Sejarah Paling Penting Hari Ini Jangan Sesekali Lupa Kalau Anda Benar Orang Islam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sejarah Paling Penting Hari Ini, Jangan Sesekali Lupa Kalau Anda Benar Orang Islam! | Hari ni hari cuti umum... Ramai tahu cuti tapi pastinya tahu cuti sebab pertabalan YDPA kan... Tapi cuba tengok kembali kalendar Islam... Ada apa dengan tarikh tu...
Tak lupa kot... Peristiwa penting dalam sejarah Islam... Jangan sesekali lupa sejarah ini kalau betul-betul orang Islam...
Jadi, meh sini MF nak kongsikan dan ulangkaji kembali tentang PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ
Peristiwa berlaku sebelum Israk Mikraj
Sebelum peristiwa Israk & Mikraj berlaku kepada Nabi, terdapat pelbagai perkara sukar yang mendepani Nabi
Dan untuk pengetahuan, Israk dan Mikraj berlaku sebelum Hijrah. Maksudnya Islam masih belum diterima, ditolak dan dihina
Tahun 1-3 kenabian
kerasulan bermula, Nabi memulakan dakwah secara rahsia
Tahun 4 kenabian
Dakwah secara terang-terangan, disini Nabi mula disakiti. Ruqayyah dan Ummu Kulthum diceraikan suami. Lalu Saidina Uthman mengahwini Ruqayyah
Tahun 5 kenabian
Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah, Nabi berpisah dengan Ruqayyah kerana turut hijrah dengan Saidina Uthman
Tahun 6 kenabian
Penentangan terhadap Nabi semakin dasyat, beberapa Kali percubaan demi percubaan untuk membunuh Nabi
Tahun 7 kenabian
Bani Hasyim dipulaukan kerana tidak mahu menyerahkan Nabi, mereka dipulaukan selama 3 tahun
Tahun 10 kenabian
Barulah pemulaun berakhir, namun 'tahun kesedihan' menyusul tatkala Abu Talib meninggal dan tiga hari selepasnya Khadijah pula yang pergi
Serangan terhadap Nabi semakin menjadi-jadi..
Dakwah Nabi ke Taif ditolak mentah-mentah, dihalau dengan balingan batu-batu bertubi-tubi sehingga berdarah Nabi
kejamnya
bahkan nabi dikejar sehingga ke luar kota dan mereka mentertawakan Nabi
Selepas itu, Nabi berdakwah kepada 26 Kabilah Arab yang menunaikan haji dalam masa 10 hari, semuanya menolak dengan kasar
Kini...Rasulullah berada dalam keadaan beban yang memuncak selepas penolakan demi penolakan, penderitaan yang ditanggung
Berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj
Allah menghadiahkan 'percutian' iaitu peristiwa Israk dan Mikraj kepada Nabi
ISRAK
1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
2. Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu
3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa
MIKRAJ
1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut
3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam
4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa
5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim
10. Melawat Syurga dan Neraka
11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu
12. Naik ke sidratulmuntaha
13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu
15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat
16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
17. Pulang semula ke Mekah
Selepas peristiwa Israk Mikraj
Tahun 11 kenabian
Nabi berdakwah kepada Kabilah Arab, enam orang yathrib/madinah menerima dakwah. nabi hantar Mus'ab bin Umair ke yathrib sebagai dai
Tahun 12 kenabian
Pada Musim haji: Baiatul Aqabah 1
12 orang wakil
Zulhijjah : Muslim haji; Baiatul Aqabah 2
73 lelaki dan 2 wanita bersumpah setia membela Nabi
Tahun 13 kenabian
Bulan Safar Nabi memulakan HIJRAH
~ketika Hijrah usia Nabi 53 tahun...peristiwa ini perlu dilihat dengàn mata hati Dan kaitkan dengan diri kita. Agar kekuatan dalam pemikiran dapat diterjemahkañ dalam tindakan
# kredit solusi isu68
#JOMAMALISLAM
Sumber: Telegram JAKIM
Peristiwa ini peristiwa penting yang merupakan mukjizat Nabi SAW... Jika difikirkan dengan logik akal memang tak logik... Tapi ayat dalam surah Yasin.. " Kun Fayakun" menjawab segala persoalan itu... Jika Allah kata nak jadi maka jadilah..
Moga kita sama-sama dapat ambil pengajaran dan belajar disebalik peristiwa bersejarah ini...
Salam ISRAK Mikraj buat semua umat Islam di seluruh dunia...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2017/04/sejarah-paling-penting-hari-ini-jangan.html