Sejuk Bekukan Sayur Sayuran Emas Ini Dalam Peti Sejuk Tak Adalah Menggagau Cari
Setiap kali hendak menyambut hari raya, selalunya beberapa jeni sayur-sayuran ’emas’ ini memang selalu ‘sold out.’ Pendek kata memang payahlah hendak cari.
Kalau di hari-hari biasa, memang nampak ‘bersepah’ sahaja di pasar dan pasar raya tetapi apabila di penghujung Ramadan, sayur-sayuran ini memang menjadi rebutan ramai.
Bagi mereka yang tidak ada tanah untuk bercucuk tanam (tinggal di kondominium/pangsapuri/flat) tentu susah hendak dapatkan sayur-sayuran ’emas’ ini.
Melalui perkongsian Hani Mynis wanita ini berkongsi tip bagaimana untuk menyimpan sayur-sayuran untuk kegunaan membuat menu hari raya dengan cara yang praktikla dan bijak.
Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mencari daun kunyit di kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya. Rendang kalau tiada daun kunyit, bukan rendanglah namanya. Tahun ini tidak perlu lagi menggagau cari semua sayur-sayuran penting ini.
TIP SIMPAN SAYUR BEKU SAYUR-SAYUR INI UNTUK KEGUNAAN MENU RAYA:
✅Daun kunyit
✅Serai
✅Lengkuas – BELI ONLINE
✅Halia – BELI ONLINE
✅Kunyit hidup – BELI ONLINE
✅Bunga kantan
✅Daun pandan
✅Daun kesum – BELI ONLINE
ADA CARA DAN SYARAT KALAU HENDAK MENYIMPAN SAYUR-SAYURAN DI BAHAGIAN SEJUK BEKU (KAEDAH SEJUK BEKU)
* Mesti bersihkan dan basuh bersih-bersih semua sayur-sayuran terlebih dahulu.
*Tengok macam mana hendak guna sayur itu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit, kalau masak rendang kita racik halus-halus terus.
*Apabila hendam digunakan, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik. Jangan tunggu nanti-nanti, takut lupa terus. Jadi lembik pula sayur-sayurannya.
Belah siap-siap. Boleh campak terus dalam lemak cili api atau sambal bali. Ini sudah 3 bulan dalam peti sejuk. Keadaan masih elok.
*Apabila hendak guna, tidak perlu basuh. Terus campak je dalam kuali atau periuk. Tidak perlu defrost/thaw dulu. Dalam keadaan beku sayur-sayuran itu boleh terus masuk ke dalam kuali atau periuk.
Bunga kantan masih elok walaupun sudah empat bulan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
*Jika daun sup, masuk dalam bekas-bekas kecil dan asing-asingkan sekali penggunaannya. Tambah air sikit paras daun, biar ia jadi air batu daun sup.
Halia.
*Daun ketumbar tidak sesuai untuk dibekukan kerana kerangupannya akan hilang. Daun ketumbar yang rangup lebih sedap.
Lengkuas.
Kunyit hidup.
Boleh guna plastik untuk jimatkan ruang. Susun di bahagian pintu peti sejuk di bahagian sejuk beku. Saiz plastik 18X26.
Menyentuh tentang ‘ketahanan’ sayur-sayuran selagi tidak habis digunakan, sayur-sayuran ini boleh tahan sehingga tiga hingga enam bulan.
Semoga bermanfaat. Buatlah persediaan supaya nanti ketika hampir-hampir hendak raya tidak perlu susah-susah mencari semua jenis sayur-sayuran ’emas’ ini.
Sumber kredit: Hani Mynis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Ayam ‘Roasted’ Paling Padu & Sedap Giler
Sambal Kacang Daging Ni Lain Macam Sedapnya, Sesuai Sangat Makan Dengan Ketupat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Sejuk Bekukan Sayur-sayuran EMAS Ini Dalam Peti Sejuk, Tak Adalah Menggagau Cari appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/04/sejuk-bekukan-sayur-sayuran-emas-ini.html