Pada tahun 1920-an ketika umat Islam di Kobe berkembang akhirnya diputuskan untuk membangun sebuah masjid. Masjid ini pernah ditutup oleh Angkatan Laut Imperial Jepun pada tahun 1943, tetapi dibuka semula hingga kini. Pada tahun 1945 Jepun mengalami kekalahan apabila Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom pertama kali dalam perang. Dua bandar menjadi sasaran, Nagasaki dan Hiroshima Atom yang dibom oleh Amerika. Pada masa itu, kota Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.
Masjid ini kemudian menjadi tempat perlindungan mangsa perang. Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang sejumlah besar dana pengubahsuaian. Tingkap tingkap yang rosak diganti dengan kaca tingkap baru yang diimport langsung dari Jerman. Lampu hiasan baru digantung di tengah ruang solat utama. Sistem kawalan suhu bilik kemudian dipasang di masjid ini.
Gempa Besar Hanshin-Awaji adalah gempa terburuk di Jepun sejak Gempa Besar Kanto 1923 yang meragut 140,000 nyawa. Tetapi sehingga kini masjid Kobe tetap berdiri tegak dan digunakan umat Islam di sana sehingga kini.
The post Sejarah Masjid Kobe Jepun appeared first on My Klik.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |