Sejauh Mana Keperluan Topeng Muka Dan Bahan Pencuci Tangan Untuk Orang Awam


Ts Mohd Soffian Osman Pemakaian topeng amat penting, tetapi ia bergantung kepada situasi kesihatan seseorang. - Gambar hiasan 
BEKALAN topeng muka dalam negara yang tidak mencukupi mendesak kerajaan untuk mengambil beberapa langkah drastik termasuklah larangan untuk mengeksport dan kebenaran mengimport topeng muka.

Malahan, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan harga siling sehingga 150 peratus iaitu daripada RM0.80 kepada RM2.00 sekeping (harga runcit) bagi topeng pembedahan 3 lapisan.

Terkini, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk membawa masuk secara berperingkat sejumlah 10 juta bekalan topeng muka bagi kegunaan anggota barisan hadapan yang menguruskan hal berkaitan COVID-19.

Permintaan yang tinggi terhadap topeng muka bermula sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia bermula Januari lalu dan ianya naik mendadak apabila berlakunya gelombang kedua jangkitan pada akhir Februari lalu.

Hal yang sama turut berlaku terhadap bahan pencuci tangan (hand sanitiser) dan turut menjejaskan bahan pembunuh kuman atau antiseptik yang lain.

Permintaan yang tinggi terhadap kesemua produk berkaitan menyebabkan wujudnya golongan yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut berlipat kali ganda, terutamanya jualan atas talian yang dilihat agak longgar pemantauannya dari pihak berkuasa.

Jadi timbul persoalan, apakah topeng muka dan bahan pencuci tangan tersebut benar-benar diperlukan oleh orang awam dalam menghadapi gelombang COVID-19 ketika ini?

Bagi menjawab persoalan tersebut dengan lebih terperinci, penggunaan kedua-duanya perlu difahami dengan lebih baik.

Topeng muka :

Topeng muka hanya perlu dipakai oleh mereka yang ada gejala pernafasan sahaja seperti batuk, selsema dan bersin. Tujuannya adalah untuk mengelakkan gejala tersebut daripada tersebar kepada orang lain. Topeng muka yang dicadangkan ialah jenis topeng pembedahan 3 lapisan atau yang lebih baik (N95, dan sebagainya). Namun begitu, adalah dinasihatkan agar mereka yang bergejala supaya tidak keluar ke tempat awam, sebaliknya tinggal di rumah. Jika menggunakan topeng muka, langkah-langkah berikut perlu diambil perhatian: a. topeng muka hendaklah dipakai dengan kemas di muka iaitu ia mesti menutup bahagian hidung, mulut dan dagu, b. bahagian yang berwarna hendaklah menghadap keluar, c. bahagian berlogam hendaklah dipasang dengan kemas di bahagian hidung, d. tidak boleh digunakan lebih dari sehari dan tukar dengan segera jika ia basah, rosak atau kotor, e. buang topeng muka yang telah digunakan ke dalam plastik yang sepatutnya dan diikat sebelum dibuang ke dalam tong sampah.Bahan pencuci tangan :
Penggunaan bahan pencuci tangan hanya diperlukan apabila tiada kemudahan air dan sabun cuci tangan. Bertujuan untuk menghapuskan kuman atau bakteria yang ada pada tangan. Bahan pencuci tangan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) adalah yang berasaskan alhohol dengan kepekatan sekurang-kurangnya 60%. Penggunaan yang kerap mungkin akan menyebabkan kerengsaan atau alahan bagi sesetengah orang yang sensitif (bergantung pada bahan asas produk tersebut). Namun begitu, cara terbaik untuk mencuci tangan adalah dengan menggunakan sabun cuci tangan dan air yang bersih. Cuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan kaedah 7 langkah pencucian tangan yang betul. Lakukannya dengan kerap terutamanya apabila selesai menggunakan tandas, sebelum makan, selepas batuk, bersin atau menghembus hingus.Oleh itu, secara dasarnya dalam fasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, kedua-dua barangan tersebut adalah tidak diperlukan oleh orang awam selagi mana mereka patuh pada arahan tersebut dengan tinggal di rumah sahaja.

Bersama kita mainkan peranan dalam menangani krisis COVID-19 ini dengan mengikut perintah yang telah dikeluarkan.


* Ts. Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/sejauh-mana-keperluan-topeng-muka-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Akan Bekalkan Topeng Muka Pencuci Tangan Kepada Malaysia

China Akan Bekalkan Topeng Muka Pencuci Tangan Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 476 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac Kerajaan China hari ini menyatakan komitmen membantu Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID 19 dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman Mente...
Kerajaan Memberikan Topeng Muka Dan Sanitasi Tangan Secara Percuma Untuk Penghantar Makanan

Kerajaan Memberikan Topeng Muka Dan Sanitasi Tangan Secara Percuma Untuk Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 275 hits
Menteri Belia dan Sukan hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan agihkan lebih kurang 5000 topeng muka dan juga sanitasi tangan secara percuma kepada semua penghantar makanan tidak kira dari GrabFood FoodPanda dan sebagainya Topeng ...
Topeng Muka Semakin Terhad Bahan Mentah Naik 600

Topeng Muka Semakin Terhad Bahan Mentah Naik 600

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 226 hits
Krisis pengeluaran topeng muka menyaksikan kenaikan harga 150 di Malaysia Bagaimanapun kenaikan kini menjadi fenomena dunia apabila bahan mentah membuatnya dikatakan meningkat sehingga 600 Syarikat pengeluar malah memberitahu mereka mungkin...
Pencuci Tangan Sinitiser Bahan Semulajadi Pembunuh Bakteria

Pencuci Tangan Sinitiser Bahan Semulajadi Pembunuh Bakteria

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 477 hits
Cara buat sendiri pencuci tangan atau sinitiser yang murah tetapi berkesan Caranya mudah sahaja Tidak perlu peralatan atau mesin yang berbagai bagai Bahan asasnya adalah batu tawas Ya batu tawas adalah pembunuh bakteria asli yang telah lama...
Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 462 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia Menurut beliau Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang...
Topeng Muka Pengecualian Duti Import Cukai Jualan

Topeng Muka Pengecualian Duti Import Cukai Jualan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR 23 MAC Kementerian Kewangan meluluskan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng muka untuk pasaran tempatan Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh ...
Tak Semua Perlu Pakai Ini 4 Ciri Individu Perlu Pakai Topeng Muka Dikongsikan Kkm

Tak Semua Perlu Pakai Ini 4 Ciri Individu Perlu Pakai Topeng Muka Dikongsikan Kkm

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 301 hits
Kepanikan dan ketakutan terhadap COVID 19 membuatkan orang ramai mula membeli produk perlindungan seperti topeng muka dan pembasmi kuman Walaubagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia hanya golongan tertentu sahaja yang wajar mema...
Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 432 hits
Kita dapat tengok yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang dalam keadaan resah lagi lagi bila topeng muka di kebanyakan farmasi dan kedai sudah habis Ada yang ditipu dalam jualan online dan ada juga yang terpaksa membuat topeng muka mereka ...
Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 312 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan menurunkan harga siling topeng muka pada kadar RM2 seunit kepada harga yang lebih murah daripada itu Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun harga baharu itu akan diumumkan esok selepas mesy...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo