanya.

Semuanya pada ketika ini dapat diteruskan secara hibrid dan mencapai matlamat asas yang ditetapkan. Perkara-perkara bersifat kosmetik yang terpaksa digugurkan dari acara-acara ini merupakan satu keperluan, demi memenuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan kerajaan demi menyekat penularan wabak.

Persekitaran kerja hibrid membolehkan manusia menjadi lebih kreatif dan dinamik. Dengan pergerakan terbatas, kebersamaan fizikal yang terhalang, manusia akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk melaksanakan sesuatu tugasan dari jarak jauh. Dalam hal ini, teknologi dan kemudahan komunikasi dalam talian banyak membantu merealisasikan sesuatu proses kerja secara hibrid.

Masih terlalu awal untuk kita memutuskan keberkesanan dan produktiviti kerja secara hibrid ini lebih baik daripada kaedah biasa. Namun, satu kajian dibuat Boston Consulting Group mendapati 75 peratus daripada pekerja yang melaksanakan transisi kerja ke kaedah hibrid menunjukkan prestasi serta produktiviti lebih baik atau setanding dengan cara kerja sebelum pandemik. Ini satu petunjuk yang positif. Sudah pasti di peringkat penyesuaian ini masih banyak berlaku masalah dan kekurangan, tapi apabila semua pihak mula memahami dan mengadaptasi budaya baharu ini, ia akan bertambah lancar malahan lebih berdaya maju untuk diteruskan.

Pembudayaan hibrid terbukti dapat banyak menjimatkan sumber. Sama ada dari sudut kewangan, tenaga kerja, masa dan kelestarian alam sekitar. Kaedah hibrid memberikan kebebasan dan autonomi kepada manusia dalam mencatur urusan kerja dan peribadi masing-masing. Sesungguhnya kehadiran pandemik Covid-19 menjadikan manusia lebih efisien dan terbuka dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sesuatu yang dahulunya dianggap asing dan pelik untuk dilaksanakan, kini sebahagiannya menjadi budaya kerja.

Pembudayaan hibrid merupakan satu kejayaan transformasi dalam sistem kehidupan manusia era baharu. Namun begitu, kebebasan dan kesenangan yang terhasil daripada budaya hibrid tidak akan lestari sekiranya tidak diisi dengan nilai-nilai suci seperti amanah, jujur dan integriti.

Oleh: Shafry Salim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sekarang-semua-nak-hibrid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan La Perfectionist Sangat Tak Berbaloi Nak Anak Buat Semua Sempurna Nanti Kita Yang Stress

Jangan La Perfectionist Sangat Tak Berbaloi Nak Anak Buat Semua Sempurna Nanti Kita Yang Stress

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 199 hits
Di waktu PKP ini hal hal kecil dan remeh pun sudah semestinya membuatkan kita merasa geram dengan anak Namun jangan dibiarkan hal sebegini membelenggu diri kita dan selebihnya melepaskan kemarahan pada anak Ada waktunya kita harus belajar m...
Semua Dah Nak Terlingkup Hattan Rayu Kerajaan Beri Moratorium Automatik

Semua Dah Nak Terlingkup Hattan Rayu Kerajaan Beri Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 247 hits
Penyanyi legenda Datuk Hattan merayu supaya pihak kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium secara automatik terutama kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid 19
Jika Begitu Apa Kata Mulai Sekarang Kita Semua Boikot Saja Pengambilan Vaksin

Jika Begitu Apa Kata Mulai Sekarang Kita Semua Boikot Saja Pengambilan Vaksin

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 347 hits
Ternampak begitu jelas kini Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin terus cuba berdolak dalik berhubung pembukaan sidang Parlimen Desakan rakyat dan suara berterusan pembangkang serta Ahli Ahli Parlimen pelbagai parti berkaitan perkara itu sejak...
Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order Foodpanda Cara Request Refund Dari Foodpanda

Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order Foodpanda Cara Request Refund Dari Foodpanda

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 277 hits
Apa Nak Buat Jika Ada Masalah Dengan Order FoodPanda Hari Isnin lepas mama ada beli makanan melalui Foodpanda untuk berbuka puasa Hari Isnin biasanya mama ni kemalasan nak masak Monday blues lagi kan So mama order makanan dari Foodpanda ter...
Comel Gelagat Anak Dara Che Ta Dah 7 Tahun Masih Nak Minum Susu Dalam Botol

Comel Gelagat Anak Dara Che Ta Dah 7 Tahun Masih Nak Minum Susu Dalam Botol

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 410 hits
Lama tak dengar khabar pasangan Che Ta dan Zain Saidin Tahu tahu anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana dah bersekolah Tahun Satu Dulu dulu masa kecil sering menjadi perhatian ramai kerana wajah kacukannya Kini bila dah besar Aaisyah terny...
Nak Sambung Master Jenis Coursework Mix Mode Research Mana Lagi Bagus Phd

Nak Sambung Master Jenis Coursework Mix Mode Research Mana Lagi Bagus Phd

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 380 hits
NAK SAMBUNG MASTER Jenis coursework mix mode research mana lagi bagus PhD Ditulis oleh Adli IshakMBA Holder Wyckoff Trader Independent Financial Advisor Certified Financial Planner Nak sambung Master Tapi tak tahu nak mula dimana Jenis jeni...
Nak Kaji Apa Lagi Buka Saja Parlimen

Nak Kaji Apa Lagi Buka Saja Parlimen

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 256 hits
Kata bekas Menteri Kewangan itu Mahiaddin patut membenarkan Parlimen menentukan jalan keluar dari krisis yang melanda negara akibat kegagalannya sebagai Perdana Menteri dalam menangani pandemik COVID 19 kemelesetan ekonomi yang membawa kesu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui