Sejarah Pembinaan Lebuhraya Timur Barat


 Assalamualaikum wbt
SELEPAS menempuh sebuah pengalaman memandu sendiri melalui Lebuhraya Timur Barat, dari Gerik ke Jeli, minggu lepas, dan menemani Pak Inche memandu dari Jeli ke Gerik di tengah kepekatan malam, Sk terpanggil untuk berkongsi sejarah pembinaan lebuhraya berkenaan di Alam Sari Tanah Jauhar ni. Ini bukan soal suka ikut jalan kampung ke tidak ya, sebab itu bukan jalan kampung, tapi hutan belantara. Seperti yang sedang viral sekarang, melalui lebuhraya berkenaan ibarat bergadai nyawa, sehingga pada satu tahap Sk merasakan, nyawa ni ibarat di hujung tanduk lebih-lebih lagi ketika melalui dari arah Jeli ke Gerik menuju ke Baling, kami telah keletihan selepas menempuh perjalanan yang panjang di Machang, Kelantan, selama 8 jam. Tu nanti Sk cerita di entri yang lain.
LATAR BELAKANG PROJEK  LEBUHRAYA TIMUR  BARAT

Projek Lebuhraya Timur Barat (LTRB) melibatkan pembinaan jalanraya berturap dua hala sepanjang lebih kurang 75 batu (121 km) bagi menyambungkan Gerik di Negeri Perak dengan Jeli di Negeri Kelantan.  Keperluan jalan raya ini telah ditimbulkan semenjak tahun 1940-an lagi. Pada tahun 1950 dan 1958, beberapa kajian telah dibuat untuk menyambungkan pekan Gerik di Perak dan Batu Melintang di Kelantan namun tidak dapat dilaksanakan pada masa itu kerana perspektif keselamatan dan aspek ekonomi.  
Pada tahun 1960an, Tun Razak telah mencetuskan agar keutamaan membina laluan lebuhraya ini disegerakan.  Taklimat Projek telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi bertarikh 1 Febuari 1966 dan disusuli kajian kemungkinan oleh pihak Snowy Mountains Hydro Electric Authority pada bulan September 1963. Rekabentuk lebuhraya ini kemudiannya berjaya disiapkan oleh pakar rekabentuk Valentine, Laurie & Davies pada tahun 1970 dan kerja-kerja pembinaan sebenar bermula tahun 1971.  Di peringkat awal pembinaan lebuhraya ini hanyalah melibatkan Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam sebagai agensi tunggal, namun selepas berlaku peristiwa sabotaj dan ugutan oleh pihak pengganas komunis, maka Urusetia Majlis Keselamatan Negara telah menyelaras usaha-usaha operasi keselamatan bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di dalam memastikan keselamatan jalanraya ini

Kewujudan lebuhraya ini menjadikan perjalanan dari Kota Bharu ke Butterworth hanya 363 km berbanding melalui laluan Kuala Lumpur sejauh 1063 km. Ia menyumbang faktor perkembangan sosio ekonomi di antara penduduk Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung. Selain itu ia juga telah memberi kelemahan kepada ancaman penyusupan pengganas komunis ke arah selatan semenanjung dan memudahkan operasi keselamatan dijalankan oleh Pasukan Keselamatan Negara.  Keseluruhan projek ini telah menelan belanja sebanyak RM450 juta dan telah dibuka secara rasmi mulai 1 Jan 1982

PEMBINAAN  LEBUHRAYA TIMUR  BARAT

Laluan LRTB ini dibina merentasi satu kawasan bukit bukau dan tanah tinggi yang dianggap paling sukar dan mencabar di Malaysia.  Ketinggian aras purata ialah 250 kaki sehingga 3,400 kaki dari aras laut menjadikan suhu laluan ini di antara 10 hingga 15 darjah celcius.  Pembinaan jalanraya ini dilaksanakan oleh dua kumpulan kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu dari JKR Gerik di Perak dan JKR Jeli di Kelantan berkekuatan 60 pegawai dan 400 pekerja bagi setiap kumpulan. Kumpulan JKR Gerik telah membina pilot track sejauh 48 km manakala JKR Jeli sejauh 64 km, kedua-dua pilot track ini telah bercantum pada 2 Julai 1978.  Kerja-kerja pilot track ini melibatkan anggaran 3.8 juta meter padu kerja tanah serta pembersihan kawasan kiri dan kanan laluan dengan menebang pokok dan sisa kayu sehingga bulan Jun 1979


Kesemua perlaksanaan kerja utama laluan LRTB dilaksanakan oleh pihak JKR, melainkan kerja-kerja pembinaan jambatan, operasi kuari dan pemasangan ubin jalan (pavement) yang dilaksanakan secara kontrak oleh Malaysia Thai Development (MTD).  Mengikut perancangan asal, laluan bahagian Jeli akan menggunakan asphaltic concrete manakala laluan bahagian Gerik menggunakan surface dressing, namun telah diubah menggunakan asphaltic concrete di keseluruhan laluan LRTB.  Sebanyak 5 buah jambatan utama telah dibina di sepanjang laluan LRTB ini iaitu:
Jambatan Sungai Rui sepanjang 254 m (RM 3.62 juta)
Jambatan Crossway (Banding) sepanjang 877.9 m (RM 30.43 juta)
Jambatan Sungai Perak Reservoir sepanjang 636 m (RM 30.19 juta)
Jambatan Lower Pergau sepanjang 158 m (RM 5.1 juta)
Jambatan Upper Pergau sepanjang 158 m (RM 3.26 juta)
Pembinaan LRTB juga berhadapan dengan pelbagai rintangan seperti ancaman oleh PKM, keadaan muka bumi, penambahan kerja tanah kerana pertukaran jajaran laluan, gangguan lori balak, kekurangan pekerja mahir, keadaan jentera yang sedikit berusia, kawasan yang terpencil dimana menyukarkan proses bantuan perkhidmatan serta faktor cuaca dan hakisan tanah. Bagi memberi perlindungan keselamatan kepada pembinaan LRTB, jambatan dan kelengkapan pembinaan, sebanyak 4 buah kubu kawalan dan lampu keselamatan turut di bina dengan keseluruhan kos RM 35,000.00.  Pembinaan LRTB ini selesai pada 1982 dan dibuka untuk laluan selama 12 jam mulai 1 Jan 1982

LEBUHRAYA TIMUR  BARAT SEBAGAI  ELEMEN KONSEP KESELAMATAN DAN PEMBANGUNAN (KESBAN)  Sebelum tahun 1986, Malaysia tidak menerbitkan sebarang dokumen berkaitan Dasar Pertahanan Negara (DPN), namun Rancangan Pertahanan Malaysia telah pun digubalkan pada tahun 1962 dan dikenali sebagai Plan Dynamo. Pihak Majlis Keselamatan Negara telah memperkenalkan doktrin keselamatan dan pembangunan (KESBAN) secara kolektif pada tahun 1970 yang berperanan menyelaraskan tindakan yang harus diambil oleh semua agensi kerajaan dalam semua aspek meliputi pembangunan ekonomi, politik, psikologi serta operasi ketenteraan. 
Kawasan sempadan Malaysia-Thailand meliputi kawasan sempadan utara Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dengan keluasan 5,755 batu persegi.  Kawasan ini merupakan kawasan terancam oleh kegiatan subversif pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) akibat eksploitasi faktor kemunduran dan ketiadaan usaha pembangunan dan keselamatan yang bersepadu.  Justeru, Kertas Kabinet mengenai KESBAN di kawasan perbatasan  dan di sepanjang Lebuhraya Timur Barat (LRTB) telah disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara berdasarkan arahan Jemaah Menteri pada 5 September 1979 yang memperakui keperluan membangunkan kawasan ini sejajar dengan keperluan keselamatan dengan melibatkan rancangan bersepadu seperti keselamatan, gerak saraf dan pembangunan sosio ekonomi  di seluruh kawasan sempadan sepanjang 358 batu sehingga 15 batu ke selatan dari garisan sempadan termasuklah laluan LRTB. Strategi serampang dua mata ini adalah berteraskan program keselamatan dan pembangunan dalam negeri bertujuan untuk mengatasi dan menewaskan segala tindakan pihak Parti Komunis Malaya (PKM).
Ancaman PKM melalui peperangan insurgensi berjaya ditewaskan oleh negara, ketenteraan dan gabungan doktrin KESBAN.  Strategi pertahanan yang menumpukan kepada kawasan padu diperluaskan dengan strategi Cegah Rintang, Pertahanan Hadapan dan Pertahanan Menyeluruh. 

ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DI LEBUHRAYA TIMUR  BARAT
Ekoran Arahan 1 Jun 1968 yang dikeluarkan oleh 'JTAatankuasa' Pusat Parti Komunis Malaya (PKM), unit-unit pengempur PKM bangkit semula bagi meneruskan pemberontakan bersenjata dengan melakukan aktiviti penyusupan dari Selatan Thailand ke Semenanjung Malaysia bagi menguasai 'kTAasan-kTAasan' pendalaman.  
Lembah Belum merupakan laluan penyusupan dan transit utama PKM, manakala jajaran LRTB yang merentasi Banjaran Titiwangsa dijadikan paksi laluan utama PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata. Senario ini memberi ancaman keselamatan kepada projek pembinaan LRTB dan Kompleks Empangan Janakuasa Elektrik Temenggor secara langsung. Dipercayai Rejimen Ke 12 diketuai CCM Ah Sek Sze menyusup menggunakan  paksi LRTB untuk berhubung dengan Markas Rejimen Ke 10 di Kampung Hala, Betong, Thailand.  Pada bulan Feb 1971, CCM Chong Chor dari Unit Penggempur Ke 5 telah menyusup ke Ayer Kala melalui laluan ini.  
Beberapa tindakan agresif telah dilancarkan oleh Rejimen Ke 10 dan Rejimen Ke 12 ke atas LRTB dengan melakukan sabotaj terhadap 80 buah jentera pembinaan dan sebanyak 63 buah jentera berjaya dimusnahkan dengan kerugian mencecah hampir RM10 juta pada 23 Mei 1974. Serangan secara mengejut dan lari (probing) ke atas penempatan Pos LRTB serta pekerja pembinaan LRTB turut dilakukan PKM. Pada 27 Ogos 1974 satu serang hendap ke atas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 2, Banun mengakibatkan 3 pekerja JKR terkorban.  Serangan ke atas konvoi trak JKR pada 15 Mac 1981 di Batu 16 ½ pula mengakibatkan 6 pekerja JKR cedera. Beberapa siri serangan keatas Pos LRTB turut dilancarkan oleh PKM, antaranya serangan PKM ke atas Pos 30, Batu 20 LRTB pada 12 Nov 1981 yang mengorbankan  seorang anggota Batalion 302 Inf (TA), Allahyarham LKpl Zulkifli bin Othman menerusi pertempuran selama 30 minit pada jam 1930.
OPERASI  KOTA  
Bagi membenteras aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM), Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mengetuai unit-unit pasukan keselamatan telah diatur gerak dalam pelbagai operasi.  Bagi menyekat penyusupan PKM misalnya, Operasi KOTA telah dilancarkan pada 1968 bertujuan mengawasi sempadan dari dibolosi anasir PKM. Operasi ini meliputi semua kawasan perbatasan dari Perlis sehingga ke Kelantan yang terbahagi kepada 6 sektor meliputi Perlis, Kedah dan Perak manakala 2 sektor di sebelah timur meliputi Kelantan. Keseluruhan sektor operasi ini diletakkan dibawah kawalan Markas Divisyen Kedua Infantri bagi memudah pemerintahan dan pengawalan operasi. 
Keseluruhan laluan LRTB ini terletak dalam sektor Foxtrot dan melibatkan paras kekuatan sejumlah 8 batalion infantri tetap, 4 batalion infantri AW, 4 Skuadron Armor, 5 bateri Artileri dan 2 batalion Pasukan Polis Hutan (PPH).  Selepas tahun 1983, kekuatan battalion infantri tetap telah dikurangkan kepada 5 batalion sahaja manakala yang lain dikekalkan.  Terdapat juga beberapa operasi khas seperti Operasi TEDUNG, Operasi BANDING dan Operasi GUBIR yang dilaksanakan oleh batalion infantri tetap bagi mengesan dan memusnahkan pengganas komunis.  Batalion infantri AW pula ditugaskan untuk Operasi PAGAR II dan menjaga keselamatan Empangan Temenggor dan LRTB melalui penempatan pos-pos yang ditetapkan.  Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui PPH pula ditugaskan bagi pelaksanaan Operasi PAGAR I, Operasi PAGAR III dan Operasi UKUR.
Secara ringkasnya Operasi KOTA telah berjaya menghalang kemasukan semula unit-unit penggempur PKM secara besar-besaran ke Semenanjung Malaysia.  Ini memaksa PKM menyusup dalam kumpulan yang kecil dan hanya mampu melakukan serangan ke atas kedudukan pasukan keselamatan yang terpencil.    
PENUBUHAN BATALION LEBUH RAYA (AW) 
Ekoran aktiviti serangan dan sabotaj oleh Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas pembinaan LRTB, kerajaan memutus menghentikan sementara bagi merangka perancangan keselamatan agar pelaksanaan LRTB tidak terus terganggu.  Di peringkat awal, pasukan kerahan tenaga dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang terdiri dari penyertaan sukarela Home Guard dan beberapa batalion Malaysian Teritorrial Army (MTA). Sebanyak 49 platun PPT telah diaturgerakkan ke pos-pos statik LRTB bermula dari Grik sehinggalah ke Batu Melintang seperti berikut:
Kelantan : Sebanyak 22 Platun PPT Lebuhraya (Dikenali sebagai PPT Kelantan) ditempatkan di pos statik bermula dari Jeli, Kelantan sehingga sempadan Perak-Kelantan. Pusat pemerintahan dan pentadbiran PPT ini ditempatkan di Kem Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
Perak : Sebanyak 27 Platun PPT Lebuhraya (Dikenali sebagai PPT Perak) dan diaturgerakkan ke pos-pos statik bermula dari Grik, Perak sehingga sempadan Perak-Kelantan.  Pusat pemerintahan dan pentadbiran PPT ini ditempatkan di Kem Grik Perak.
Kewujudan PPT ini terus diperkembangkan dan pada 1 Jun 1979, dengan kuasa penubuhan FED (M)/4140/79(AW), Batalion Infantri Siri 300 (AW) ini berfungsi sebagai Batalion Lebuh Raya  iaitu  Bn 301 Inf (AW) di Kem Batu Sebelas, Tanah Merah Kelantan, Bn 302 Inf (AW) di Kem Batu Melintang, Jeli Kelantan, Bn 303 Inf (AW) di Kem Temenggor, Grik Perak dan Bn 304 Inf (AW) di Kem Banding, Grik Perak. Tidak dapat disangkalkan kewujudan LRTB adalah amat sinonim  dengan adanya pasukan Siri 300 (AW) kerana ia saling melengkapi kerana pengorbanan mereka dalam memberi perlindungan kepada usaha pembinaan LRTB adalah suatu yang tidak ternilai dalam konteks KESBAN dan mencapai visi HANRUH.  Pada tahun 2008, kesemua 5 batalion ini telah ditukar designasi kepada Rejimen Sempadan (RS) dan menjadi salah satu elemen tempur kor infantri Tentera Darat.
WIRA PANGLIMA GAGAH BERANI  LEBUHRAYA TIMUR  BARAT
Pada 15 Ogos 1977, jam 7.00 pagi (sehari sebelum Ramadan), 5 orang anggota Batalion Ke-11 Infantri Askar Wataniah telah bergerak dari Pos 8 ke Pos 5 bagi tugasan rondaan dan mengambil bekalan. Pada jam 9.50 pagi, mereka telah diserang hendap oleh 30 orang pengganas komunis dari 3 kedudukan berasingan secara serentak menyebabkan 2 anggota terkorban. Anggota yang terselamat telah membalas tembakan musuh sambil merangkak mencari perlindungan dan mendiamkan diri seketika.  Pengganas komunis yang menyangka kesemua anggota Wataniah telah terkorban menyerbu ke bawah tebing untuk membuat pemeriksaan dan ingin merampas senjata. 
Melihat semua rakan telah tercedera, Pbt Ielias bin Ibrahim berpura-pura mati. Ketika musuh sedang merapati untuk merampas senjata, Pbt Ielias dengan penuh berani dan bijaksana menembak musuh satu persatu. Tindakan ini  telah berjaya menyelamat rakannya dan menyebabkan 3 pengganas komunis terbunuh.  Pengganas komunis yang lain cuba membantu untuk bertindak balas tetapi terhenti kerana bantuan pasukan keselamatan telah tiba dan tembakan artileri dan mortar telah mula menghujani kedudukan pengganas komunis ini.  Tiada pilihan kumpulan pengganas ini terpaksa melarikan diri dari lokasi serang hendap.
 Tindakan Pbt Ielias ini juga telah berjaya menyelamat dua rakannya yang tercedera iaitu LKpl Halim bin Hassan dan Pbt Ahmad Zaki bin Shamsudin @ Hj Hassan dan merampas dua pucuk senjata M16 dan sepucuk senjata Carbine bersama beratus butir peluru.  Di atas sifat keberaniannya, Pbt Ielias telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1977 manakala LKpl Halim dianugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Semangat keperwiraan luar biasa mereka ini menjadi catatan sejarah kepada  seluruh warga Wataniah, Pbt Ielias kemudiannya telah diserapkan sebagai anggota tetap kedalam Rejimen Renjer Diraja, beliau bersara pada 26 Okt 1989 dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1.
Sumber
Kalau nak tahu situasi LRTB ni masa kami lalu hari tu, bolehlah baca di Blog AbamKie DI SINI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/sejarah-pembinaan-lebuhraya-timur-barat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesesakan Di Lebuhraya Kl Karak Sepanjang 17 Kilometer Jalan Menghala Ke Pantai Timur

Kesesakan Di Lebuhraya Kl Karak Sepanjang 17 Kilometer Jalan Menghala Ke Pantai Timur

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 209 hits
nbsp KUALA LUMPUR Kesesakan sepanjang lebih 17 kilometer dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak menghala ke timur akibat pertambahan jumlah kenderaan Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan setakat jam 12 04 tengah hari kesesakan masi...
Rumah Ustaz Di Aceh Barat Dilempar Bom Molotov Masyarakat Diminta Tak Berspekulasi

Rumah Ustaz Di Aceh Barat Dilempar Bom Molotov Masyarakat Diminta Tak Berspekulasi

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 147 hits
Polisi masih menyelidiki kasus pelemparan bom molotov ke rumah pemimpin Pesantren Majelis Belajar Iqra Ustaz Abdullah Akib di Aceh Barat Aceh Selasa Mereka meminta masyarakat berspekulasi terkait kejadian itu
Yuk Berkunjung Ke Destinasi Wisata Blitar Park Di Jawa Timur

Yuk Berkunjung Ke Destinasi Wisata Blitar Park Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 157 hits
Destinasi wisata Blitar park merupakan tempat wisata baru yang berada di Blitar tempat wisata ini baru diresmikan pada tanggal 20 Mei tahun 2019 lalu Blitar Park menawarkan berbagai wahana permainan yang sangat seru serta terdapat berbagai ...
Enam Warga Aceh Timur Dilarikan Ke Rumah Sakit Gara Gara Gerobak Pentol Terbakar

Enam Warga Aceh Timur Dilarikan Ke Rumah Sakit Gara Gara Gerobak Pentol Terbakar

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 289 hits
Gerobak jajanan pentol telur di Kabupaten Aceh Timur Aceh terbakar hingga menyebabkan enam warga dirawat intensif di rumah sakit akibat mengalami luka bakar
Cara Lihat Cctv Lebuhraya Plus Lpt Dan Lain Lain

Cara Lihat Cctv Lebuhraya Plus Lpt Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 303 hits
Hari Raya Aidilifitri bakal menjelma tak lama lagi dan pastinya semua sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikannya Mungkin ada yang sudah selamat tiba di kampung halaman masing masing dan sebahagian lagi masih berkira kira waktu yang se...
Kendaraan Padat Cikampek Utama Sampai Karawang Barat Diberlakukan Contra Flow

Kendaraan Padat Cikampek Utama Sampai Karawang Barat Diberlakukan Contra Flow

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 112 hits
Sistem contra flow yang diterapkan berdampak pada arah sebaliknya Lalu lintas dari arah Karawang Barat menuju Cikampek terpantau padat karena jalur menyempit
Rusia Peringatkan Negara Barat Jangan Uji Kesabaran Kami

Rusia Peringatkan Negara Barat Jangan Uji Kesabaran Kami

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 112 hits
Dua bulan sejak Rusia melancarkan operasi militer ke Ukraina belakangan ini dilaporkan Rusia mengalami serangkaian serangan dari pasukan Ukraina di wilayah RUsia yang berbatasan dengan Ukraina
Bmkg Beri Peringatan Cuaca Ekstrem Manggarai Barat Hingga 5 Mei

Bmkg Beri Peringatan Cuaca Ekstrem Manggarai Barat Hingga 5 Mei

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 126 hits
Tiga kecamatan itu yaitu Kecamatan Ndoso Kecamatan Kuwus dan Kecamatan Kuwus Barat
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga