
Sumber gambar dari Tom GuideKedua-dua peranti mempunyai persamaan dari segi saiz dimana 138.4mmX67.3mmX7.3mm, dan juga bentuk. keduanya mempunyai single camera yang secara vertical alligned dengan lampus flash pada bahagian belakang badan kaca.
Sumber gambar dari PhoneArenaiPhone SE 2020 dan iPhone 8 kedua-duanya dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci yang dihadirkan dengan ciri paparan Retina HD pada resolusi 1334x750 dengan 326 pixel per inch. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri True Tone. Bezanya, 3D Touch hadir pada iPhone 8 manakala iPhone SE tidak.
Sumber gambar dari WikipediaPoint ini yang memisahkan antara iPhone Se dengan iPhone 8. Ini kerana iPhone SE dikuasakan dengan cip pemprosesan yang paling terkini dan berkuasa, yang digunapakai oleh iPhone 11 iaitu cip bionik A13. Manakala iPhone 8 dikuasakan dengan cip bionik A11. Ini bermakna, iPhone SE lebih laju dengan 7 nanometer pemprosesan berbanding 10 nanometer pemprosesan.
Sumber gambar dari PhoneArenaDipetik dari Macworld, Apple tidak mendedahkan jumlah RAM yang digunakan pada iPhone 8 sebelum ini. Namun berdasarkan maklumat mereke dapat iPhone 8 mempunyai 2GB RAM berbanding dengan iPhone SE yang mempunyai kapasiti RAM sebesar 3GB RAM kerana spesifikasi yang diperlukan pada cip A13.
Sumber gambar dari PhoneArenaKedua-dua peranti hadir dengan storan dalaman sebesar 64GB dan 128GBn namun yang membezakan adalah iPhone SE didatangkan dengan storan sebesar 256GB yang tiada pada iPhone 8. Untuk bateri pula, dikatakan mempunyai persamaaan kerana Apple mendedahkan bahawa iPhone SE yang dikeluarkan baterinya adalah setanding iPhone 8, iaitu sebesar 1,821 mAh.
Sumber gambar dari PCMagBagi kamera, iPhone SE dan iPhone 8 mempunyai ciri asas kamera yang sama, iaitu kamera sebesar 12MP dengan aperture f/1.8 wide camera serta dengan digital zoom up sehingga 5 kali ganda. Bagaimanapun, dipetik dari Macworld.com, kamera pada iPhone SE dikatakan lebih advanced berbanding iPhone 8. Apple VP Phil Schiller mendakwa kamera pada iPhone SE adalah kamera single paling terbaik.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |