Sejarah Penjenayah Berbahaya Bentong Kali



Mudah saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, dia sekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan. Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran.

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa.


PROFIL
Nama: P KalimuthuGelaran: Bentong KaliLahir : 22 Januari 1961Asal : Bentong, PahangKeluarga: Anak kelapan daripada 11 beradik
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2021/10/sejarah-penjenayah-berbahaya-bentong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roar Filem Paling Berbahaya Dalam Sejarah Perfileman Hollywood

Roar Filem Paling Berbahaya Dalam Sejarah Perfileman Hollywood

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 347 hits
Pembikinan filem semestinya mempunyai risiko yang tersendiri Pengarah sentiasa mencari cara untuk membikin filem mereka dengan lebih realistik Pada 1981 filem Roar boleh dikatakan sebagai filem yang sangat berbahaya dan ganas kerana ianya m...
Pencarian Anak Hanyut Di Kali Angke Terkendala Tumpukan Sampah

Pencarian Anak Hanyut Di Kali Angke Terkendala Tumpukan Sampah

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 198 hits
Kepala Kantor Pencarian dan Pertolongan Jakarta Hendra Sudirman mengatakan proses pencarian korban menemui banyak kendala mulai dari tumpukan sampah yang menutupi area kali dan arus kali yang deras
Kali Ni Nekad Nak Sihat Kuat Balik Lepas Bersalin Tasha Manshahar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Ke 2

Kali Ni Nekad Nak Sihat Kuat Balik Lepas Bersalin Tasha Manshahar Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 351 hits
Lain anak lain ragamnya Bagi penyanyi Tasha Manshahar yang kini bakal melahirkan anak keduanya sedikit masa lagi mengakui banyak perbezaaan kehamilannya kali ini Kata Tasha menerusi perkongsiannya di Instagram berbanding kehamilan anak sulu...
Gelagat Kucing Bandar Balik Kampung Tengok Ayam Buat Kali Pertama

Gelagat Kucing Bandar Balik Kampung Tengok Ayam Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 299 hits
Suasana kampung dan bandar pastinya berbeza pastinya selepas diberi kelonggaran untuk pulang kekampung ramai mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu ibubapa setelah sekian lama tidak pulangUntuk mereka yang mempunyai haiwan kesayangan s...
Ada Seribu Kali Haji Pun Dengki Dengan Orang Licin Habis Pahala Haji Uai

Ada Seribu Kali Haji Pun Dengki Dengan Orang Licin Habis Pahala Haji Uai

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 310 hits
Kalau kamu ada seribu kali haji pun kata ulama ada dengki dengan orang licin haji kamu Jangan main main dengan dengki Apakah makna dengki Ada dua makna yang pertama sakit hati apabila tengok orang beriman dapat nikmat Maka kamu dikira dengk...
Rasa Boleh Kena Baling Dengan Botol Pulak Kali Ni Kalau Dulu Dengan Botol Plastik Kali Ini Dengan Botol Kaca La Pulak

Rasa Boleh Kena Baling Dengan Botol Pulak Kali Ni Kalau Dulu Dengan Botol Plastik Kali Ini Dengan Botol Kaca La Pulak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 177 hits
Tian Chua nafi usahakan kepulangan Azmin ke PKR October 23 2021 Tian Chua berkata kepulangan Azmin Ali ke parti bersama Ahli Parlimen PKR yang lain dapat membantu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri PETALING JAYA Naib Presiden PKR Tian Ch...
Hiburan Nabila Razali Raih Dua Kali Anugerah Platinum Menerusi Lagu Peluang Kedua

Hiburan Nabila Razali Raih Dua Kali Anugerah Platinum Menerusi Lagu Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 313 hits
Penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali dilaporkan telah berjaya menggondol 2 kali Anugerah Platinum menerusi lagu nyanyiannya yang berjudul Peluang Kedua ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBerikutan itu Nabila telah meraih hasil pendapatan mel...
Amalan Doa Ini Ikhtiar Untuk Pagar Rumah Setiap Kali Meninggalkan Kediaman

Amalan Doa Ini Ikhtiar Untuk Pagar Rumah Setiap Kali Meninggalkan Kediaman

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 430 hits
Selalunya apabila hendak keluar rumah kita hanya akan mengunci pintu dan memeriksa pintu serta tingkap sama ada telah ditutup dengan rapi atau tidak Selepas itu barulah akan keluar dan meninggalkan rumah Kali ini dikongsikan amalan doa dan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat